KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(1) Sultan Osman I ( 1299 - 1326 )

Sultan Osman Han Bin Ertugrul - Dilahirkan di Utara Anatolia(Turki) Pada tahun 1258. Ertugrul adalah salah seorang Ghazi(Pendekar) yang kuat yang bekerja semasa Empayar Abbasiyyah. Semasa Empayar Abbasiyyah digulingkan Di Baghdad pada Tahun 1258, Osman I dilahirkan, tetapi dibawa oleh ibunya Khaima ke utara ke kawasan Byzantin. Ketika itu, Ertugrul berjumpa dengan orang Islam Seljuk Turki yang menentang Rom(Byzantin) dan bersatu dibawah panji Islam untuk melawan Byzantin.

Mereka berada di beberapa kawasan, tetapi untuk beberapa hari kerana mereka melarikan diri dari Askar Mongol yang kejam dan dahagakan Darah Islam ketika itu. Tetapi Pada tahun 1271, Ertugrul menjadi ketua dalam Angkatan Islam Seljuk berperang dengan Byzantindari Barat serta Mongol Dari timur di Nicea, Sebuah bandar penting di Byzantin ketika itu. Kerana kekuatan Tentera Seljuk, mereka kalah dan berundur. Akibatnya Ertugul menjadi "Cheif" ataupun dalam bahasa Turki "Bey" untuk golongan Seljuk, dan menjadikan kawasan Nicea menjadi kawasan Islam Seljuk dan ditukarkan nama menjadi Sogut.

Selepas kematian Ertugrul pada tahun 1281, Osman I yang berusia 23 tahun menjadi Pemimpin menggantikan Bapanya, Beliau mengetuai peperangan untuk meluaskan lagi pengaruh Islam Seljuk dan menjatuhkan Byzantin yang menzalimi penduduk serta pada masa itu zaman kejatuhan Empayar Byzantin.

Pada tahun 1299, Osman I sedang berehat di khemah perang pada Malam Ramadhan, beliau mimpi Beliau melihat bulan terbit dengan cantik ia semakin lama semakin meninggi dan sampai ke atas beliau, kecantikan bulan itu sungguh tidak terkata, beliau juga melihat sebatng pokok yang kecil tumbuh dengan cepat dan melindungi beliau. Setelah mimpi itu, beliau bangun dan berjumpa dengan ahli tafsir mimpi. beliau menceritakan apa yang beliau mimpi kepada ahli tafsir itu. Ahli Tafsir itu tersenyum dan Berkata: "Allhamdulillah, Allah telah memilih engkau untuk menjadi pemimpin yang beribawa dan seluruh keturunan engkau akan menjadi pemimpin dalam menegakkan Agama Allah S.W.T.!"

Mendengar jawapan itu,Osman I memberitahu bahawa beliau ingin membuat Empayar beliau sendiri yang dipanggil "Othman Empire" (Ottoman Empire dalam BI, Empayar Uthmaniyyah dalam BM). Mula-mula mereka tidak setuju, tetapi disebabkan mereka mempercayai Sultan Osman I, akhirnya mereka semua bersetuju. orang islam Seljuk Turki membentuk sebuah Empayar Islam yang akan bertahan selama 6 abad bermula pada 27 Julai 1299.

Penaklukan bermula pada tahun 1302, Beliau menawan kawasan Canakkale, di barat Sogut dan Sogut adalah Ibu negara Empayar Islam Baru itu. Beliau meluaskan Empayar ke Utara dan berjaya menawan perairan Laut Hitam pada tahun 1315. Akibat kekuatan tentera Osman I, Askar Byzantin Ramai melarikan diri ke kawasan perdalaman kerana takut dengan kekuatan askar uthmaniyyah ketika itu. Peperangan Terakhir beliau pada tahun 1325, eliau berjaya menawan Kota Bursa salah satu pusat perdagangan terpenting empayar Byzantin suatu ketika dahulu.

Pada tahun 1326, Beliau jatuh sakit kerana sakit tua(tidak di pastikan penyakit beliau) Beliau tidak boleh berjalan beliau terbaring di atas katil. Sultan Osman I memilih anaknya Orhan untuk menjadi Sultan yang selepas beliau kerana kekuatan beliau dan kepimpinan beliau yang baik. Sultan Osman I meninggal dunia pada tahun 1326 pada Usia 68 Tahun dan di makamkan Di Bursa. Beliau mempunyai 2 orang Isteri iaitu Malhun Atun dan Bala Hatun. Orhan I adalah anak kepada Malhun Atun di angkat menjadi Sultan yang kedua dalam Empayar Uthmaniyyah. Al-Fatihah.

[ ke episod 2 ]