PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(12) Perang Salib (Ketiga) - (1189 - 1192 ) [ rujuk episod 11 ]

FOTO: King Richard berangkat ke Palestine.

Sebelum kita pergi ke bab Perang Salib ketiga, kita tgk siapa sebenarnya.....
Richard the Lion Heart. Dia ni adalah Raja England pada abad ke 11. Seperti yg kita citer sebelum ni dia ada main peranan dalam perang salib dan ada bikin war and personal contact dgn Salahuddin Al-Ayubi. Zaman dia, area Normandy kat Perancis tu adalah kawasan jajahan England. Kat sini ada pelik sikit, walaupun Richard ni lahir kat England, masa dia banyak dihabiskan kat utara Perancis dan lagi dia tak tau sgt cakap Inggeris. Asik cakap French je.

Dan lagi dia tak berapa suka duk kat London pasai asik hujan aje. Dan lagi dia pernah bagitau kalo London ada sapa nak beli, dia nak jual buat bekalan perang salib. Masa dia pergi Palestine, England dijaga oleh adiknya John of Nottingham. John ni plak ada krisis dalaman pulak kat England sepemergian Richard ke Palestine. Richard ni jadi komander tentera salib dlm Christian Third Crusade. Misi adalah jelas....menawan semula Baitul Maqdis dari tgn Salahudin.

Tentera Richard ni ikut jalan laut dan sempat menawan Sicily dan Cyprus. Dari Cyprus terus ke tanah besar di pantai Syria dan dapat conquer Acre dan Tyre. Kemudian turun ke selatan on it's way to Jerusalem. Tapi kemudian disekat oleh tentera Saladin. Masa ni pulak Richard dgn satu lagi komander salib Leopold V of Austria sudah gaduh, pasal pengaruh dan reta benda laa ni. Jadi memasing berdendam aje.

Dipendekkan citer, Richard the Lion Heart ni belayar la balik ke England tapi kapal pulak ada masalah, so terdampar la kat Italy, jadi dia dan tentera dia kena ikut jalan darat ke Normandy. Bila sampai kat Eropah tengah dekat Austria, Richard ni kena colek oleh tentera Leopold V...ada ingat dia ni, dia ni kan berdendam dgn Richard. Dipendekkan citer lagi, Leopold minta John of Nottingham bagi wang beribu2 Marks kalo nak abang dia lepas.

Ransom dihantar dan Richard pun dilepaskan. Kembalilah Richard ke England. Tak lama lepas tu ada revolt lak kat wilayah dia di Normandy. King Richard ni pi laa sana nak kasi belasah orang2 French yg bikin revolt tu dan dgr2 citer Robin Hood yg setia dgn Richard ni and the band tu pun ada sekali pi ikut dia. Tapi tak lama lepas tu Richard terbunuh akibat tusukan panah. Begitulah berakhirnya kisah king nih.

Overal, kalau ikut para historian, rekod Richard ni tak berapa baik. abaikan tanah tumpah darah dia, perbendaharaan negara susut dekat separuh akibat ekspedisi ketenteraan beliau dan macam2 lagi. Tapi pasal peranannya dlm Crusade ke 3, nama dia menjadi masyhur. Kemudian adiknya King John jadi Raja England. King John ni pulak tgh pening kepala, wilayah conquerer dia di utara Perancis habis semua jatuh ketgn French.

Jadi dia nak rampas balik wilayah tu, tapi perbendaharaan dah susut habis semenjak zaman Richard lagi. Jadi untuk menambahkan pendapatan negara dia kasi naik cukai...Aaaa kat sini yg macam2 hal berlaku nih. Ramai laa memberontak dan salah seorangnya ialah Robin hood and the gang!

[ ke episod 13 ]

Ada cerita legenda antara Salahuddin dangan Richard ni, mungkin von trapp lebih tahu hal ini, iaitu bagaimana dua raja ini mengadu domba pedang masing-masing. Richard telah menggunakan pedang Oblivion beliau dengan menetak sejenis tongkol besi yang ditempah khas sehingga terbelah dua, manakala Salahuddin hanya melayangkan sapu tangannya suteranya ke udara dan membiarkannya jatuh ke atas pedangnya sehingga terbelah dua dengan sendirinya. Pedang yang digunakan Salahudin itu menggunakan sejenis keluli khas yang dikenali sebagai Damascus Steel, iaitu sejenis keluli yang sangat keras tapi boleh dibentuk menjadi sangat halus dan tajam. Damascus Steel ini dikatakan ditempa dari sejenis besi yang didapati di Sri Lanka, namun sayangnya teknik pembuatannya sudah hilang hinggakan teknik moden masakini tak dapat nak menghasilkan semula keluli ini. Salah satu teknik pembuatan pedang yang hampir sama ialah pembuatan pedangsamurai dan keris, iaitu kaedah welded damascus steel.