PERANG SALIB / The Crusade War. - kredit kepada Encik Von Trapp ( pp.my ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24]

(9) Perang Salib Kedua [ rujuk episod 8 ]

FOTO: imej Salahuddin al-Ayubi berdasarkan watak dalam filem Kingdom of Heaven.

Sekarang kita tengok situasi selepas era Perang Salib Kedua. Walau pun kita nampak lemah tentera Salib ni tapi mereka masih lagi mengekalkan Baitulmaqdis, Tripoli dan Antioch. Walau pun sentiasa terima ancaman demi ancaman dari tentera Islam, mereka masih bertahan.

Kemudian selepas kematian Sultan Imanudin Zengi, Nuruddin Zengi pulak lead tentera Seljuk raid ke kawasan2 salib. Masa ini Salahudin al-Ayubi (Saladin) seorang Kurdish sentiasa mengikuti campaign2 yg dijalankan oleh Nuruddin. Kat sini Nuruddin pun dah nampak skil yg pada Saladin ni.

Kita pendekkan citer, selepas Nuruddin Zengi meninggal, Salahudin al -Ayubi pegang tampuk Seljuk kerana anak Nurudin kecil lagi dan Salahudin dipilih oleh anggota kabinet memgang tampuk kuasa. kita skip sikit, ni lupa plak nak cerita pasai Fatimiah ni. Sebelum era Salahudin, Fatimiah seperti yg kita citer lepas, telah join tentera salib untuk menghalau Tentera muslim seljuk dari wilayah Levant tapi gagal.

Kemudian Tentera Salib conquer Mesir pulak, kira tikam berlakang Fatimiah laa Salib ni. Fatimiah masa ni mintak tolong Nurudiin pulak. Nuruddin dgn gentle pi tolong Fatimiah dan berjaya menghalau tentera Salib dari bumi Mesir. Masa nilah Salahudin naik dan empayar Syiah Fatimiah lenyap dan digantikan dgn empayar Ayyubid pada 1171. Salahudin telah memperkasakan Mesir.

Salahudin juga berjaya menyatukan wilayah2 islam yg pecah belah di bawah panji2 Ayyubid. Satu demi satu kota2 besar dan kecil ditawan dari Salib. Kuasa Islam yg besar di area tersebut masa tu ialah Seljuk, Abbasiah dan Ayyubid. Ayyubid yg banyak merencanakan plan dgn kecerdikan dan kepintaran Salahudin.

Pada masa tu pulak Kingdom of Jerusalem adalah king Baldwin IV, walaupun berpenyakit kusta tapi dia ada skil sebagai pemerintah, pernah jugak dia kalahkan Salahudin dalam beberapa battle. Kemudian Salahudin dan Baldwin IV buat peace truce untuk tidak mengganggu antara satu sama lain dan ekonomi antara kota2 berjalan lancar.

Dalam pada itu adik kpd Baldwin IV ni iaitu Puteri Sybilla yg jelita berkahwin dgn Guy de Lasignon. kalau ikut undang2 tentera Salib di Jerusalem, Puteri Sybilla ni adalah waris Baldwin IV. Oleh kerana dia perempuan, maka suaminya yg akan jadi King.

Salahudin al-Ayubi dan King Baldwin IV (omputih panggil leper king), mempunyai hubungan yg baik juga selagi peace truce itu dihormati. Di Jerusalem (Baitulmaqdis) sendiri, jika ada org2 arab muslim yg dianiaya oleh tentera2 salib, tentera2 itu akan diambil tindakan malah hukuman bunuh juga dijalankan oleh Baldwin IV. Tapi lama kelamaan baldwin IV mempunyai masalah. Masalah apa tu?

[ ke episod 10 ]