PERANG BADAR AL-KUBRO

Perang Badar Al-Kubra. 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (17 Mac 624 M).

1) Asalnya: Rasulullah sering cuba mandapatkan berita tentang rombongan dagang Quraisy.

2) Apabila ada berita tentang rombongan tersebut, Rasulullah menyeru sahabatnya supaya keluar untuk menyekat mereka & mendoakan supaya mendapat harga ghanimah.


3) Ketika itu Muslimin di Madinah masih lemah, dan ancaman masih ada dari golongan munafik, yahudi, musyrikin Quraisy dan juga kabilah2 lain yg belum Islam.

4) Akhirnya pada malam ke-3 Romadhon, Rasullullah berangkat keluar Madinah bersama angkatan 313 orang Muslimin.

- Ansar= lebihkurang 230. = Bani Aus: 61, Bani Khazraj: 170.
- Muhajirin = lebihkurang 83.
- Pemegang panji-panji = Mus'ab bin Umair al-Abdari.
- Tunggangan = 2 kuda & 70 unta.
- Pengganti Nabi di Madinah (Imam Solat): Abdullah bin Ummu Maktum (seorang buta yg pernah Nabi bermasam muka & berpaling kerana ingin melayan Quraisy ketika berdakwah di Mekah dahulu.. Allah turunkan surah Abasa (80:1_16) menegur Nabi.)
- Pengganti Nabi (ketua negara): Abu Lubabah al-Ansari.

5) Rombongan Quraisy yg diketuai Abu Sufyan, mendapat khabar tentang perkara ini lalu mengirimkan utusan penunggang kuda ke Mekah untuk inform Quraisy Mekah.

- Quraisy Mekah setelah mendapat tahu berita ini - diketuai oleh Abu Jahal - segera mengumpulkan bala tentera untuk memerangi Rasulullah & Muslimin.
- Semua pembesar-pembesar Quraisy menyertai angkatan Musyrikin kecuali Abu Lahab yang yg menghantar al-'As bin Hisyam bin al-Mughirah (Ash melakukan hal tersebut sebagai ganti dari hutang yang dimilikinya yang berjumlah sekitar 4,000 dirham).
- Tidak ada satu pun keturunan bangsa Quraisy yang tidak hadir dalam peperangan tersebut kecuali Bani Adi.
- Umayyah bin Khalaf cuba tidak mahu menyertai Musyrikin kerana takut dgn kata-kata Sa'd bin Muaz (ketua orang Aus) satu ketika dahulu lepas Nabi hijrah, "Aku mendengar Rasulullah berkata: Mereka akan membunuh kamu"
- Namun Abu Jahal mencelanya & memaksa Umayyah sertai angkatan Musyrikin, juga beberapa pembesar2 lain yg mulanya tidak mahu, dipaksa sertai tentera.
- Jumlah angkatan Musyrikin = 950 hingga 1,000 orang.
- Tunggangan = 100 kuda & 700 unta.

6) Rasulullah sedikit pun tidak mengetahui yg Musyrikin keluar untuk berperang, Baginda hanya ingin menyekat rombongan dagang Quraisy.

- Muslimin berkhemah di Buyut al-Saqya, luar kota Madinah.
- Reorganise angkatan Muslimin, mana yg tidak mampu berperang Nabi suruh pulang.
- Nabi menghantar 2 spy untuk mendapatkan maklumat orang Quraisy.
- Muslimin pun menyambung perjalanan. Smpai di al-Rauha' (30/40 batu ke barat daya Madinah), berita diterima bahawa tentera Musyrikin sedang mara untuk pertahankan rombongan dagang Quraisy.
- 2 spy Muslimin informed bahawa rombongan Quraisy akan tiba ke Badar dalam esok atau lusa. Nabi pun berbincang dgn para sahabat.

- Sabda Nabi: "Wahai Muslimin. Sesungguhnya ALLAH menjanjikan kepadaku dua golongan. Ia adalah untuk kamu; Rombongan dagang Quraisy? ataupun tentera Musyrikin Quraisy?"
- Nabi dapat merasakan sebahagian Muslimin hanya ingin menyerang rombongan dagang Quraisy yg kurang bersenjata, kerana ingin mendapatkan harta sebagaimana faktor nombor (3) di atas.
- Akhirnya Muslimin bersepakat untuk menurut sahaja suruhan Nabi kerana Nabi dapat merasakan peperangan tidak dapat dielakkan. Orang2 Ansar berjanji utk mempertahankan Rasulullah.

7) Rombongan Abu Sufyan telah mengubah haluan laluan pulangnya dgn mengikuti jalan pantai. Seterusnya berjaya mengelakkan halangan Nabi & tentera Muslimin.

- Lalu Abu Sufyan menghantar informer ke tentera Musyrikin & beritahu supaya tak perlu perang sebab rombongan sudah selamat.
- Namun begitu Abu Jahal berkata: "Kita tidak akan pulang sehinggalah kita tiba di Badar, dan kita tinggal di sana selma 3 hari. Kita akan sembelih binatang, makan, minum arak & enjoy, supaya semua orang Arab akan merasa gerun kepada kita!"
- Badar terletak di antara Mekah & Madinah, lebih hampir ke Madinah - barat laut madinah melalui jalan al_Sultani. Ada pasar yg beroperasi selama 8 hari sahaja dalam setahun.
- Tentera Musyrikin Quraisy tiba di lembah Badar, berkhemah di kawasan yg menghadap Madinah, kawasan tanah lembut.


- Tentera Muslimin apabila hampir ke Badar, Nabi menghantar Ali bin Abu Talib & Zubair bin al-Awwam untuk spy.
- Mereka bertembung dgn para pemberi minum tentera Quraisy, dan menawan mereka & membawa mereka berjumpa Nabi.
- Nabi pun bertanya kepada pemberi minum tersebut: "Beritahu aku mengenai Quraisy". Mereka menjawab: "Mereka berada di belakang bukit ini"
- Nabi: "Berapa ramai bilangan mereka?". "Kami tidak mengetahuinya". Nabi: "Berapa ekor sembelihan mereka pada setiap hari?". "Kadang-kadang 9, kadangkala 10".
- Nabi: "Bilangan mereka ialah antara 900 hingga 1,000 orang. Siapakah pembesar-pembesar Quraisy yg ikut serta?" Mereka: "Ramai bilangannya yg ada."
- Nabi berkata kepada sahabatnya: "Mekah telah mempersembahkan para pembesarnya kepada kamu."

8) Kemudian tentera Muslimin teruskan perjalanan sehingga tiba & berkhemah di kawasan lembah yg dekat dgn Madinah. Kawasan tersebut tanahnya kering & keras, dan jauh dari sumber air.
- Allah turunkan hujan yg memberi rahmat kepada Muslimin yg dapat minum, mandi, berwudhu & juga mengisi bekas-bekas air mereka,
- manakala hujan tersebut memberi masalah besar kepada Musyrikin yg mana tanah mereka berpijak menjadi berlumpur sehingga menyukarkan pergerakan.

9) Muslimin teruskan kemaraan hingga berkhemah di kawasan mata air Badar yg pertama.
- Al_Hubab bin al-Munzir al_Ansari al_Khazraji bertanya kepada Nabi: "Wahai Rasulullah, adakah tempat ini hasil daripada wahyu Allah yg mana kami mesti patuh? ataupun pendapat & strategi peperangan?"
- Nabi: "Ia adalah strategi perang". Al-Hubab: "Wahai Rasulullah. Kalau begitu, ini bukanlah tempat yg sesuai untuk kita berkhemah. Maralah kita sehingga smpai ke kawasan mati air yg paling hampir dgn musuh. Aku mengetahui kawasan mata air yg mengeluarkan air yg banyak. Kita berkhemah di situ & timbus mata air yg lain daripada tempat itu. Kita bina kolam & penuhkan dgn air. Dengan itu kita dapat minum & musuh putus sumber air."
- Nabi bersabda: "Pendapatmu sangat bernas". Muslimin pun mengikuti saranan al-Hubab tersebut.
- Saad bin Muaz (ketua orang Aus) menyarankan agar khemah Rasulullah dibina atas tanah tinggi bagi memudahkan arahan & komander medan perang.


10) Pada masa yg sama, ketua-ketua tentera Musyrikin saling berselisih pendapat untuk berperang atau tidak. (kerana objektif asal: lindungi rombongan Abu Sufyan)
- 'Utbah bin Rabi'ah bercadang untuk menghalang perang dgn membayar diat 'Amru bin al-Hudrami yg terbunuh oleh Sariyyah (serangan kecil-kecilan) Abdullah bin Jahs dahulu. Juga setuju utk menanggung kerugian rombongan dagang yg dirampas sariyyah Abdullah itu. Dia mengajak tentera Musyrikin utk berundur.
- Namun Abu Jahal berang & mencelanya sebagai pengecut dan berkata: "Kita tidak akan pulang kecuali selepas Tuhan menentukan hukum-Nya dalam pertikaian antara kita dgn Muhammad!"
- Oleh itu 'Utbah pun mmbatalkan rancangannya utk menarik diri.

11) 17 Romadhon. (13 March 624). Tentera Muslimin & tentera Musyrikin bersemuka di medan Badar.
-Musyrikin: al-Aswad bin Abu al-Aswad al-Makhzumi keluar dari barisan tentera lalu bersumpah: "Aku berjanji dengan tuhanku untuk minum air daripada kolam yg mereka bina, atau aku memusnahkannya(menimbus kolam), ataupun aku mati kerana melaksanakan cita-citaku itu."

-Lalu Hamzah bin Abdul Mutallib keluar menghadapinya, dan memukul serta memotong putus betis al-Aswad. Beliau jatuh, namun tetap cuba untuk merangkak ke kolam utk melaksanakan sumpahnya itu. Lalu terus sahaja Saidina Hamzah membunuhnya. (Korban Musyrikin yg pertama)


12) Perang bermula dengan pertempuran one-by-one. 3 orang Musyrikin: 'Utbah bin Rabi'ah, saudaranya Syaibah, & anak 'Utbah: al-Walid. Mencabar agar 3 orang Muslimin yg setanding turun bertarung.
- 3 orang Ansar: (1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts, 3. Abdullah bin Rawahah.) keluar untuk menghadapi mereka, namun di reject oleh 3 Musyrikin dgn kata-kata: "Kami tidak mahu kamu. Kami mahu orang yg setanding dgn kami, dari bangsa kami sendiri!"
- Maka Nabi pun menghantar:
(1) 'Ubaidah bin al-Harith bin al-Mutallib vs 'Utbah bin Rabi'ah.
(2) Hamzah bin Abdul Mutallib vs Syaibah bin Rabi'ah.
(3) Ali bin Abi Talib vs al-Walid bin 'Utbah.

- Result: Hamzah membunuh Syaibah, dan Ali membunuh al-Walid. Manakala 'Ubaidah & 'Utbah: saling cedera parah kerana perlawanan yg sengit. Lalu Ali & Hamzah membantu 'Ubaidah & membunuh 'Utbah. Mereka membawa 'Ubaidah yg amat parah sehingga sumsum tulang betisnya meleleh keluar.


- Nabi memberi khabar gembira kepada 'Ubaidah dgn ganjaran syahid, dan juga bersabda: "Demi ALLAH! Aku suka sekiranya Abu Talib masih hidup untuk dia mengetahui bahawa kita lebih layak untuk mengungkapkan apa yg sering diungkapkan olehnya: KAMI AKAN MEMPERTAHANKANNYA (Muhammad) SEHINGGA KAMI MATI DI SEKELILINGNYA. UNTUK ITU KAMI AKAN MELUPAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI KAMI!"

13) Kisah pemeriksaan saf barisan hadapan Muslimin.
- Nabi memeriksa saf dgn mmbawa ranting pokok ditangan Baginda. Apabila melalui tempat Sawad bin 'Aziyyah (sekutu bani Najjar), Sawad terkeluar sedikit dari safnya lalu Nabi pun mencucuk perutnya dgn ranting dan menyuruhnya masuk barisan.
- Sawad: "Kamu telah menyakiti aku wahai Rasulullah sedangkan kamu diutuskan membawa kebenaran dan keadilan. Oleh itu berilah peluang kepadaku untuk membalas apa yg telah kamu lakukan."
- Maka Nabi pun menampakkan perutnya dan bersabda: "Balaslah wahai Sawad" (Ini menunjukkan keadilan Islam, hukum qisas bukan utk menjaga pihak tertentu, malah dilaksanakan kepada semua orang tanpa dibeza-bezakan)
- Sawad terus sahaja memeluk perut Nabi & mnciumnya. Lalu Nabi bertanya: "Apa yg menyebabkan engkau berbuat demikian wahai Sawad?"
- Sawad: "wahai Rasulullah! Sebagaimana yang kamu lihat, musuh sudah berada dihadapan. Aku mahu supaya kulitku menyentuh kulitmu di waktu terakhir aku bersamamu." Lalu Nabi mendoakan kebaikan untuknya.

14) Kemudian Rasulullah menyampaikan pesanannya kpd Muslimin:
- "Jangan serang sehingga aku perintahkan supaya serangan dilakukan"
- "Sekiranya musuh mengepung kamu, maka hujanilah mereka dgn panahmu."
- "Jangan kamu menghunuskan pedangmu sehingga mereka berada dalam jarak yg dekat dgn kamu"
- "Tetapkan pendirian & bersabar"

15) Khemah Nabi: Rasulullah diiringi Abu Bakar As-Siddiq, pintu khemah dikawal ketat oleh Saad bin Muaz dgn pedangnya yg terhunus.

16) Antara doa Rasulullah:
- "Ya ALLAH! Aku benar2 mengharapkan janji-Mu. Ya ALLAH! Sekiranya Kamu mahu, Kamu tidak akan disembah"
- Abu Bakar berkata: "Cukuplah. Sesungguhnya ALLAH akan menunaikan janji-Nya kepadamu."
- Nabi pun keluar dari khemahnya seraya bersabda: "Mereka akan dikalahkan dan akan mundur ke belakang"
- Nabi menaikkan semangat tentera Muslimin dgn sabdanya: "Demi jiwa Muhammad di dalam genggaman-Nya! Pada hari ini setiap orang yg berperang, lalu dia dibunuh dalam keadaan bersabar, mengharapkan keredhoan ALLAH, dan menghadapi musuh tanpa melarikan diri, maka semuanya akan dimasukkan ke dalam syurga oleh ALLAH. Sesiapa yg membunuh musuh, maka barang al_salb menjadi miliknya."
- Ketika itu 'Umair bin al-Hamam bin al-Jamuh al-Ansari berkata dalam keadaan tangannya memegang beberapa biji kurma yg belum dimakannya: "Wah!, Jikalau begitu tidak ada perkara yg menghalangku daripada masuk Syurga melainkan mereka membunuhku!" Lalu mencampakkan kurma di tangannya, mengambil pedangnya & menyerang Musyrikin sehingga terbunuh syahid. (Beliau adalah orang yg pertama terbunuh dalam perang di jalan ALLAH.)


17) Perang berlangsung dengan taktik Musyrikin menyerang & berpanah & berundur pada masa yg sama.

- Nabi perintah agar menyerang dgn panah dahulu dari jauh. Menyerang dgn pedang setelah musuh sudah dekat. (seperti arahan Nabi di atas [14] )
- Selepas itu Nabi perintah agar serbu smbil menggenggam batu kerikil dan membaling ke arah Musyrikin smbl berseru: "Kebingungan melanda mereka!". Tentera Muslimin pula berseru: "Ya manshur, amit!".
- Dalam Quran tercatat bahawa Malaikat Jibril & ribuan Malaikat lain turun membantu tentera Muslimin.

- Dalam pertempuran itu pula, Mu'az bin 'Amru dari golongan ummat Islam telah dapat melukai Abu Jahal, tetapi anak Abu Jahal segera datang membantu ayahnya, sehingga tangan Mu'az kena mata pedang hampir putus, tergantung di bahunya. Dengan segera Mu'az memutuskan tangannya yang tergantung-gantung itu, lalu tampil menyerang Abu Jahal. Abu Jahal terbanting jatuh, segera ditikam oleh seorang pemuda Ansar, iaitu Bin Affa sehingga Abu Jahal tewas seketika itu juga berlumuran darah bersama kudanya. Kepala Abu Jahal yang telah bercerai dengan badannya, dibawa Ibnu Mas'ud ke hadapan Nabi.

- Dalam beberapa jam, selepas Abu Jahal terbunuh, tentera Musyrikin mula lemah & berpecah & melarikan diri, sambil dikejar oleh tentera Muslimin.

18) Perang mulai tamat..
- Musyrikin casualities: 70.

- Antara yang KIA:
(01)-(03) One-by-one di awal pertempuran tadi: Utbah, Syaibah, al-Walid. rujuk nombor [12]
(04) Abu Bahturi bin Hisyam.
(05) al_Jarrah. ----------- dibunuh oleh anaknya sendiri: Abu 'Ubaidah (Muslimin). (Abu Ubaidah cuba mengelak dari bertembung dgn ayahandanya sendiri, namun orang tua itu berdegil, lalu dibunuh.)
(06) Umayyah bin Khalaf.
(07) 'Ali bin Umayyah.
--- mereka dibunuh oleh grup gerak khas Ansar yg disertai Bilal bin Rabah & Ammar bin Yassir. Membalas seksaan yg dilakukan mereka terhadap Bilal & Ammar sewaktu di Mekah dahulu.

(08) Hanzhalah bin Abu Sufian.
(09) Abu_Jahal@Amru bin Hisyam. --- mereka ditentang hebat oleh 2 remaja Ansar (Mu'az bin 'Amru & Bin Affa) yg mendengar khabar bahawa Abu Jahal amat menyakiti Nabi di Mekah dahulu. Abdullah bin Mas'ud menamatkan riwayat musuh ALLAH ini.
(10) Naufal bin Khuwailid --------- dibunuh oleh Ali bin Abi Talib.
(11) 'Ubaidah
(12) al-'As, bapa kepada Abu Uhaihah Sa'id.
(13) 'Utbah, bapa kepada Abu Huzaifah (Muslimin.)

- Antara yg dihukum bunuh, kerana ketika di Mekah dahulu, mereka berdua antara yg melakukan penghinaan dahsyat terhadap Nabi[lumurkan najis kambing kepada Baginda]: (1)'Uqbah bin Abu Mu'aith. (2)al-Nadr bin al-Harith.

- Rasulullah mengarahkan kesemua Musyrikin yg terbunuh dicampakkan ke dalam kolam Badar.
- Sebelum pulang, Nabi singgah dipinggir telaga seraya berseru: "Wahai Abu Jahal bin Hisyam, wahai 'Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, wahai...[ si polan bin si polan sehingga hampir kesemua nama mereka...], Apakah kamu tidak merasa gembira sekiranya kamu mentaati Allah & Rasul-Nya? Sesungguhnya kami telah mendapati apa yg dijanjikan oleh ALLAH sebagai sati kebenaran. Apakah kamu mendapati apa yg dijanjikan tuhan kamu sebagai kebenaran?"
- Umar bertanya: "Wahai Rasulullah. Apakah kamu sedang bercakap dgn jasad yg tidak mempunyai roh?"
- jawab Nabi: "Demi ALLAH yg jiwa Muhammad berada dlm genggaman-Nya! Mereka inilah yang paling kuat pendengarannya dgn perkataanku daripada kamu semua yg sedang hidup."


19) Diriwayatkan: Di Makkah, kaum Quraisy menunggu perkhabaran tetapi setelah tiba ternyata kekalahan dipihak mereka dimana banyak yang mati dan tertawan. Dari tentera yang pulang itu mereka ketahui jalan peperangan, budak suruhan Abbas yang bernama Abu Rafi dengan keras berkata: Demi Allah. Tentu saja Malaikatlah yang menolong tentera Islam!
Mendengar perkataan itu bukan main marah lagi Abu Lahab, walaupun masih lagi dalam kesakitan dipukulnya Abu Rafi setengah mati. Kejadian itu dilihat oleh isteri Abbas (Ummu Fadhl), dia amat marah diambilnya lembing lalu ditikamnya Abu Lahab, parah dibuatnya. Dengan keaadan yang luka parah dan malu Abu Lahab pulang kerumah, sakitnya semakin tenat setelah tujuh hari dia pun mati.

Abu Lahab diberitakan, tidak dapat dikebumikan ke dalam tanah walaupun dicuba berkali-kali. Akhirnya orang Mekah mencampakkan mayat Abu Lahab di sebuah bukit, lalu busuk bukit itu seluruhnya, sehingga bukit itu digelar Bukit Lahab. A'uzubillahi minzalik.

20) Senarai lengkap para syuhadak Badar:
(01) 'Umair bin al-Hamam (orang pertama syahid)
(02) 'Umair bin Abi Waqqas
(03) Mubasher bin al_Munzir
(04) Safwan bin Wahab
(05) Harithah bin Suroqah
(06) Zu al-Shemalain bin Abdul Amru
(07) Rafei bin al-Mu'alla
(08) Muhji'a bin Solleh
(09) 'Umair bin al-Hamam.
(10) Aqeel bin al-Bakeer
(11) Yazeed bin al-Harith
(12) Mu'az bin al-Harith
(13) Sa'ad bin Khaithamah
(14) 'Ubaidah bin al-Harith (setelah luka yg parah - hasil tarungan one-by-one dgn 'Utbah seperti di atas [12]) - Meninggal dlm perjalanan pulang ke Madinah & dikebumikan di al_Shofra'

TAMAT.