KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(12) Sultan / Khalifah Murad III ( 1574 - 1595 ) [ rujuk episod 11 ]

Murad III Khan bin Selim II di lahirkan di Manisa pada 4 July 1546. beliau adalah anak kepada Sultan Selim II. Ibunya adalah Nurbanu Sultan. beliau meminati bidang seni dan bidang ukiran. Beliau pernah mengarang Buku kehidupan Rasulullah S.A.W. untuk rakyatnya supaya mengenali lebih tentang Nabi, Rasulullah S.A.W.

Menjadi Sultan selepas kematian ayahnya, Sultan Selim II pada tahun 1574, masa pemerintahan beliau, beliau adalah Sultan yang skeptikal. Sepanjang 21 tahun pemerintahan beliau, beliau tidak pernah keluar dari kawasan Istana Topkapi kerana takut dengan spekulasi orang luar akan membunuh beliau, jadi beliau adalah Sultan yang kedua yang memberi semua kuasanya kepada Perdana Menteri beliau yang gagah iaitu Mehmed Solkullu. beliau selalu mengukir, membuat seni dan menyokong kumpulan Seni Istanbul sepanjang pemerintahan beliau.

Selepas Mehmed Sokullu, perdana menteri ketika itu di bunuh oleh pembunuh upahan pada tahun 1579, bermulanya kekalahan empayar Uthmaniyyah. Dalam beberapa siri perperangan, askar Uthmaniyyah kalah dalam satu peperangan besar di kenali sebagai perang Sisak. Askar Safavid dan Hungary menyerang sekali lagi Empayar dan mereka berjaya menawan beberapa kawasan yang dipegang oleh uthmaniyyah.

Beliau juga adalah Sultan yang pertama dalam Empayar Uthmaniyyah yang bekerjasama dengan Ratu England, iaitu menentang dan menyerang Kristian Katolik. Menurut sejarah, Murad III membuat analogi mengapa beliau bekerjasama dengan Ratu England:

"Ratu England adalah Kristian Protestant iaitu hanya mempercayai Satu Tuhan mengikut kepercayaan mereka, Kristian Katolik pula mereka menyembah bukan "Jesus" sahaja, tetapi ahli cendikiawan Kristian katolik juga, sebagai contoh, St. Peters, James dan lain-lain. Jadi saya bekerjasama dengan Ratu England untuk membasmi golongan penyembah banyak tuhan ini"

Pada zaman beliau, tiada perluasan kawasan, tetapi lebih dari mempertahankan Empayar dari serangan musuh. Mengikut ahli sejarah, beliau tidak pergi keluar dari istana Topkapi untuk Solat Jumaat kerana takut akan dibunuh bila beliau sahaja keluar dari Istana tersebut, beliau menunaikan Solat Jumaat di kawasan Topkapi Palace sahaja. Beliau digelar Sultan yang Skeptikal dalam Uthmaniyyah.

Tiada banyak cerita tentang beliau, tetapi apa yang pasti, beliau berjaya mempertahankan Empayar daripada runtuh sepenuhnya walaupun zaman pemerintahan beliau, hampir 1/4 dari kawasan jajahan uthmaniyyah diambil musuh, sama ada di kawasan Hungary atau Safavid.

Beliau meninggal dunia di dalam bilik beliau di istana Topkapi pada 16 Januari tahun 1595 setelah memerintah selama 21 tahun. Usia beliau 49 tahun ketika itu. Beliau digantikan oleh anaknya, Mehmed III pada tahun 1595. Al-Fatihah

[ ke episod 13 ]