PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(22) Perang Salib (Kelapan) - (1270) [ rujuk episod 21 ]

Part 21 kita dah citer bagaimana keadaan di wilayah salib di Asia barat. Menjelang 1260an kesemua wilayah2 salib telah jatuh ke tangan Kerajaan Mamluk Mesir kecuali sebuah kota iaitu Acre. Kota Antioch yg menjadi kebanggan puak salib sejak salib pertama pun jatuh ke tgn Mamluk.

Kerajaan salib di bumi Levant helpless. Ramai pelarian kristian dari kota2 salib yg jatuh berkumpul untuk berlindung di Acre. Kerajaan Mamluk memang bertekad untuk menghalau kesemua Puak salib dari asia barat. Suasana PANIK di Acrfe...sungguh panik.

Pope dan raja2 eropah dah dengar perkara yg berlaku ni. Pope seperti biasa menyeru raja2 eropah untuk mengambil bahagian dalam ekspedisi menyelamatkan kota salib di Levant. Tapi eropah pun bermasaalah. Ada diantara mereka berperang sesama sendiri. Ada yg dana tak mencukupi.

Tapi ada sorang raja yg cukup menebal pegangan kristiannya, Raja tersebut ialah raja yg sama mengetuai Perang salib ke 7, 22 tahun sebelumnya, dan pada 1270 raja Louis IX sekali lagi mengetuai armada laut ke bumi muslimin.

Halatuju Louise kali ini adalah di Tunis (Tunisia skang). Tunis masa tu adalah dibawah kuasa empayar Islam Almoravid. Almoravid masa ni tak brapa grip Tunis pasai majoriti tenteranya tgh support state2 muslim kat Sepanyol, serangan dari tentera2 kristian Aragon, leon semakin hebat di Sepanyol. Louis dah calculate bila dapat Tunis, dia akan march ke kaherah dari arah barat. Tentera2 mamluk pulak sibuk kat Syria belasah puak2 salib ni kat sana.

Bila Louise dapat kaherah (ibukota mamluk), dia ada kuasa tawar menawar dgn Sultan Mmamluk iaitu Baibars laa.....itulah plan dia. ok kita pendekkan citer....maka sampai laa Louise IX ke Tunis dan dia dapt buat port kat situ tanpa ada gangguan dari Almoravid.

Rupa2nya intelligent Almoraviid dah bagitau Mamluk tentang pengumpulan askar Louise ni kat Tunis. Baibars buat preparation untuk menyerang tp kena amik masa sikit. Tapi di Tunis Louis IX menghadapi masalah besar. Masalah penyakit, majoriti askarnya dah kena taun. Ramai askarnya mati termasuk anak Louis IX sendiri. Tak lama lepas tu Louise IX sendiri pun terlalu lemah, Raja ini pun rupanya dah terkena taun dan tak lama lepas tu Louis IX pun meninggal dunia di Tunis...perkataan terakhirnya yg disebut ialah "Jerusalem". khabarnya Louis IX diberi title Saint oleh Pope kerana semangat kentalnya tu.

Baibars yg sibuk dgn persiapan untuk menyerang Louis IX akhirnya membatalkan misi ke Tunis bila dengar kematian Louis IX. Tentera Salib ke lapan ini musnah. Misi adalah gagal sama sekali kecuali trade kecil2an antara afrika utara dan selatan eropah,

Tapi ke utara sikit masa tu ada pulak satu ketumbukan dari eropah menuju ke kota salib,Acre..ketumbukan apakah itu...tungguuuu.......

[ ke episod 23 ]