PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(11) Perang Salib Kedua [ rujuk episod 10 ]

FOTO.. Balian dan Knight Templar mempertahan kan Jerusalem.

Sekarang, wilayah2 salib dalam keadaan yg sangat genting setelah kekalahan mereka dalam Battle of Hattin. Ramai pembesar2 dan knight2 mereka terbunuh atau tertangkap, malah Raja Jerusalem Guy de Lasignan tertawan. dan Salahudin terus fokus ke wilayah2 salib yg lain.

Acre, Nablus, Jaffa, Toron, Sidon, Beirut, and Ascalon semua telah dapat ditawan kembali dari tentera Salib dalam masa yg sungguh singkat. Dan sekarang Salahudin al-Ayubi fokus sesuatu yg besar, Baitulmaqdis. Terkenangnya kiblat pertama umat islam Masjid al-Aqsa, teringat 70 ribu penduduknya yg disembelih salib lebih kurang 100 tahun sebelumnya....teringat peristiwa Isra' dan Mi'raj di Kota ituuu....berkaca matanyaaa!!!!

Dan pada 20 sep.1187, salahudin telah sampai di luar kota Baitulmaqdis. Salahudin telah menawarkan kepada Balian of Ibelin pakej serah diri tapi ditolak oleh Balian. Sebenarnya Baitulmaqdis atau Jerusalem pada masa ni adalah dibawah Queen Sylbilla yg lakinya Guy de Lasignan tu. Guy dah kena tangkap, tinggalah Sylbilla terkonteng2.

Balian (Filem: Dilakonkan oleh Orlando Bloom) ni pulak sebenarnya survivor dalm peperangan di kota2 yg telah ditawan oleh Salahudin. Dia dalm perjalanan untuk ke eropah dan singgah kejap di Baitulmaqdis untuk bagi amaran pada Sylbilla tentang situasi genting masa tu (berbeza dlm filem). Bila dgrkan tu Sylbilla dgn Patriarch Heraclius (ketua padri jerusalem) pun pujuk laa Balian ni utk mempertahankan kota itu demi agama Kristian. Bila dah kena pujuk, kena plak Sylbilla lawa plak tuu..maka cairlah hati Balian.

Kalo tgk atas kertas pun mmg berat sebelah...takda harapan Balian boleh menang. Salahudin dah gerakkan 20 ribu tentera di luar kota Baitulmaqdis manakala kekuatan Balian adalah 14 org Knight, kemudian dia upgradekan kader2 knight jadi full operational knight..adalah jumlah 60 knight termasuk Knight Templar. Dan tentera2 biasa seramai estimate 6 ribu orang.

Keadaan di kota itu adalah PANIK. Ramai pulak pelarian2 Salib berserta keluarga memasing dari kota2 yg telah ditawan oleh tentera Islam mencari perlindunagn di kota tersebut. tapi Balian ada jugak buat preparartion pertahanan di kota itu.

Bila Balian menolak untuk menyerah diri, maka Salahudin pun melancarkan serangan ke kota tersebut. Bermacam2 machine pertahanan seperti trebuchet, catapults digunakan siang dan malam tp Balian masih dapat bertahan lagi..Kota tu pun agak kukuh jugak. Kemudian siege tower ditolak ke arah tembok tu...disaster bagi tentera Salahudin. Balian memberi tentangan hebat kat atas siege tower tu, ada jugak tentera Islam berjaya masuk kat atas tembok tu tapi tak lama, kena panah berapi pulak. Siege tower satu2 tumbang.....dan misi siege tower gagal.

Kemudian bersambung pula keesokan harinya. Salahudin bawak Hammering Ram berperisai untuk pecahkan pintu kota...tgh2 nak ram, kena jirus minyak panas pulak dari atas tembok dan habis terbakar hammering ram tu...ramai tentera Salahudin yg terkorban masa ni dan hanya sedikit askar Balian yg maut.

Salahudin dan general2 kena fikir cara lain dan mereka ubah camp mereka ke satu tembok kota yg lain dan engineer Salahudin mengatakan ada soft spot kat situ. So trebuchet dan catapult dialehkan ke kawasan itu dan kesemuan aim pada soft spot tersebut dgn batu2 berapi. Setelah beberpa ketika tembok tersebut pun pecah dan tentera Salahudin masuk dan bertempur dgn tentera Balian.

Dan pada 2 oct 1187, Balian pun surrendered dan menyerahkan kota itu kepada Salahudin al-Ayubi. Kemenangan gemilang dalam seluruh campaign2 salib Salahudin al-Ayubi atau lebih dikenali di dunia barat sebagai Saladin.

Bila Salahudin masuk ke Kota itu, waris2 dan keluarga tentera salib ni dah kecut dah, mereka ingat org Islam ni tentu akan membalas dendam seperti moyang2 mereka lakukan penyembelihan ke atas penduduk kota Baitulmaqdis 100 tahum sebelumnya. Tapi perkara sebaliknya yg berlaku.. Itu pasallah org2 eropah amat respect Salahudin al-Ayubi ni. Sampaikan kereta perisai baru buatan British 6 tayar dinamakan Saladin dan Saracen pada era 60an dulu.

Dgn kejatuhan banyak kota2 salib dan Baitulmaqdis, Perang Salib telah melalui turning point, favour kepada tentera Islam. Malah apabila Damsyik dan kota2 lain jatuh, Pope Urban III terperanjat dan meninggal dunia. Kemudian pope baru iaitu Pope Gregory VIII bila dgr Jerusalem jatuh terus melancarkan Perang Salib Ketiga pada 1189. Massa inilah kemunculan legenda England iaitu Richard the Lion Heart.....pesaing handalan bagi Salahudin al-Ayubi.....tungguuuuuu!!!!

[ ke episod 12 ]