PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(2) Perang Salib Pertama [ rujuk episod 1 ]

Tapi sebelum kisah kemaraan tentera salib cross selat Bhosporus ke Anatolia, kita tgk senario wilayah2 Islam di asia barat. Empire Seljuk Turki masa ni dah makan separuh wilayah kristian Byzantium di Anatolia. Seljuk masa tu diperintah oleh Malik Syah 1, mmg power dia ni.

Kemudian Malik Syah meninggal dunia. Dan start dari sinilah kacau bilau dalam empire Seljuk ni berlaku dan berlaku perpecahan sesama sendiri dan kemudian terbentuk negara2 kecil di Anatolia sehingga ke Syria.

Dah tu pulak berperang bagai sesama mereka. Di Mesir pulak, didokong oleh Empire Fatimiah dgn khalifahnya yg bernama Al-Musta'li, empire ni adalah empire Syiah. Palestin termasuk Baitulmaqdis di bawah empire Syiah Fatimiah ni. Peperangan antara dua empire Fatimiah dan Seljuk kerap berlaku.

Baitulmaqdis (Jerusalem) sebelum ni diperintah oleh Fatimiah, kemudian dirampas oleh Seljuk pada tahun 1073. Lepas tu peperangan berlaku balik dan akhirnya Fatimiah dapat balik Baitulmaqdis pada 1098. Jadinya dunia Islam masa tu kat sana adalah kacau bilau.

Empire Abbasiah di Baghdad jgn cakap laa. Walau pun nampak hebat dgn segala kemewahan dan infrastruktur tapi bab2 militeri dah mula lemah. Setakat untuk menjaga empire sendiri bolehlah tapi kalau nak hantar aid pada mana2 negara2 Islam yg perlu bantuan, mmg payah.

Empire Umayyah di Sepanyol walau pun kuat, makmur, genius, kaya tapi sedang bergelut dgn puak Goth kristian yg saban hari cuba menghalau orang2 arab dari tanah sepanyol. Malah pada 1100an wilayah utara Sepanyol iaitu Aragon, Leon dan Castille telah dapat dirampas balik oleh Goth Kristian.

Jadi dgn keadaan dunia islam yg sebegitu, Emperor Byzantium merasakan ini adalah masa terbaik menggunakan org2 separa barbarian ni untuk merampas balik wilayah2 byzantium yg telah jatuh ke tgn Seljuk.

Emperor Byzantium Alexios 1 akan mempergunakan tentera salib khatolik untuk mendapatkan balik wilayah2 tersebut ke tgn Byzantium. segala transportation seperti kapal2 untk seberang selat bhosporus disediakan oleh Alexios 1, malah dia juga hantar jeneral terbaiknya untuk lead tentera salib ni ke Anatolia iaitu Tatikios.

[ ke episod 3 ]