PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(10) Perang Salib Kedua [ rujuk episod 9 ]

FOTO: wajah Puteri Sylbilla dalam filem Kingdom of Heaven.

Hari tu sampai mana? King Baldwin IV (raja pakai topeng dlm Kingdom of Heaven tu) ada masalah dgn panglima2nya kan? Yg paling bermasalah ialah Raynald de Chattilon. dia ni mmg gila perang. Walaupun dah dinasihatkan oleh raja tp dia ikut suka dia aje. Ipar raja Guy de Lusignan iaitu suami puteri Sylbilla pulak condong memihak kpd Raynald...depa kata raja terlalu berlembut dgn Salahudin.

Dalam diam2 Raynald dan Guy telah menyerang caravan2 muslim yg berulang alik dari Levant ke Mekah. Dan ada satu kes sampai caravan kakak Salahudin yg nak pergi haji pun kena raid dan terbunuh (kalo tak silap laa). Keadaan menjadi kecoh. dan Salahudin telah menyiapkan bala tentera yg besar untuk menyerang Baitulmaqdis terus.

King Baldwin IV dah serba salah. Peace truce yg selama ni dijaga telah dimusnahkan oleh Raynald dan Guy. Raynald de Chattilon kena penampar sedas dua dan pukulan2 tali cemeti dari King Baldwin IV..punya lah geram king tu. Lepas tu kena penjara seumur hidup terus. Sementara Guy de Lasignon dlm perhatian King...plan nak expelled Guy ni dah ada dlm kepala king.

Ndak tak ndak King Baldwin terpaksa mengumpulkan bala tentera besar kerana kedengaran Salahudin dlm perjalanan untuk membuat perhitungan. Kemudian tiba2 terjadi satu diplomasi antara Baldwin IV dan Salahudin untuk mengelakkan peperangan besar berdasarkan rasa hormat antara kedua2nya.

Tapi belum sempat king baldwin IV nak singkirkan Guy de Lasignon, raja yg telah lama menderita penyakit kusta itu pun meninggal dunia. Jadi adiknya Puteri Sylbilla yg menjadi waris Kingdom of Jerusalem. Kebetulan anaknya Baldwin V mati masa kecik, maka suaminya Guy de Lasignon secara otomatik menjadi King of Jerusalem.

Emmm apalagi, bila dia sendiri dah jadi king, dia bebaskan kawan dia Raynald de Chatiilon. Guy dan Raynald serang lagi kawasan2 muslim. Sampaikan utusan Salahudin pun dibunuhnya. Maka Salahudin lancarkan bala tentera yg besar dgn kekuatan 30 ribu anggota. bila Guy dgr ajer,,,dia pun macam biasalah.."Assemble the Armyyyy!!!!!. Tentera salib campuran dari semua wilayah salib seramai 20 ribu dikumpulkan.

Salahudin jangka, kalo nak attack salib di tempat berkubu adalah misi sukar, so dia umpan guy untuk battle di kawasan terbuka di Tiberias dan tempatnya adalah di Hattin (Palestin). Guy termakan umpan. Semua laluan yg ada oasis telah dikepung olah tentera Islam. Dan ini menjadi masalah kpd Guy unk mendapatkan air minuman utk tentera2nya. Ramai tentera2nya yg rebah sebelum sempat sampai ke hattin.

Jadi pada 4 julai 1187, maka bertembunglah bala tentera kedua2 pihak di Hattin. Dan resultnya adalah disaster kepada tentera Salib. Seramai 17 ribu tentera nya terbunuh dan tertangkap, lebihkurang 3 ribu bertempiaran melarikan diri ke kota2 Salib berdekatan. Jumlah korban tentera Salahudin adalah kecil. Ini adalah kekalahan terbesar tentera salib semenjak perang salib kedua.

Disebabkan kekalahan ini kota2 Salib kekurang tentera untuk pertahanan. dan Salahudin al- Ayyubi mempunyai peluang yg besar untuk merampas balik kota2 ini termasuk Baitulmaqdis.

SOALAN: betul ke Salahudin kerat leher Raynald de Chatiilon tu Von

JAWAPAN: memang betul, banyak sumber mengatakan bahawa Salahudin sendiri yg pancung Raynald...dendam peribadi atas apa yg dilakukan ke atas kakaknya...

[ ke episod 11 ]