PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(17) Perang Salib (Keenam) - (1228 - 1229) [ rujuk episod 16 ]

FOTO: King Frederick II (kiri) bertemu dengan Al-Kamil (kanan).

Setelah Tentera Salib tewas kepada Dinasti Ayyubid iaitu Sultan Al-Kamil pada 1221, Kuasa salib di asia barat masih lagi lagi berpusat di Acre iaitu kota pesisiran pantai, Baitulmaqdis masih lagi diperintah oleh Ayyubid. Di eropah ada satu raja, raja ni adalah raja Holy Roman Emperor (majoriti wilayah Jerman) yg kuasanya semakin membesar. Raja itu ialah Frederick II.

Frederick II ni merasa bersalah di atas kekalahan teruk tentera Salib ketika campaign Salib ke 5 dulu, kerana dia tidak turut serta. Jadi sebagai penebus kekesalannya dia sendiri yg akan lead ekspedisi salib ke-6 ni. Masa ni dia dah tak hiraukan Pope lagi dan boleh dikatakan separuh rakyat eropah dah mula sangsi dgn institusi pope ini malah dah ada dgr protes2 dari kalangn ilmuan kristian sendiri yg kemudiannya nanti akan keluar kisah Martin Luther.

Frederick II setkan sendiri bala tenteranya sendiri tanpa restu pope. Tentera salib ke 6 terus menuju ke pulau Cyprus dgn hasrat untuk bergabung dgn Cyprus tp lain plak yg terjadi....bergaduh laa pulak. jadi Frederick II terpaksa meneruskan perjalanan ke Acre dgn tidak dapat menambahkan jumlah tenteranya untuk melawan Ayyubid yg ketika itu masih di bawah perintah Al- Kamil lagi.

Al-Kamil pulak pada ketika itu berhadapan pulak dgn pemberontakan dlm negara iaitu di wilayah Syria. Frederick II dah baca semua tu. Adalah mustahil untuk melawan Ayyubid dgn kekuatan yg Frederick II ada ketika itu. Jadi dia gamble. Dia sudah hantar utusan kepada Al-Kamil mengatakan bahawa tentera Salib ke 6 ini akan menyerang Mesir dan bala tentera tambahan dalam perjalanan dari eropah. Frederick main siasah yg licik.

Frederick menggerakkan tenteranya ke Mesir pada 1228 dgn harapan Al-Kamil akan percaya dgn kata2 utusan yg dihantarnya bukan main2. Al-Kamil yg ketika itu merasakan kalo ada tentera tambahan besar dari eropah kemungkinan Mesir sendiri akan kalah.

Jadi Frederick II melalui utusannya ada mengatakan tentang MoU...untuk mengelakkan peperangan yg memakan korban besar, Baitulmaqdis beserta laluan ke pantai hendaklah dibawah penjagaan tentera salib, tentera salib akan menjaga kesemua penduduk dgn adil dan saksama.

Ayyubid pula boleh memerintah Mesir dan Syria dgn aman dan boleh concentrate rebelion di wilayah Syria tanpa campurtangan Salib. Al-Kamil pun fikir jugak, selagi pemberontak di Syria belum berakhir, susah dia nak dokus kat tentera Salib ni. Jadi pada 1228 juga perjanjian antara Sultan Al-Kamil dan Frederick II termeterai.

Perjanijian tersebut berlangsung selama 15 tahun. Pada 1229, tentera Frederick II masuk ke Baitulmaqdis tanpa setitik darah pun terpercik. Tembok Baitulmaqdis yg rosak dibiarkan saja dan Ayyubid menghalang sebarang pembinaan tembok baru oleh Salib..manalah tau tetiba Salib langgar perjanjian, senang Ayyubid nak attack kota tu.

Frederick telah menjadi wira Salib pertama mendapatkan Baitulmaqdis atau Jerusalem melalui diplomasi. Ini telah mencalarkan reputasi Pope. Pengaruh pope semakin merudum di eropah. Frederick II telah mendapatkan Baitulmaqdis pada campaign Salib ke 6 bilamana campaign Salib ke 2, ke 3, ke 4 dan ke 5 yg gagal kesemuanya.

[ ke episod 18 ]