PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(8) Perang Salib Kedua [ rujuk episod 7 ]

FOTO: salah satu uniform tentera muslim, tak tau laa saya tentera yg mana satuuu tp pada dasarnya camgini lah.

Kita dah tgk macam mana kegagalan Perang Salib Kedua. Tentera2 Islam terdiri dari Sultanate of Rum (salah satu puak Seljuk jugak), The Great Empire of Seljuk (ni yg paling besar sekali), Denishmend (Turk) dan Abbasiah (besar jugak..Arab) bergabung tenaga untuk mengpapa kedanakan askar2 salib ni walaupun sebelum tu mereka semua berseteru.

Empayar Fatimiah pulak lain citernye...aaah ni laa nak citer ni. Tapi sebelum tu cuba kita tgk empayar Kristian orthodox iaitu Byzantium. Pada part 7 itu hari kita dah sebut bahawa emperor Byzantium Manuel I Komnenos supply kapal2 untuk salib ni cross selat Bhosporus kan?.

Pada dasarnya memang dia tolong salib atau crusades ni. Tapi disebalik itu ada citer dia. Ada ingat MoU sebelum ni antara tentera Salib dan emperor Byzantium sebelum ni iaitu Alexious I? Mana2 kota yg ditawan kena hand over balik kat Byzantium kan! Tentera Salib cuma h/over kota pertama yg ditawan iaitu Doryleum. Yang lain2 bermula dari Odessa, Antioch dan Tripoli, semua depa sapu, siap letak ketua2 salib jadi raja kat kota2 tersebut.

Mau nyer tak bengang Byzantium. Duit dah banyak keluar supply campaign salib ni. Jadi rupa2nya oleh kerana kebengangan yg teramat sgt kat askar salib ni, Emperor Byzantium yg baru ni, Manuel 1 bikin Mou pulak dgn musuh lamanya..nak tau siapa? musuh lamanya iaitu org Turki seljuk dari empayar Sultanate of Rum Seljuk di Anatolia.

Manuel 1 dah bagi tau siang2 kepada org2 Turki Seljuk supaya bila askar2 Conrad III dan Louise VII masuk ajer melintasi sempadan..kasi ambush kaw2 sama mereka. Yess dan terbukti tentera salib kat situ dah jadi sitting duck.....petanda awal kegagalan 2nd.Crusades.

Ok yg itu pasal Byzantium dgn askar Salib (Crusaders). Ok kat bahagian selatan di Mesir pun ada citenye jugak. Kaherah (Cairo), Mesir adalah adalah pusat empayar Syiah Fatimiah (Fatimids). Fatimiah ni bila tgk Seljuk semakin mendominasi wilayah2 sehingga dah nak sampai Baitulmaqdis, mereka risau pulak pasai Seljuk ni juga musuh mereka.

Jadi empayar Fatimiah ni buat alliance pulak dgn Baldwin III iaitu King of Jerusalem (Baitulmaqdis). Pulaaak daah!!! nampak tak kecaca marbaan..sama macam sekarang jugak..caca marba!!!!!! Fatimiah takut dgn Seljuk, bikin member pulak dgn Tentera Salib...sama2 nak lawan Seljuk. Tu laa pasal Seljuk serba salah nak serang Baitulmaqdis... kalo setakat baldwin III ajer tak de masalah besar tp kalo combined macam tu...payaH jugak..so hold dulu.

Jadinya Byzantium dan Fatimiah main tikam belakang ni. Sama saja. Ok lepas ni kita tgk zaman era kebangkitan Salahudin al-Ayubi yg macam dlm filem "Kingdom of Heaven"..dah nak masuk era ni laa. nanti ada Puteri Sybilla yg cantik menawan, laki bangang dia Guy de Lusignan, sigila perang Raynald de Chatillon dan defender of Jerusalem, iaitu Balian. kalau dalam filem tu si Guy de Lusignan selalu cakap "Assemble the Armyyyyy!!!!!!"

[ ke episod 9 ]