KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(10) Sultan / Khalifah Suleiman I ( 1520 - 1566 ) [ rujuk episod 9 ]

Suleiman bin Selim, di lahirkan di Trabzon pada 6 November 1494, bapa beliau ialah Selim I dan Ibunya ialah Aishe Hafsa. sejak kecil beliau belajar ilmu sains, astrologi, ilmu Al-Quran dan Hadith, Ilmu pentadbiran, ilmu teologi dan ilmu taktik perperangan di Istana Topkapi di Istanbul, pada usia beliau 7 tahun beliau berkawan dengan seorang Hamba di Edirne yang bernama Ibrahim. mereka pertama kali bertemu di Bandar Edirne pada tahun 1501 ketika beliau ikut atuknya Bayezid II atas urusan pentadbiran. Suleiman I dan Ibrahim menjadi sahabat baik selepas itu.

Setelah kematian ayahnya Sultan Selim I pada tahun 1520, ketika itu beliau melanjutkan pelajaran ke Sofiya, Bulgaria untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama dan undang-undang. Beliau datang semula ke Istanbul untuk melawat jenazah ayahnya dan beliau di pilih untuk menjadi Sultan ke sepuluh dalam Empayar Uthmaniyyah. Ketika itu usia beliau berusia 26 tahun.

Jasa beliau sepanjang 46 tahun pemerintahan beliau ialah meneruskan kerja ayahnya iaitu menggubal sistem undang undang Islam secara menyeluruh dalam tawanan Empayar mereka. Melaksanakan piagam pertama dalam empayar uthmaniyyah yang menggunakan undang-undang dan hukum Islam secara menyeluruh. Selain itu juga, beliau memerintah dengan adil, pada zaman beliau ia dikenali zaman keamanan Empayar Uthmaniyyah. Masa pemerintahan beliau, Empayar Uthmaniyyah dalam keadaan aman damai. ada ssatu cerita mengatakan bahawa sepanjang pemerintahan Sultan Suleiman I, tiada kes rompakan, tiada orang yang miskin atau tiada seorang pun meminta zakat, pintu rumah ketika itu di biar buka tanpa halangan kerana tiada kes jenayah sepanjang 46 tahun pemerintahan Beliau. dari situ, beliau di gelar Al-Qanuni, Bapa Perundangan Islam termasyhur.

Selain itu juga, beliau membuka banyak sekolah-seolah untuk pendidikan di seluruh Empayar dan membuka Masjid untuk memudahkan rakyatnya menunaikan Solat. Beliau juga melindungi orang bukan Islam dengan memberi layanan istimewa kepada mereka. Sebagai contoh, pada tahun 1528, beliau membina kota lama Baitul Maqdis dan membahagikan kepada 4 Quarter dan setiap Quarter mempunyai hak mereka menunaikan agama mereka. 4 Quarter itu ialah:

1. Muslim Quarter
2. Chirstian Quarter
3. Armenian Quarter
4. Jewish Quarter.

Selain itu juga, beliau memulakan pembesaran masjidil haram di Mekah pada tahun 1429 serta membaikpulih Masjid Nabawi di Madinah. Beliau membina sebuah jalan besar dari istanbul hingga ke Kota Mekah untuk memudahkan para Jemaah untuk menunaikan haji dan Umrah untuk pergi ke sana. Beliau juga merancang membina kawasan rehat sepanjang jalan itu. Seterusnya, beliau membina bandar Al-Aqabah di Jordan pada tahun 1532 di selatan Jordan di teluk Aqaba dan membina pelabuhan untuk kemudahan Para jemaah untuk sampai ke Jeddah dengan cepat. Beliau juga mengharamkan kapal-kapal bukan Islam berlabuh atau lalu di Laut Merah kerana untuk menjaga keselamatan para Jemaah dan memudahkan Para Jemaah menunaikan Umrah dan Haji dengan lebih mudah dan selamat.

Beliau juga memajukan tanah jajahan Uthmaniyyah dengan pembinaan sistem tali air yang cepat dan maju dan juga membina jalan yang luas dan cantik untuk kemudahan pengguna untuk berhijrah ke mana-mana.

Sepanjang pemerintahan beliau, Beliau berjaya menawan seluruh Semenajung Tanah Arab, kecuali Iran, Beliau juga berjaya menawan seluruh Mesir dan Utara Libya, Beliau juga menawan kawasan Poland dan seluruh kawasan Balkan. Pada tahun 1534 Ibrahim sahabat baik Sultan Suleiman I telah dipilih menjadi Perdana Menteri. Beliau menjadi penasihat penting dalam pemerintahan Sultan Suleiman I. ada perang Vienna 1535, Suleiman I mengetuai perperangan tersebut untuk menawan Vienna, tetapi sebelum sampai di sana. Tentera Safavid Syiah di Iran mulakan serangan di Iraq, ini membuatkan Suleiman menbahagikan askarnya kepada dua, satu pergi Vienna di ketuai oleh beliau, satu lagi ke Baghdad, Di ketuai oleh Ibrahim Pasha.

Dan dalam perang itu juga, Suleiman I mendapat satu lagi berita sedih, beliau dapat tahu bahawa anaknya Mustafa telah bekerja sama dengan Syiah Safavid untuk membunuh beliau dan memusnahkan empayar Uthmaniyyah. Ini mengakibatkan, beliau pusing semula ke Baghdad, meninggalkan keinginan beliau untuk menawan Vienna.

Di Baghdad, askar yang di ketuai oleh Ibrahim Pasha kalah dan ramai melarikan diri. Semasa mereka melarikan diri, mereka ternampak askar Suleiman I datang ke arah mereka, ini membuatkan mereka lebih semangat dan Ibrahim dan Suleiman bertemu semula berperang dengan Safavid. Suleiman I berjumpa dengan anaknya. Beliau menasihati anaknya supaya jangan bekerja dengan Syiah,beliau juga kata, selepas kematian dirinya, beliau akan memberikan kuasa sebagai Sultan kepada anaknya, Mustafa. Tetapi Mustafa degil dan Suleiman dengan berat hati, terpaksa berlawan dengan anaknya, Mustafa, perlawanan itu agak sengit tetapi Sultan Suleiman I menikam Mustafa di perut dan Mustafa mati di situ. Sultan Suleiman I menangis dan mengangkat anaknya dan hantar ke istanbul dan Mustafa di makamkan Di Masjid Suleiman I di Istanbul.

Suleiman I juga mendapat berita bahawa sahabatnya Ibrahim Pasha bekerja sama dengan Syiah Safavid untuk menjatuhkan Uthmaniyyah. dan terbukti apabila beliau ternampak batu Karbala di dalam poket Ibrahim, dan Ibrahim di jatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1536.

Beliau juga mengetuai peperangan menawan Cremia di Russia secara sepenuhnya pada tahun 1543 hingga 1546 dan berjaya menawan kawasan itu, selain itu juga, beliau berjaya meluaskan kawasan Lithuania tetapi beliau kalah dalam perang Vienna setelah beliau berperang dengan askar Vienna sebanyak dua kali iaitu tahun 1548 dan 1550.

Pada tahun 1552 beliau datang ke Asia Tenggara untuk membuat hubungan diplomatik di sana, beliau sampai Di Acheh pada tahun 1553 Kesultanan Acheh meminta bantuan kepada Empayar Uthmaniyyah untuk membantu mereka diserang musuh. tahun 1555 Acheh menang besar dengan bantuan Askar Uthmaniyyah.

Selain itu juga, Uthmaniyyah memerangi askar Portugis di Asia tenggara kerana mereka menyebarkan agama mereka secara besar-besaran di sana dan melayan orang di sana dengan teruk. Kerajaan uthmaniyyah juga mendidik dan menyebarkan agama islam secara besar-besaran di kawasan Asia.

Pada tahun 1561, Suleiman berjaya menawan semula Kota Baghdad dan seluruh Iraq dan Azerbaijan, dan dari penawanan semula kota Baghdad, bermulalah kemunduran Empayar Safavid. Pada bulan Jun 1566 Suleiman I mengetuai tentera beliau untuk menawan Hungary, tetapi di kawasan Belgrade, beliau jatuh sakit dan tidak dapat menyertai peperangan tersebut, beliau menyuruh general askar beliau Piri Reis untuk mengetuai perperangan itu. pada 7 September 1566, Askar Suleiman I pulang ke khemah mereka sambil bergembira kerana mereka berjaya menawan seuruh Empayar Hungary, tetapi gembira mereka tidak tahan lama, bila masuk sahaja ke dalam Khemah Suleiman I, beliau melihat sekujur tubuh kaku, matanya ditutup, mulutnya tersenyum. Setelah membuat perperiksaan, Ia sudah di pastikan, Sultan Suleiman I, meninggal dunia di dalam khemahnya di Belgrade ketika usianya 72 tahun. beliau adalah pemerintah Empayar uthmaniyyah paling lama antara Sultan lain iaitu selama 46 tahun. beliau dimakamkan Di Istanbul di Masjid Sultan Suleiman bersebelahan dengan makam anaknya Mustafa. beliau digantikan dengan anaknya, Selim II pada tahun 1566. Al-Fatihah.

[ ke episod 11 ]