PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(20) Perang Salib (Monggol) - (1258) [ rujuk episod 19 ]

FOTO: Mamluk archer.

Part 19 citer pasai kekalahan teruk Salib ke 7 King Louis IX di tangan Ayyubid Di Mesir pada 1254. Misi utama Louis IX utk mendapatkan Baitulmaqdis gagal sama sekali. Kota2 salib seperti Sidon jaffa , Acre, Antioch dan Tripoli di pesisir pantai Palestin di dalam bahaya.

Kemudian empayar Ayyubid di Mesir telah bertukar tgn kepada dinasti Mamluk pulak yg di mulai oleh Sultan Qutuz. Masa ni puak2 salib langsung tak power dah tapi......ada satu kuasa besar dari timur pulak kacau.....Kuasa itu adalah Barbarian Monggol. Monggol ni pulak bersekongkol dgn kota2 Salib yg kita sebut tadi.

Sultan Qutuz merasakan lepas belasah singa salib, pasni nak kena hadap dinosour pulak pasai apa, Monggol masa tu adalah kuasa tentera yg amat kuat dan sangat digeruni. Lepas tentera salib Louis IX dikalahkan oleh Ayyubib pada 1254, Monggol pulak dgn rakusnya telah memusnahkan ibukota empayar Abbasiah iaitu Baghdad pada 1258.

Kemusnahan adalah amat dasyat sekali. Berkali ganda lebih dasyat dari serangan salib pertama ke atas Baitulmaqdis. Estimate dekat2 500 ribu penduduk Baghdad dan kawasan sekitar dibunuh oleh Hulagu Khan ni. Sungai Furat (euphrates) menjadi hitam akibat beratus buah buku2 ilmiah ilmuan Islam dicampak ke sungai itu.

Tamadun Islam di Baghdad hancur sehancur-hancurnya. Khalifah Abbasiah yg terakhir diseksa dgn dimasukkan ke dalam permaidani mahal dan digulungnya, Kemudian askar2 berkuda Monggul memijak2nya sehingga hancur tulang belulangnya......bayangkanlah punya barbarian Monggul Ilkhanate ini.

Empayar Abbasiah bersekali dgn empayar Islam Seljuk Sultanate of Rome yg diketuai Sultan Beyazid jatuh ke tangan Monggol. Kemudian state2 salib yg terdapat di Levant make contact dgn Hulagu khan. Isteri Hulagu adalah seorang Kristian dan dia lah yg kuat suruh suaminya ally dgn state2 salib ni.

Sultan Qutuz terus membunuh kesemua utusannya dgn memenggal kepala kecuali seorang, itu pun pasai supaya dia boleh bagi tau kat Hulagu Khan.." kau nak perang? mai laaa , ngko ingat aku takut? aku pun sebenarnya dah lama nak bunuh kau..bodoh!!"....Sultan Qutuz tak boleh lupa dgn apa yg Hulagu Khan ni buat ke atas penduduk2 Baghdad. Dia bersama panglimanya, Baibar juga berdendam dgn puak2 salib yg bergandingan bahu dgn Monggol ni.

Rupa2nya Sultan Qutuz tidak bersendirian, salah satu puak Monggol yg menakluk eropah timur dan Rusia iaitu The Golden Hordes yg diketuai oleh Berke Khan amat simpati dgn umat Islam Baghdad, dia protes kelakuan Hulagu khan dan dia ada pun report kat Mongke Khan (Khan besar kat China, HQ Monggol).

Berke Khan yg telah memeluk Islam kemudian bersekutu dgn Sutan Qutuz. Utusan tadi dah sampai ke Hulagu Khan HQ. Apa lagi mengamuk laa dia, belum pernah utusan dia dilayan begini dan segala persiapan untuk menghancur leburkan Mamluk di buat. Mereka akan membelasah cukup2 Sultan Qutuz di Ain Jalut.

Sultan Qutuz bersama2 tenteranya berserta ally mereka iaitu tentera2 Abbasiah, Khawarezmi dlm buangan kesemuanya menunggu dgn penuh suspense ketibaan Kitbuqa, komander Monggul.....nanti ler sambung!!

[ ke episod 21 ]