PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(1) Perang Salib (Pertama) - (1096 - 1099).

Mula2 kita tgk senario area timur tgh dan eropah pada tahun 1090. Cer tgk map kat bawah tu, Empayar Islam dari berbagai khalifah dan kesultanan sedang mengembang. Di timur, empayar Seljuk Turki sedang mengasak empayar kritstian Orthodox Byzantium (Rom Timur).

Di barat pulak, Sepanyol di bawah empayar Umayyah al-Andalusia. So eropah Kristian telah di apit kiri kanan dan sedang mara. Byzantium cemas dan emperornya iaitu Alexios I meminta pertolongan dari Pope Urban II untuk sama2 menangkis Muslim expansion ni.

Walaupun mazhab mereka berlainan iaitu orthodox dan katolik tp demi untuk menangkis musuh bersama, mereka wajar bersatu. So pope Urban II mengadakan perjumpaaan besar2an antara Papal dan raja2 eropah di Perancis dan perjumpaan itu dinamakan Counsil of Clermont (Clermont tu nama tempat di Perancis).

Jadi kata putus telah dibuat sebulat suara. Kesemua raja2 di eropah barat bersetuju untuk membantu Byzantium untuk memerangi musuh iaitu tentera Muslim. Dan mereka memutuskan untuk mengadakan Holy War dan target mereka ialah membebaskan Jerusalem ( Baitulmaqdis) dari tangan umat Islam.

Dari perkiraan mereka Baitulmaqdis adalah hak Kristian kerana terdapat Holy Sepulcre iaitu gereja tua kristian terdapat di Baitulmaqdis dan Nabi Isa (Jesus Christ) telah berada di sana sejak sebelum masehi lagi (sebenarnya bukan Kristian sahaja mendakwa, Islam dan Yahudi juga mengakui Nabi Isa adalah nabi mereka dan Masjidil Haram serta tembok meratap adalah buktinya).

Jadi pada 1096, mereka berjaya mengumpulkan kekuatan seramai 60 ribu orang temasuk lelaki, perempuan, kanak2, org kaya, org miskin, org biasa serta knight dan warlord ternama. Pope Urban II telah menyeru org2 eropah agar menyertai perang suci ini dan mereka akan mendapat tempat disyurga nnt.. begitulah lebihkurang ucapan2 Pope urban II.

Mereka kesemuanya menuju ke Constantinople (sekarang ni Istanbul),Byzantium. Constantinople adalah pintu untuk masuk ke Anatolia (tanah besar turki sekarang ni). Dan mereka akan melancarkan Perang Salib Pertama.........

[ ke episod 2 ]