PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(19) Perang Salib Ketujuh - (1249) [ rujuk episod 18 ]

FOTO: Knight Templer sebelah kiri dan Knight Hospitalier sebelah kanan.

Sebelum ni kita dah citer pasai Baitulmaqdis dah ditawan balik oleh Khawarezmian dari Puak Salib ni pada 1245. Jadi macam biasa Pope kali ni ialah Gregory IX malaungkan seruan untuk perang suci Salib yg ke 7, mendapatkan balik Baitulmaqdis. Kali ni cuma satu raja eropah aje yg menyahut seruan Pope ni.

Beliau adalah King of France Louis IX. King2 eropah yg lain ada masalah. Holy Roman empire mmg ada masalah dgn Pope sejak Frederick II lagi, king of England ada masalah dalaman, King of Hungary baru nak rebuild balik negara setelah dilanggar Monggol. Jadi Louis IX sahaja laa yg available.

Tapi satu laa diorang ni, walaupun macam tak berapa nak cukup segala2nya tapi semangat kental tetap ada untuk setiap misi salib ni. Louis IX dapat mengumpulkan seramai 15 ribu tentera yg mana 2500 adalah terdiri dari Knight Templar. Pada 1248 mereka belayar ke pulau Cyprus dulu. Tujuan untuk mencari ally.

Memnag ramai nak ally dgn troops Louis IX tapi misi mereka berbeza dgn misi Louis IX. Ada yg pasai nak lawan byzantium (dah jd musuh Salib sejak Salib ke 4 langgar Constantinople dulu..ada ingat?), Ada yg pasai nak lawan Sultanate of Damascus laa. Tapi Louis IX tetap nakkan Baitulmaqdis jugak, so no ally dgn mana2 ketumbukan Salib di Levant tuu.

Jadi Louise berseorangan dgn 15 ribu tenteranya itu. Plan Louise IX ialah ke selatan dulu iaitu Mesir. Pada 1249 dia pi kat Damietta dan conquer pelabuhan Mesir tu dgn resistance yg amat sedikit dari Ayyubid. (pelik jugak Louise ni, pasai apa, masa salib ke 5 dulu, inilah jugak planning yg gagal tuu, pi attack Mesir).

Louis IX mmg dapat takluk Damietta. Plan dia nak attack Kaherah (Cairo) dari situ laa. Tapi rupanya dia yg kena attack bertubi2 kat situ dari Ayyubid. Louise terpaksa bertahan saja kat situ. Pada 1254, Louis IX dpt semangat baru sebab adik dia baru sampai dgn fresh troops dari Perancis.

Louis IX pun rasa inilah masa dan ketikanya untuk menyerang kaherah. Assemble the armyyyy!!!! 15 ribu army march to kaherah tp sebelum tu mereka terpaksa melalaui kota Al Mansurah. Sebelum tu mereka melaui bandar2 kecil , kesemua penduduknya melarikan diri termasuk askar2 Ayyubid.

Mereka tgk pulak gate besar kota Al Mansurah terbuka dan mereka masuk beramai2 ke kota tersebut, mana laa tau kut2 ada barang2 berharga kat dlm tu. Rupa2nya ini adalah trap dari askar Ayyubid. Masa inilah Komander teragung Mamluk iaitu Baibar mula dikenali. Baibar punya plan laa ni. Bila semua askar salib masuk, barulah keluar askar2 Ayyubid ni dari segenap cerok dan membelasah kaw kaw askar2 salib ni.

Teruk askar2 salib termasuk knight2 mereka dikerjakan oleh Baibar. Dalam battle ini cuma 5 org Knight Templer dari sejumlah ratusan yg terselamat. Louis IX terpaksa berundur dgn saki baki tenteranya ke Damietta. Tak cukup lagi bagi Baibar, dia kejar Louis IX sampai ke satu tempat yg bernama Fariskur.

Di Fariskur ni lah seluruh tentera salib di bawah Louis IX ni hancur lebur. Inilah major battle yg terakhir dlm perang salib yg ke 7 ini. Cuma beberapa kerat je yg tinggal teramsuk Lous IX. Sampai sakit laa Louis IX ni tapi tabib2 Ayyubid dpt sembuhkan dia.

Louis IX kemudiannya menyerahkan kembali Damietta kepada Kesultanan Ayyubid dan beliau sendiri ditebuskan dgn wang tebusan sebanyak 400 ribu dinar oleh pihak salib dan dia dibenarkan pulang ke base salib di utara iaitu Acre.

Kekalahan misi salib ke 7 ini semacam histeria di Perancis...sampaikan tertubuhnya Shepherd's Crusades, misi untuk menyelamatkan Louis IX. Memang ramai yg menyertai grup sampai 60 ribu org...tapi semuanya terdiri dari petani2 dan org2 biasa. Entah macamana grup ni kemudiannya semakin anti dgn institusi Pope dan pada hujung abad ke 14, mereka join Martin Luther pulak.

Dengar cerita isteri Louise IX, , Marguerite de Provence sampaikan phobia dan selalu mengigau2 bila tidur malam dan bila terjaga selalu cakap tolong! tolong! mengikut citer dayang2nya, Maguerite selalu merasakan ada askar2 arab di kamar tidurnya.....Begitulah penangan campaign salib ke 7 yg bermula pada 1248 sehingg kemusnahan salib pada 1254.

[ ke episod 20 ]