PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(23) Perang Salib Kesembilan (TERAKHIR) - (1271) [ rujuk episod 22 ]

FOTO - The last Crusade bergerak lesu, gambar simbolik era renaissance.

Ketumbukan dari eropah yg sedang dalam perjalanan Ke Acre itu adalah dari England dan beberapa wilayah eropah. Armada tersebut diketuai Prince Edward dari England. Gelaran bagi Prince Edward ini ialah Longshank disebabkan ketinggiannya. Sesiapa yg pernah tengok filem Braveheart lakonan Mel Gibson, pasti kenal siapakah Edward Longshank ni.

Armada Edward Longshank ni sampai ke Kota Acre pada tahun 1271, beberapa bulan selepas kematian Louis IX di Tunis. Edward Longshanks terus mengutus utusan kepada penguasa Mongol di utara Syria untuk bersekutu bagi melawan Sultan Baibars dari Mamluk Mesir.

Baibars pula pada masa ini memang tiada tandingannya di bumi Levant. Dalam pada tu, bekalan askar tambahan dari Perancis diketuai oleh adik Louis IX juga telah sampai di Acre untuk membantu Edward Longshank. Keseluruhan bala tentera Salib dan Mongol ini berjumlah 60 ribu tentera.

Baibars juga telah melancarkan serangan laut ke Pulau Cyprus (transit tentera salib dari eropah untuk ke Levant) tapi gagal, Angkatan laut Baibars musnah sama sekali. Jadi imej dan kuasa Sultan Baibars telah tercalar. jadi inilah masa dan ketika untuk Salib dan Monggol menyerang balas ke atas Mamluk. Abaga Khan menghantar 10 ribu tentera Monggol membelasah beberapa kedudukan Mamluk di Palestin tapi hanya berada beberapa ketika di kota2 tersebut sebelum meninggalkan wilayah2 itu, " just hit and run '.

Longshank pula meneruskan misi untuk menakluk Baitulmaqdis. Lintang pukang jugak Baibars dibuatnya. Walaupun perit, Baibars berjaya menghalau Monggol tapi amat payah untuk kalahkan Longshank ni, skil beliau sungguh mantap. Kesemua kota2 ke Baitulmaqdis, Edward Longshank tawan.

Sebenarnya kedua2 Salib dan Mamluk ni dah kepenatan. Jadi pada hujung tahun 1271 perjanjian damai dijalankan antara Baibars dan Edward Longshank. Perjanjian damai yg pertama melibatkan dinasti Mamluk. Gencatan senjata selama 10 tahun, 10 bulan dan 10 hari.

Longshank hanya mendapat kota di luar Baitulmaqdis dan route hingga ke Acre. Tapi selepas sebulan perjanjian tersebut, Edward Longshank telah diserang oleh seorang Hashashin dan mendapat kecederaan parah, walaubagaimanapun Hashashin tersebut telah dapat dibunuhnya kemudian. (ada yg mengatakan Baibars yg mengupah Hashashin tu).

Merbahaya bagi Edward Longshank jika masih berada di bumi Levant. Kemudian berita mengenai King of England, iaitu bapanya telah meninggal dunia, jadi beliau terpaksa pulang ke England untuk persiapan menjadi Raja England yang baru dan juga bagi menangani masalah pemberontakan di Scotland.

Perjanjian damai 10 tahun walaubagaimanapun tetap diteruskan, tapi nampak semacam puak Salib ini dibuli oleh Baibars, minta ufti lah, itu ini lah, puak Salib sentiasa dalam keadaan tertekan ketika itu. Di pendekkan citer, selepas tamatnya perjanjian damai pada 1281, berlaku pergolakan. Mamluk mula melancarkan kembali serangan bertali arus sesudah rombongan caravan muslim diserang oleh puak salib.

Pope ketika itu, Martin IV lagi sekali merayu untuk ekspedisi salib seterusnya tapi tidak diendahkan oleh mana2 Raja eropah, semangat salib ke Asia barat luntur. Sultan Mamluk ketika itu Qalawun melancarkan serangan besar2an ke Kota terakhir salib iaitu Acre pada 1291.

Acre telah dapat ditawan tetapi Sultan Qalawun dan anaknya sendiri terbunuh dalam pertempuran tersebut. Jadi pada 1291, tidak ada satu pun wilayah Salib di kawasan Levant. Mereka sekarang hanya tertumpu ke sebuah pulau kecil di luar Acre iaitu Pulau Ruad....berhimpit2, hiruk pikuk, PANIK!!!i...

Pada 1303, Pulau Ruad jatuh ke tangan Mamluk. Maka tamatlah Perang Salib di wilayah asia barat setelah 208 tahun seruan Pope urban II pada 1095.

[ ke episod penutup ]