PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(7) Perang Salib Kedua [ rujuk episod 6 ]

FOTO: TENTERA SELJUK TURKI.

Last hari tu kita dah tau bahawa salah satu kota terawal Salib yg ditawan dari tgn Islam ialah County Odessa telah jatuh ke tgn Seljuk dan ini adalah kekalahan pertama Salib tak sampai 50 tahun.

Pope masa tu ialah Eugene III. Memang memeranjatkannya. Beliau takut dgn kejatuhan kota tersebut ianya akan merebak sampai ke Baitulmaqdis. Jadi pada 1145 beliau telah memanggil lagi sekali seperti yg dibuat oleh Pope terdahulu Urban II, mencanang perang suci untuk merampas County of Odessa di timur dan memerangi tentera Umayyah di Sepanyol.

Dua raja eropah telah menyahut seruan pope iaitu Raja si wilayah Perancis, Louise VII dan Raja di wilayah Jerman Conrad III. Masing2 membawa 15 ribu dan 20 ribu tentera. Kedua2 bala tentera ni lagi sekali berkumpul di Contantinople (Istanbuil). Emperor Byzantium masa ni, Manuel I Comnenus lagi sekali supply kapal2 untuk cross selat Bhosporus.

Berkobar2 kedua2 tentera salib ni dan mereka confident boleh merampas balik Odessa berdasarkan pada Perang Salib pertama dulu. Jadi sampailah kedua2 division salib ni di Anatolia. Bila mereka masuk aje kawasan Seljuk Turki, tiba2 mereka telah diserang bertubi2 dan asakan yg sungguh dasyat sekali.

Perlu ingat, seruan jijad di dunia islam masa itu telah membangkitkan semangat yg sungguh tinggi sekali dan tentera2 Seljuk melawan bukan kerana negara lagi dah, mereka melawan demi agama..Ingat penyembelihan Baitulmaqdis?

Serangan yg sungguh dasyat ini betul2 memeranjatkan mereka dan mereka tak sangka tentera muslim sekuat ini. Serangan besar2an muslim ini datangnya dari Sultan Seljuk Imanuddin Zengi. Zenggi sentiasa mengingatkan tentera2nya mengenai Baitulmaqdis yg ketika ini masih lagi ditangan Salib.

35 ribu tentera salib terperangkap di Anatolia, tak sempat sampai pun ke County of Odessa. Disaster! pukulan TKO! Walaupun teruk kena belasah dari tentera Seljuk, segelintir yg terselemat dlm berbelas ribu tentera termasuk raja2 mereka iaitu Louise dan Conrad sampai jugak ke Baitulmaqdis dalam keadaan yg amat teruk.

Sepanjang perjalanan mereka ke Baitulmaqdis, mereka sntiasa dikejar oleh tentera2 Seljuk dan wilayah islam yg lainnya seperti Danishmend dan Abbasiah...seksa seksa. Conrad dan Louise menceritakan keadaan tersebut kpd king of Jerusalem ketika itu iaitu Baldwin III. Baldwin III cemas jugak dan mereka allied dgn tentera Conrad dan Louise untuk serang Damsyik pulak untuk melemahkan kekuatan tentera Islam.

Mereka tentera Salib Jerusalem, tentera Conrad III dan tentera Louise VII menyerang Damsyik sambil dibantu oleh 2 kota salib yg lain iaitu Principality of Antioch dan County of Tripoli. Serangan dari 3 penjuru olah tentera salib ni dapat dipatahkan oleh Imanuddin Zengi walaupun mengorbankan banyak nyawa kedua2 pihak dan ini adalah kemenangan mutlak Seljuk Turki pimpinan Imanuddin Zengi.

Dan disebabkan oleh kekalahan tersebut, tentera salib telah hilang ramai2 knight2 dan tentera cavalry dan infantynya. Dan Seljuk merasakan kekuatan Salib di Baitulmaqdis semakin menipis. Tapi perlu diingat di selatan Baitulmaqdis ada empayar Syiah Fatimiah. Fatimiah ini adalah bermusuh juga dgn Sunni Seljuk....so camner?

Jadinya Perang Salib Kedua adalah total failure bagi wilayah Asia barat, dah lah county of Odessa tak dapat, wilayah2 lainnya semakin mengecil dan wilayah Salib di Baitulmaqdis semakin diancam Seljuk....disebabkan ini Perang Salib Ketiga akan dilancarkan oleh Pope pada 1189.

Nanti kita kupas kisah perang salib kedua ni.....tunggu tunggu tungg tung tun.

[ ke episod 8 ]