KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(13) Sultan / Khalifah Mehmed III ( 1595 - 1603 ) [ rujuk episod 12 ]

Mehmed Adli Khan bin Murad III Khan di lahirkan di Manisa pada 25 Mei 1566, beberapa bulan sebelum moyang beliau, Sultan Suleiman I (1520-1566) meninggal dunia pada tahun yang sama. Beliau adalah anak kepada Murad III dan ibunya bernama Safiye Sutan. Beliau adalah sultan yang terakhir yang mengamalkan tradisi Uthmaniyyah iaitu, berlawan sesama adik beradik dan jika adik atau abang yang lawan itu menang, beliau akan di angkat menjadi Sultan. Sultan Mehmed III berjaya mengalahkan dua abangnya dengan berlawan dengan mereka.

Selepas kematian Sultan Murad III pada tahun 1595, Mehmed III menaiki tahkta. Sepanjang pemerintahan beliau, beliau memberi kuasa pentadbiran kepada Ibunya dalam bidang pentadbiran dan politik Uthmaniyyah. Beliau adalah Sultan yang pertama memberi sebahagian kuasa beliau kepada Ibu kandungnya sendiri. Beliau mengetuai perperangan untuk mendapatkan semula tanah jajahan yang di rampas oleh musuh semasa pemerintahan ayahnya, Murad III yang lepas.

Beliau menyertai peperangan besar iaitu perang di Egar serta menawan semula Hungary, Transelvania dan Moldova yang selama ini di tawan oleh Hungary. Beliau ingin menawan bahagian Timur Uthmaniyyah yang dipegang Oleh Safavid Syiah, tetapi beliau ditahan oleh doktor peribadi beliau kerana beliau terkena serangan jantung, dan doktor menasihati Sultan supaya tidak mengikuti perperangan dan terlampau stress. jadi beliau tidak dapat meneruskan ekspedisi perperangan menawan semula Timur Uthmaniyyah itu.

Beliau masih membuat hubungan diplomatik kepada Ratu England. Beliau mendapat mendapat hadiah persahabatan dari Ratu England iaitu Organ (sejenis piano) yang diukir dengan cantik, sebuah jam dinding yang dibuat dengan emas dan berlian yang cantik dan sebuah musical box yang disaluti emas. Beliau juga membenarkan para pedagang England untuk berdagang ke Empayar Uthmaniyyah dengan cukai yang murah, sebagai menghargai hubungan diplomatik.

Sepanjang pemerintahan beliau, beliau berjaya menstabilkan ekonomi dan keamanan Empayar Uthmaniyyah, beliau berjaya mengambil semula tanah jajahan mereka. Beliau juga seorang pemimpin yang adil dan minat dalam bidang perundangan. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada Disember 21 tahun 1603 setelah memerintah Empayar Uthmaniyyah selama 8 tahun ketika itu usia beliau 37 tahun. Ahli sejarawan tidak dapat pastikan bagaimana beliau meninggal dunia pada usia yang agak muda, tetapi mereka berpendapat bahawa Sultan Mehmed III terlampau stress dengan masalah empayar dan beliau kena serangan jantung dan meninggal di dalam "office" beliau. Beliau di gantikan anaknya iaitu Sultan Ahmed I pada tahun 1603. Al-Fatihah.

[ ke episod 14 ]