PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(13) Perang Salib Ketiga - [ rujuk episod 12 ]

Jadi, setelah seruan holy war diwar-warkan oleh Pope Gregory VIII sejak kejatuhan Jerusalem pada 1187, maka 3 raja eropah telah menyahut seruan pope itu.
Raja-raja eropah tersebut ialah Emperor Frederick Barbarossa dari Holy Roman Empire (Jerman), Philip II dari France dan Richard I dari England (Lion Heart).

Pada 1189 ketiga2 bala tentera ni bergerak menuju ke Palestin. Paling besar ialah bala tentera Barbarossa berjumlah 100 ribu, France 2 ribu dan England 8 ribu tentera. France dan England ikut jalan laut manakala Jerman ikut darat.

Barbarossa berjaya sampai ke Anatolia melaui empayar Byzantium. Belum pun sempat sampai ke wilayah Levant, Barbarossa mati lemas ketika cross satu sungai besar. Kematian Barbarossa ni amat memeranjatkan tenteranya. Lebih dari separuh tenteranya moral down dan berpatah balik ke eropah. Dan remain askar yg ada mendapat pengganti baru iaitu Leopold V. Mereka terus juga menuju ke Acre (sebuah wilayah Salib yg telah ditawan oleh Salahudin).

Richard dan Philip pulak sempat tawan Sicily dan Cyprus semasa dalam perajalanan ke Holy Land. Kemudian ketiga2 ketumbukan tentera Salib telah tiba di Acre, sebuah bandar pelabuhan penting yg masih dikuasai oleh Salahudin.

Kat sinilaa nampak antara ketiga2 commander salib ni, Richard terkedepan, banyak planning dia dan siege weapon adalah datang dari ketumbukan Salib England. So pada Jun 1191, pertempuran hebat pun berlaku dan Salahudin bertungkus lumus mempertahankan kota itu tapi terpaksa berundur akibat serangan hebat dari tentera Salib.

Salib telah mendapatkan kembali bandar pelabuhan mewah Acre. Tapi ada masalah. Biasak laa mana2 pun, satu kapal 3 nakhoda. Ketiga2 Commander, Richard, Philip dan Leopold sudah gaduh berebut nak mendominasi Acre. Philip dan Leopold sokong Conrad de Monferrat yg masa tu jadi Raja Acre manakala Richard sokong Guy de Lusignan (Salahudin lepaskan dia dgn ransom yg cukup tinggi) yg claim title raja dari Montferrat.

Oleh kerana kecewa dgn Richard the Lion heart ini, French commander Philip II dan German Commander Leopold V tinggalkan holy land dan belayar balik ke eropah. Phillip dan Leopold tinggalkan sebahagian askar salibnya di Acre akibat tidak cukup kapal. Jadi kesemuanya akan berada dibawah pemerintahan Richard the Lion Heart.

Tak lama kemudian, berita kematian Conrad de Montferrat dibunuh Hashashin. Jadi Guy de Lasignon menjadi raja mutlak di Acre dan beliau memberikan sepenuh bantuan kepada misi Richard untul menawan semula wilayah2 salib dan yg terpenting ialah Jerusalem.

Khabar2 angin ada mengatakan kematian Monferrat adalah atas arahan Richard dgn mengupah Hashashin melakukan assassination...senang sikit kerja dia dgn Guy de Lasignon.

Salahuddin al-Ayubi telah mengalami kekalahan pertamanya di tangan salib semenjak kejatuhan jerusalem ketangan Islam. Salahudin memerhatikan Komander England dari jauh....ini bukan calang2 orang ni.....

[ ke episod 14 ]