PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(6) Perang Salib (Kedua) - (1145-1149) [ rujuk episod 5 ]

Ok, kat part 1 sampai part 5 adalah kisah perang salib Pertama. Berakhir pada 1099 dgn kemenangan pihak Salib Kristian menakluk Baitulmaqdis (Jerusalem) dgn penyembelihan seramai lebih dari 70 ribu penduduk Baitulmaqdis terdiri dari puak Islam dan yahudi malah puak kristian pun turut disembelih dan lebih dari 10 ribu tentera Fatimiah terkorban mempertahankan Kota tersebut.

Sebelum kita mulakan kisah Perang Salib kedua pada tahun 1145, kita tengok apa situasi yg terjadi di asia barat dan semenanjung Iberia (Sepanyol ):-

1. Tentera Salib telah dapat mendirikan 4 kota Salib di wilayah Levant (Lubnan, Syria dan Palestin) terdiri dari County of Edessa, Principality of Antioch, County of Tripoli dan Kingdom of Jerusalem.

2. Wilayah2 islam telah mejadi kacau bilau. Tetapi seruan Panggilan Jihad terhadap tentera Salib telah berkumandang di seluruh rantau umat Islam dan mereka merancang sesuatu yg besar.

3. Kemaraan tentera Seljuk ke atasa wilayah Byzantium terencat dan tentera Kristian orthodox menguatkan kembali militari mereka ke atas wilayah anatolia atau minor asia. Malah Emperor Alexious 1 melancarkan pulak seranagn2 ke atas kedudukan Seljuk.

4. Tentera Salib di Baitulmaqdis kemudian plan nak menyerang Mesir diketuai oleh King of Jerusalem Godfrey the Boullonn tapi gagal dan Godfrey sendiri maut.

5. Raymond IV of Toulouse dari kota County of Edessa telah menakluk Ankara dari Seljuk.

6. Tentera Fatimiah dari Mesir telah berjaya menghalang tentera Salib di Ascalon.

7. Valencia telah berjaya ditakluki semula oleh empayar Islam dari afrika utara iaitu Almoravid dari tgn pihak Goth kristian di Sepanyol.

8.Kapal2 Salib dari England dan Perancis telah mendarat di Jaffa dgn membawa beribu2 tentera fresh salib. Tentera2 ini akan disalurkan ke 4 kota salib di asia barat.

9. Knight Hospitalier telah diperkenankan oleh Pope untuk menjaga laluan2 penting Salib antara eropah dan asia barat.

10. Kelahiran Salahuddin Al-Ayubi pada 1138. Ini adalah figure penting dalam sejarah Perang salib.

11. Ini adalah yg terpenting sekali....pada 1143 County of Edessa telah ditawan kembali oleh tentera Sunni Seljuk dan ini amat memeningkan pope....di sebabkan ini maka mereka akan melancarkan perang Salib Kedua.....kita tungguuuu!!!!!

[ ke episod 7 ]