PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(4) Perang Salib Pertama [ rujuk episod 3 ]

Setelah kemenangan gemilang dan berjaya menubuhkan wilayah County of Odessa, tentera Salib bertambah bersemangat untuk mendapatkan Baitulmaqdis. Herman the Hermitt adalah padri yg terkuat memberi semangat dan macam2 vision dari tuhan dia dapat dan ini membakar semangat Salibin...katanya lah. Modes operandi serupa seperti ucapan2 Pope Urban II.

Baldwin of Boulogne dan berbelas ribu tenteranya tinggal untuk menjaga County of Odessa. Total 20 ribu salib sekarang mara ke Kota Antioch. Antioch ni bukan seperti Odessa, ianya adalah kota berkubu, besar pulak tu. Pada oktober 1097 tentera Salib sampai ke Antioch dan terus melakukan serangan.

Serangan demi serangan dilakukan tapi gagal. Defender kota Antioch ialah Yaghi-Siyan. Beliau telah merangka pertahanan Antioch sejak awal lagi temasuk stok simpanan makanan. Dalam pada itu Siyan ada hantar wakil2 ke wilayah muslim baik kawan dan lawan memohon bantuan untuk menangkis siSalib.

Ada yg simpati dan ada yg tolak. Selama 8 bulan kota itu bertahan dan serangan2 bantuan dari tentera muslim kerap dilakukan tapi tak mencapai objektif. Tentera Salib teruk jugak kena blasah kat luar kota tu. Bulan ke 8 Yaghi Siyan dah problm dah, bekalan makanan dah habis, kemudian ada penyakit berjangkit pulak.....moral dah jatuh.

Sebelum ni kita tau empayar syiah Fatimiah yg memerintah Mesir dan empayar Seljuk ni bermusuh. Pada masa kalut ni Syiah Fatimiah telah menghantar diplomat untuk berunding supaya Salib ni tidak mengganggu Baitulmaqdis, sebagai balasan Fatimiah akan membantu salib dapatkan Antioch...(saudara saudari sekalian..nampak tak? main tikam blakang..inilah yg berlaku kat asia barat sekarang).

Tapi Tentera Salib reject pasai dia nak jugak Baitulmaqdis. Tak lama kemudian Antioch pun jatuh dan Yaghi Siyan dipenggal kepalanya. Kejatuhan Antioch ni pun ada kena mengena dgn traitor kota Antioch. Ada sorang bernama Fairuz telah bersekongkol dgn tentera salib.

Penduduk antioch masa tu majoriti adalah Kristian. Bila tentera salib dapat memasuki kota tersebut, penduduk dibunuh dgn sewenang2nya tak kira muslim, kristian atau jew. Massacre berlaku lagiiii....
Kemenangan kedua Tentera Salib ni berlaku pada 1098. Tentera salib bertambah rakus, depa tak mahu kembalikan kota Antioch ni kepada Byzantium memandangkan kekayaan yg terdapat di dalamnya. Salah seorang knight dan warlord iaitu Bohemond dilantik menjadi Raja Kota Antioch ini.

Di sinilah berlaku cannibalisme. Selepas Antioch jatuh, bekalan makanan amat kurang sekali, penyakit berjangkit bertimpa2. Askar2 salib yg kelaparan telah keluar kota dan mencari badwi2 pagan. Eyewitness baik dari pihak Kristian dan pihak Muslim menceritakan....

"kami telah melihat mayat2 org dewasa direbus dalam bekas besar untuk santapan tentera2 salib, manakala kanak2 dan perempuan dewasa telah disula dan kemudian dibakar seperti kambing salai untuk hidangan pagi petang dan malam tentera2 salib itu"
Dikota Antioch pada 1098 perkara sadis ini berlaku. Gilaaa!!!!

Dalam pada itu tentera2 salib telah mmeperkuatkan kedudukan untuk melaksanakan misi terpenting iaitu mendapatkan Baitulmaqdis. Maka semua mata tertumpu ke arah selatan, sebuah kota genggaman Syiah Fatimiah yg baru setahun sebelum itu dirampas dari tangan Kesultanan Sunni Seljuk.

Assemble the army!!! On to Jerusalem!!!

[ ke episod 5 ]