PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(18) Perang Salib - (1245) [ rujuk episod 17 ]

FOTO: pahlawan memanah Monggol.

Last part kita dah tahu Frederick II dah buat peace truce dgn Sultan Al-Kamil, Salib dapat balik Baitulmaqdis dan Frederick II masuk Baitulmaqdis pada 1229 tanpa sebarang pertempuran pun. Jadi Baitulmaqdis bertukar tgn lahgi sekali kepada puak Salib. Manakala Al-Kamil sibuk dgn perpecahan Syria dan akhirnya Syria berpecah dari pemerintahan Ayyubid dan mereka mendirikan kerajaan dgn Sultan of Damascusnya..berpecah lagi kerajaan Islam.

Apa yg telah disatukan oleh Salahudin al-Ayubi dgn gabungan Mesir, Syria dan Baitulmaqdis nampaknya telah terpecah kembali. Seljuk Sultanate of Rom kat Anatolia masih lagi pada dasarnya bemusuh dgn Ayyubid. Kerajaan Abbasiyah di baghdad pulak seperti hilang taring, cuma kemewahan dan kekayaan saja yg nampak, militari hancus.

Pada awal 1220an ada satu kuasa dari timur jauh. Pada logiknya kuasa ni tak ke mana..iya laa kalo tgkkan sistem kehidupan bernomadnya, dgn ketiadaan tamadun, kuasa nomad ini semakin membesar. Kuasa itu adalah Monggol. Dengan tak semena2 kuasa nomad ini yg diketuai oleh Genghiz Khan telah meratah tamadun dunia timur ketika itu iaitu China.

Dgn runtuhnya China, segala teknoloji China yg digunapakai ketika itu (dianggap canggih masa tu) digunakan sepenuhnya untuk meluaskan empayar Monggol ini. Malah Moscow dan Kiev telah diranapkan Monggol ni dgn kuasa utara mereka yg digelar The Golden Hordes, malah sampai ke eropah timur seperti Hungary.

Jadi apa kaitan dgn perang Salib ni? ok camni....masa tu ada satu empayar Islam yg meliputi Afgahanistan, Iran, Uzbekistan, Azerbaijan dan wilayah2 sekitar laut hitam yg dinamakan Empayar Khawarezmi dgn ibukotanya Samarkhand. Empayar Khawarizmi ini adalah juga laluan sutera antara asia barat dan China.

Empayar ini maju dari segi sains teknoloji, kesusasteraan, militari dan juga terdapat ramai ulama2 dilahirkan di empayar ini. Monggol memang mengidam2kan wilayah subur ini dan pada awal 20an satu ketumbukan Monggol yg digelar Khanates yg diketuai oleh Hulagu Khan telah melanggar empayar ini.

Khawarezmian sungguh terkejut dgn seranagn yg tak semena2 ini. Maka jatuhlah empayar hebat ini ditangan Hulagu Khan dan dengar ceritanya ramai komander Khawarezmian ni di seksa dgn memasukkan emas panas cair ke dlm kerongkong sehingga mati. Tentera2 Khawarezmian kacau bilau.

Jadi general2 mereka mengarahkan ke selatan iaitu ke Mesir iaitu empayar kesultanan Ayyubid untuk bergabung dgn mereka (Khawarezmi) (laungan dari Ayyubid untuk memperkuatkan Islam yg bersatu untuk berjihad). Askar2 Khawarezmi menyaksikan sendiri kekejaman Monggol, jadi perjalanan mereka ke selatan melalui Baitulmaqdis. Mereka mengetahui bahawa puak salib yg memerintah ketika itu sejak 1229. Mereka ambush Baitulmaqdis dan membelasah seluruh tentera Salib dan warga kristian habis dibunuh....mereka yg terselamat menyelamatkan diri ke Acre. Bagi mereka tentera Salib ni sama dgn Monggol kejamnya. Inilah permulaan kaitannya Monggol dgn perang Salib. Pada 1244 lagi sekali Baitulmaqdis dibawah pemerintahan Islam.

Off Topic.....

Tentera2 Khawarizmi ni kemudiannya bergabung dgn tentera Ayyubid/ Mamluk di Mesir dan kemudiannya bergabung lagi dgn tentera2 Abbasiyah dari Baghdad dan mereka bersama2 berdepan dgn tentera Monggol yg dipimpin oleh komander Kitbuqa dalam peperangan di Ain Jalut....dan peperangan di Ain Jalut dimenangi oleh gabunagan tentera Islam ini dan sejak itu terjadi turning point peperangan dgn Monggol ini...Monggol berundur ke Syria dan ada satu puak Monggol dari the Golden Hordes yg diketuai oleh Berke Khan (telah memeluk Islam) pun sama melibas puak Khanate Hulagu Khan zalim in dari utara....perang saudara terbesar Monggol........Berke Khan tak boleh terima apa yg dilakukan oleh Hulagu Khan di Baghdad (lagi dasyat perbuatan tentera salib pertama di Baitulmaqdis). Camtu ler serba sedikit kait mengait.....

[ ke episod 19 ]