KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(11) Sultan / Khalifah Selim II ( 1566 - 1574 ) [ rujuk episod 10 ]

Sarhos Selim bin Suleiman di lahirkan di Istanbul pada 28 Mei 1524, beliau adalah satu-satunya anak lelaki Sultan Suleiman I selepas kematian abangnya, Mustafa dalam perang Safavid. Ibunya ialah Hurrem Sultan.

Setelah kematian Sultan Suleiman pada tahun 1566, beliau di pilih sebagai Sultan Ke-11 dalam Empayar Uthmaniyyah, Beliau dikenali sebagai Selim si pemabuk. Sebab mengapa beliau di gelar sedemikian kerana zaman pemerintahan beliau. Beliau adalah Sultan yang pertama memberikan kesemua kuasanya iaitu, pentadbiran, kehakiman, kewangan kepada menteri-menteri beliau. Beliau tidak meminati politik dan peperangan, jadi sepanjang pemerintahan beliau, beliau membuat banyak puisi tentang sejarah dan cinta, serta beliau juga suka membaca buku-buku pendidikan seperti sains dan Astronomi. Kemungkinan juga kerana beliau suka berfoya-foya bersama isteri beliau sambil melupakan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin empayar ketika itu. Wallahualam.

Zaman pemerintahan beliau, Beliau menandatangani perjanjian dengan Maharaja Rom iaitu perjanjian wang perlindungan, ketika itu empayar Rom semakin mundur dan mudah di serang musuh jadi Maharaja Rom datang berjumpa dengan Perdana menteri Uthmaniyyah ketika itu Mehmed Sokullu untuk membuat perjanjian perlindungan, setiap tahun maharaja Rom akan membayar 30,000 emas kepada Uthmaniyyah sebagai perlindungan, dan yang mempersetujui ialah Sultan Selim II.

Zaman pemerintahan beliau juga, Empayar Uthmaniyyah dapat di jaga dengan baik kerana Perdana Menteri Mehmed Sokullu adalah seorang pendekar dan perdana menteri yang hebat, beliau berjaya menawan sebahagian kecil Iran dan kawasan Tunisia dan utara Algeria. tetapi beliau gagal menawan Cyprus yang dahulunya ditawan oleh Sepanyol

Tidak banyak sejarah tentang Sultan Selim II kerana zaman pemerintahan beliau adalah zaman Perdana Menteri yang berkuasa, bukan seperti Sultan-Sultan dahulu - mereka akan memimpin askarnya ke medan perperangan, Sultan Selim II adalah yang pertama memberikan semua kuasanya kepada Perdana Menteri.

Sultan Selim II meninggal dunia di Topkapi palace pada 15 Disember 1574 ketika usianya 50 tahun, ahli sejarawan mengatakan beliau dibunuh ketika mandi, dan ada juga sejarawan mengatakn beliau tergelencir dari "Turkish bath" dan kepalanya terhentak kuat di lantai bilik mandi dan mati di tempat kejadian. Beliau memerintah Uthmaniyyah selama 8 tahun. Beliau digantikan oleh anaknya, Murad III pada tahun 1574. Al-Fatihah.

[ ke episod 12 ]