PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(16) Perang Salib (Kelima) - (1228-1221) [ rujuk episod 15 ]

Kita dah tau kisah perang salib ke 4. Kita dah tau kisah Salahudin dan King Richard dlm perang Salib ke 3. Dan sekarang kita tgk apa pulak kisahnya dlm edisi ke 5 ni. Papal atau Pope masih tak berputus asa. Mereka masih mahukan Baitulmaqdis yg terdapat gereja Holy Sepulcre itu. 3 misi dah gagal.

Pada 1213, selepas 11 tahun Perang salib ke-4, Pope pada masa itu iaitu Pope Innocent III dan kemudiannya penggantinya Pope Honorius III menyeru untuk satu lagi perang suci mereka untuk membebaskan Baitulmaqdis. laungan Pope telah disambut oleh Raja Austria dan Hungary berserta bala tentera dari wilayah2 Jerman dan Perancis.

Perang Salib kali adalah panjang sikit masanya. Pada 1213 adalah masa perancangan oleh pope dan Raja2 Austria dan Hungary. Ketumbukan mereka ini belayar dari Venice hingga ke wilayah salib di Acre (pantai Lubnan). Pada masa ni Salahudin dah takde, adik Salahudin iaitu Al-Adil yg memrintah dinasti Ayyubid.

Tentera Salib berjaya mengalahkan Al-Adil di Sungai Jordan tp mereka tak dapat meneruskan kemaraan ke Baitulmaqdis akibat kekurangan kelengkapan perang. Al-Adil skang mempunyai masa untuk menyerang balas. King Andrew yg mengetuai salib Hungary dah mula sakit dan tak lama lepas tu dia pun balik ke eropah. Leopold yg mengetuai Salib Austria masih bertahan lagi menerima asakan2 dari Al-Adil dan masih bertahan hingga ke Antioch.

Dekat Antioch Al-Adil menghadapi masalah. Kerajaan Islam Seljuk iaitu Sultanate of Rom dah buat MoU pulak dgn Salib. Al-Adil kena mengadapi dua sekutu tersebut. Tak lama lepas tu pada 1918, Ketumbukan Salib dari utara Eropah pulak yg diketuai oleh Raja Holland William 1 dah sampai pantai Mesir pulak dan menyerang bandar pelabuhan Damietta.

Al-Adil tak dapat menahan serangan tersebut kerana terpaksa berdepan dgn 2 front dgn Seljuk buat hal lagi pi ally dgn Salib. Tak lama kemudian Al-Adil meninggal dunia. Tempatnya digantikan oleh Al-Kamil. Al-Kamil ni adalah seorang yg berdiplomasi, cuba untuk buat peace truce tp semua ditolak oleh William l.

William 1 yg ketika itu menguasai Damietta, sebenarnya sedang menunggu bala tentera salib dari Acre untuk bersama2 menawan seluruh Mesir dari Ayyubid. Al-Kamil sedar dan memerhatikan pergerakan kedua2 bala tentera Salib ni. Walaupun berdiplomasi, tapi Al-Kamil ni penuh dgn siasah dan strategi.

Tentera Salib dari Acre menuju ke Kaherah dgn melalui sebuah terusan yg kering, pada masa yg sama Al-Kamil mengepong tentera William 1 di Damietta dan sudahnya tentera William tak dapat bergabung dgn Salib dari Acre.

William 1 terkandas dan Al-Kamil fokus tentera Salib Acre. Tak terlawan mereka. Kemudian terusan yg mereka lalu sebelum itu dipenuhi oleh limpahan sg Nil yg sengaja dibuka olej Al-kamil forces. Disastrous!!! supply tak boleh masuk dan tentera Salib Acre musnah habis.

Saki baki mereka kemudian menyerah diri kepada Al-Kamil. kemudian William 1 buat Mou dgn Al-Kamil iaitu Damietta dipulangkan semula kepada Mesir dan tawanan salib dibebaskan. Peace truce selama 8 tahun dibuat oleh Al-kamil dan tentera Salib.

Ini amat mendukacitakan eropah. Bukan pope sahaja yg kecewa, malah rakyat dah mula menampakkan sentimen anti Papal. Raja2 eropah dah mula nak buat plan sendiri untuk ekspedisi akan datang tanpa merujuk Pope lagi.

Total keseluruhan askar Salib untk 5th crusades ini adalah 32 ribu org dan dianggatkan lebih separuh maut di tangan tentera2 Ayyubid...dan Baitulmaqdis masih berada ditangan Muslim pada akhir perang salib ke 5 ini pada 1221.

[ ke episod 17 ]