PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(15) Perang Salib (Keempat) - (1202-1204) [ rujuk episod 14 ]

FOTO: Costume emperor dan jeneral2 Empayar Byzantium (Rom Timur)

Kisah Richard the Lion Heart ialah semasa perang salib ketiga...sekitar 1189 masehi. Bolehlah dikira seri, tp objektif utama utk mandapatkan Baitulmaqdis gagal. Ada jugak laa hasil mereka seperti dapat pegang bandar2 pelabuhan dan perjalanan orang Kristian untuk pilgrimate ke Baitul Maqdis, itu pun atas ikhsan orang Kurdish ni, Salahuddin al-Ayubi. Bagaimana pulak kisah Perang Salib ke 4?

Pope yg baru iaitu Pope Innocent III sungguh kecewa dgn hasil dulu....jadi dia pun macam Pope Urban dulu laa...panggil rakyat eropah bersatu untuk menawan kembali Jerusalem (Baitulmaqdis) . Tapi masa tu tak berapa diendahkan oleh Raja2 Eropah pasai depa pun terok jugak...Dah laa baru balik dari perang, pas tu berperang plak sesama mereka. Bunga2 perang 100 tahun antara England dan Perancis sedang bercambah. Hasil mahsul negara2 eropah dah susut teruk.

Ni kita cerita pendek je laa. Tapi entah macamana laungan Pope tu kemudiannya telah disambut oleh negara2 seperti Venetian (Venice) yg terkenal dgn kuasa dagangan dan maritim, kemudian ada plak suku sakat empayar Rom Timur iaitu Byzantine tawarkan dana yg tinggi untuk recapture Jerusalem.

So, bila nampak uang emas baaanyak, maka datang laa tamak.. putra2 raja eropah joined dan kemudian mereka assemble the army. Jadi pihak Venetian menyediakan kapal2 transport nak kasi angkut knight2 ni...total lebihkurang 20 ribu orang. Dan arahnya pada asalnya ialah Kaherah (Cairo)..nak attack dari Mesir dan terus naik ke utara ke Palestin.

Tapi halatuju kemudian berubah arah plak. Masing2 prince2 eropah ni ada ego..semua kena dgr cakap depa...habih camna..beraapa banyak nakhoda nak ikut....dah gaduh2 gitu armada berubah arah iaitu ke negara jiran Kristian Orthodox iaitu empayar hebat Kristian Orthodox, iaitu Byzantine {dlm Quran banyak kali sebut empayar ni...Biyantium atau Byzantine atau Rom (Rom Timur)}. Dan mereka mendarat kat Constantinople (Istanbul sekarang nih).

Nak tau apa jadi? ok laa kita pendekkan lagi citer ....Tentera salib mendarat dan memberi derma kpd gereja2 orthodox......HENTIKAN LAAA, takde sebaik tu tentera Crusades ni masa tu...aaa nak tau kisah sebenarnya...aaaa ni la kisah sejarahnya, org Kristian sendiri pun ada menulisnya.......Pada 1202 masehi Kota Constantinople telah dijarah, penduduknya telah dibunuh dan wanita2 juga telah diperkosa, saling tak tumpah semasa mereka memasuki Baitulmaqdis masa Crusades pertama dulu...

Ganas ke alim askar Salib nih. orang Kristian Byzantium (Othodox...tak sealiran dgn Crusaders khatolik...macam Sunni dgn Syiah laa) sendiri pun dia belasah dan sack ke atas kota Constantinople berlanjutan selama 3 hari. Setan beraja di hati. Gereja agung Hagia Sophia (asas rekabentuk Masjid Biru Istanbul) pun dijarahnya dan dgr2 tempat2 padri pun depa bikin sarang pelacur. Library agung Contanstinople habih kena bakar dan sudahnya empayar Byzantium tu kena jajah oleh barbarian Crusades ni selama 57 tahun...tak pasal2 aje.

Emperor Byzantine masa tu kalo tak silap Isaax II terperanjat besar dibuatnya, ingatkan nak bagi tumpang teduh member Crusadesnya tu aleh2 semuanya jadi setan tahap 1st class punya....bengang je dia last2 dia terpaksa lari 400 m lompat berpagar entaj ke mana. Pope Innocent III sungguh terperanjat dgn berita ni dan dgr2 citer sampai sakit org tua tuh.

Peristiwa ini tetap dinamakan Perang Salib ke 4 walau pun tidak seorang pun askar salib ni mencecahkan kaki ke tanah Muslim. Ini adalah kerana penglibatan besar tentera salib yg sepatutnya ke tanah Palestin tetapi gagal.

Gambar....Costume emperor dan jeneral2 Empayar Byzantium (Rom Timur). Amat berbeza dari tentera Salib. Kalo mengikutkan saya, uniform tentera Salib ni lagi mengancam dan segak serta macho siap dgn armour badan sampai ke kepala bagai.

Tapi empayar Byzantium inilah yg termaju dari segi pendidikan, ekonomi, kesusateraan, kesenian dalam seluruh wilayah2 Kristian eropah! memang match dgn tamadun Islam ketika itu. Wilayah eropah barat khatolik kecuali Italy digambarkan sebagai The Dark Ages pada ketika itu.......

[ ke episod 16 ]