PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

Perang Salib Pertama [ rujuk episod 2 ]

Sebelum kita sambung, ni nak bagi tau...perang salib pertama ni Salahudin al-Ayubi (Saladin) ni belum ada lagi tau. Lahir pun belum lagi. Tahun 1096 ni kemunculan Salahudin lama lagi. Kena tunggu dekat 100 tahun kemudian baru ada pada perang salib ke tiga...so Stay tune...hahahhaha

Ok kita sambung. Tentera salib dah berkumpul kat Constantinople iaitu ibukota Byzantium. Sarat marat ibukota tu. Lagi lama tunggu lagi problem. Kemudian terjadi pulak rusuhan dari tentera2 salib tu pasai depa semua lapar dan supply makanan tak cukup, sampai ada kedai2 kena rompak bagai.

Emperor Alexious 1 dah pening, ini tak boleh jadi, penghantaran ke Anatolia tak boleh delay lagi, jadi kapal2 byzantium diperbanyakkan untuk mengangkut tentera2 salib menyeberang Selat Bosphorus. Dari 60 ribu, total tentera salib reduced kepada 35 ribu org pasai macam2 sebab.

General Byzantium iaitu Tatikios dan Manuel Boutoumites jadi penunjuk jalan untuk tentera2 salib hingga ke hujung empayar Byzantium di tengah2 Anatolia. Kemudian tentera salib boleh terus menuju ke Baitulmaqdis.

Tapi sebelum tu mereka perlu menawan kota2 strategik Seljuk. Kota pertama yg perlu di hadapi ialah Nicaea. Mereka berkhemah dulu sebelum memulakan strategi. Tengah2 berkhemah tiba2 mereka telah diserang dgn begitu hebat sekali oleh tentera berkuda dan pemanah Seljuk.

Beratus maut ditangan Seljuk. Mereka sempat bertahan sehingga gelombang kedua tentera salib tiba. Bila dah ramai sgt askar Salib, Seljuk berundur. tentera Salib selepas mendapat kekuatan dari reinforcement meneruskan misi mereka ke Nicaea.

Salib sampai ke Nicaea dan pertempuran hebat meletus. Kedua2 mengalami korban besar dan akhirnya Seljuk tak dapat bertahan dan kota Nicaea jatuh ketangan tentera Salib. Kejatuhan Nicaea berlaku pada 1097.

Kota Nicaea kemudian diserahkan kembali ke tangan kerajaan Byzantium oleh tentera2 salib. Tentera Salib sekarang fokus untuk menawan sebuah lagi kota iaitu Dorylaeum. Kota ini pun dapat ditawan tentera Salib pada 1098.

Kali ni tentera salib tak mahu serahkan kota tu kepada Byzantium. Mereka kata kota itu adalah hak mereka dan terus mereka menukarkan nama dari Doryleum kepada County of Edessa dgn new ruler dari warlord tentera salib iaitu Baldwin of Boulogne..bengang je emperor Alexious 1. tapi tak boleh buat apa2 sebab tentera salib ni telah memberi manafaat kpd Byzantium...Seljuk tak dapat spreadkan penaklukan malah Seljuk seperti mengalami kekalahan di tgn Salib.

County of Edessa adalah kota pertama tentera salib di asia barat. maka gegak gempita laa seluruh eropah dgn kemenangan tentera salib ini. Fokus mereka tetap Baitulmaqdis. Sebelum itu mereka perlu manghadapi sebuah kota yg besar dan luas iaitu Antioch (sekarang ni kat Syria)......

Assemble the army! On to Antioch!

[ ke episod 4 ]