PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(14) Perang Salib Ketiga - [ rujuk episod 13 ]

Acre telah dapat ditawan oleh askar Salib pada 1191. Tunjang utama ialah Raja England Richard the Lion Heart. Salahudin cuba mendapatkan balik Kota Acre dgn menyerang askar salib yg berkubu di situ, Tetapi setiap serangan Salahudin berjaya dipatahkan oleh Richard.

Sedang pelbagai serangan dari askar2 Ayyubid, Richard telah berjaya menyusun semula tentera Salib untuk satu lagi kempen iaitu untuk menawan Kota pesisiran pantai yg penting iaitu Jaffa. Richard kemudian menuju ke Jaffa dan kemudian bertembung dgn tentera Salahudin di sebuah tempat bernama Arsuf. Pertempuran sungguh sengit dan nampak gaya pasukan Richard hampir2 tumbang.

Dgn tak semena2, reinforcement dari Knight Hospitalier dan sejumlah pasukan infantry Salib dari Acre telah sampai di Arsuf dan suasana peperangan kini berpihak kepada Richard si Raja England ni. Setelah beberapa lama, tentera Salahudin menerima kekalahan kali kedua di tangan Richard.

Kota penting pesisiran pantai Jaffa telah dapat ditawan oleh Richard. Suasana genting dipihak Salahudin. Pertempuran Arsuf telah memakan korban yg besar ke atas tentera Salahudin. Salahudin al-Ayubi memerlukan masa yg banyak untuk memperlengkapkan kembali kekuatan tenteranya.

Kemudian kebanyakan kota2 pesisiran panatai banyak yg jatuh ke tanagn Richard the Lion Heart ni. Sepanjang pantai Lubnan dan Israel (sekarang ni) dikuasai oleh Salib. Ini memudahkan bekalan dibawa melalui jalan laut oleh tentera salib. Salahudin pada masa ini masih bergelut untuk memulihkan kekuatan tentera setelah kalah besar di Arsuf.

Setelah Richard menawan Jaffa, beliau menjadikan Jaffa sebagai markas utamanya untuk kempen yg paling penting untuk operasi Salib ketiga ini iaitu untuk menawan Baitul maqdis (Jerusalem) dari tangan Muslim. Salahudin juga pada masa ini cuba berunding dgn Richard dgn pelbagai Mou (cubaan untuk melengah2kan pasukan Salib) tp kesemuanya di tolak dgn baik oleh Richard.

Adalah dipercayai hubungan baik peribadi antara mereka berlaku sekitar waktu ini. Salahudin telah menawarkan tabib2nya untuk merawat luka2 Richard yg lambat sembuh semasa pertempuran Arsuf dulu. Salahudin juga membekalkan kuda2 arab baka baik menggantikan kuda Richard yg mati. Perasaan hormat antara mereka kerana merka kagum dgn leadership masing2.... tapi perang tetap perang.

Kemudian Richard advanced to Baitulmaqdis. Satu demi satu kota telah dapat ditawannya. Ayyubid takdak pilihan lain selain memperkuatkan kubu Baitulmaqdis...berkumpul di situ dan berjuang hinnga akhir. Kemudian dgn tak semena2 kem Salib telah berpecah dua. Richard sebenarnya ingin melumpuhkan tentera Ayyubid di markas utamanya dulu iaitu di Kaherah (Cairo) manakala komander salib yg lain ingin mendapatkan Baitulmaqdis dgn kadar segera.

Kemudian berlaku pulak musim sejuk dan ini adalah masalah besar dari segi logistik bekalan2 tentera salib...dan kemudian kata putus telah dibuat. Salib terpaksa berundur dari menawan Baitulmaqdis kerana kalau dapat tawan pun mungkin tak dapat bertahan lama kerana masalah supply.

Ini adalah peluang keemasan bagi Salahudin, Dengan sepantas kilat, tentera yg telah disusun sebelum ini telah melancarkan serangan kilat ke atas HQ Salib di bandar pesisran pantai Jaffa dan Kota itu telah dapat di tawan. Terperanjat Richard dibuatnya dan beliau pun berundur ke Acre.

Pada ketika ini iaitu pada 1192, kedua2 pasukan baik Ayyubid dan Salib mempunyai kekuatan yg paling minima sekali. Masing2 memikirkan adalah mustahil untuk berperang dgn jangka masa lama. Jadi kedua2 leader iaitu Salahudin al-Ayubi dan Richard The Lion Heart mengambil jalan tgh iaitu melakukan rundingan damai. Salah satunya ialah Baitulmaqdis tetap dalam genggamam Ayyubid dan laluan2 selamat untuk pilgrimate Kristian ke Baitulmaqdis di jaga oleh tentera Ayyubid.

Salib pula boleh terus memegang kota2 pesisr pantai seperti Acre, Tyre dan Tripoly selain wilayah Principality of Antioch. Kota2 ini kemudian berdagang dgn kota Kota2 milik Ayyubid dan ekonomi kedua2 wilayah Salib dan Muslim berkembang untuk jangka masa tertentulah.

Richard kermudian telah kembali ke Eropah dan Salahudin kemudian dapat fokus untuk memajukan wilayah2 Ayyubid tanpa gangguan peperangan.

Camtu ler lebihkurang kisah Perang Salib ke 3 ni. Lepas ni kita pi terus bab Perang salib ke 4 plaak.

[ ke episod 15 ]