PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(5) Perang Salib Pertama [ rujuk episod 4 ]

Pada 1098 kuasa Salib telah meningkat dgn mendadaknya dikawasan Levant (Syria, Lubnan dan Palestin skang ni). Mereka telah mendirikan 2 kota salib iaitu County of Edessa dan Principality of Antioch dgn Raja memasing iaitu Baldwin of Boulogne dan Bohemund of Taranto.

Setelah mendapat Antioch, masa yg ditunggu2 telah tiba iaitu serangan ke atas Baitulmaqdis. Seramai 14 ribu tentera Salib yg terdiri 1,500 Knight berkuda dan 12,500 infantry bersedia untuk march ke Baitulmaqdis. Balance askar remained kat Antioch takut2 ada serangan dari Seljuk.

Peter the Hermitt dan monk2 yg lain main peranan sekali lagi. Ucapan2 bersemangat sentiasa keluar dari mulutnya termasuk kunun2nya dia dapat divine vision angle berkepak ramai datang tolong. Kataanye lah....
Mereka mula gerak.

Ifthikar ad-Dawla gabenor Fatimiah di Baitulmaqdis bersedia dgn segala kelengkapan yg ada tapi jumlahnya adalah kecil berbanding tentera salib iaitu 400 pahlawan berkuda dan 10 ribu infantry. Ini adalah kerana Fatimiah baru setahun berperang mendapatkan Baitulmaqdis dari Seljuk jadi belum ada masa untuk memperbaiki kedudukan militari.

Lagi satu laluan yg jauh untuk reinforcement dari Kaherah memakan masa. Bala tentera Salib ketika ini diketuai oleh Raymond of Touloise. Pada 7 jun 1099, tentera Salib telah sampai di luar kota. Pertempuran di luar kota tercetus. Heavy casualties di kedua2 belah pihak, Kemudian tentera Fatimiah amik taktik berkubu ke dalam kota.

Pertempuran berlarutan berminggu. Tentera Salib dah nak give up dah pasal supply tak cukup dah. Nasib baik bagi mereka, 2 buah galley (perahu amat besar) dari tentera Salib Genoa dari Italy dah sampai di pesisran pantai yg berdekatan membawa makanan dan supply lain. Talian hayat tentera Salib up balik.

Serangan di teruskan tp ada problem. Tembok besar keliling kota sukar nak tembus, setakat pakai tangga sampai ke sudah tak habih, ramai yg mati asik jatuh tangga aje, askar Fatimiah tolak2 sikit tangga tu pun dah cukup... hehehe.

Kemudian dtg genius dari tentera salib Genoa. Depa dismantle kedua2 galley tu dan kayunya depa buat siege tower (menara berkubu kulit2 lembu dan kambing yg bawak orang yg sama level dgn atas kubu musuh). Banyak jugak depa dapat buat siege tower tu

Defender dah mula cuak tgk siege tower tu....tower mara dan mara, ada juga yg terbalik langgar lubang. Tentera Islam berganding bahu dgn org yahudi mempertahankan Baitulmaqdis manakala org2 kristian dikumpulkan di suatu tempat oleh penguasa Iftikar ad-Dawla ditakuti mereka akan berpaling tadah.

Fatimiah berhempas pulas mempertahankan Baitulmaqdis dan akhirnya tak tertanggung mereka serangan hebat dari askar2 salib ini. Tiada reinforcemnet dari wilayah2 Islam yg lain disebabkan jarak dan logistik yg memakan masa (sebab sebenar umat islam masa itu pecah belah dan wilayah menjadi kecil2 dan kemampuan militer yg terhad).

Jadi akhirnya pada 15 Julai 1099, jatuhlah kota Baitulmaqdis ke tangan tentera Salib. mereka masuk ke kota dgn bersalam dgn semua orang.....oppss hentikanlah! Sebenarnya inilah yg terjadi.

Mereka masuk ke Kota dgn pedang yg sentiasa terhunus dan sentiasa mencari mangsa. Sesiapa yg mereka jumpa maka pedanglah jawapannya tak kira muslim atau Yahudi malah org Kristian sendiri yg mendiami kota baitulmaqdis turut menjadi mangsa.

Ini adalah massacre atau holocoust besar2an yg dilakukan oleh tentera Salin dalam Middle Ages. Kesemua tentera Fatimiah been slaugtered, habis semua dan penduduk awam sejumlah 70 ribu dibunuh dgn kejamnya. Selama 8 hari pembunuhan demi pembunuhan dilakukan oleh tentera Salib. Eyewitness mengatakan mereka mengejar penduduk sehingga ke temple of Solomon (yg ada tembok meratap tu) dan Masjig al-Aqsa dan dikedua2 tempat itulah banjir darah dan mereka mengatakan lautan darah sehingga mencecah buku lali.......

Godfrey of Bouillon telah menjadi King of Jerusalem (Raja Baitulmaqdis). Perang Salib yg pertama ini adalah kemenangan bagi Kristian Khatolik dan kekalahan pihak Islam. Tentera Salib telah mendirikan 3 kota di wilayah islam iaitu County of Edessa, Pricipality of Antioch dan Kingdom of Jerusalem dan kemudiannya mereka mendapat satu lagi wilayah iaitu County of Tripoli (wilayah Lubnan sekarang).

[ ke episod 6 ]