KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(14) Sultan / Khalifah Ahmed I ( 1603 - 1617 ) [ rujuk episod 13 ]

Sultan Ahmed Khan bin Mehmed III Adli Khan di lahirkan di Manisa pada 18 April 1589, beliau adalah anak kepada Sultan Mehmed III. Ibunya ialah Valide Handan Sultan. Beliau adalah Sultan yang pertama dan pengasas dalam perubahan pemilihan Sultan Uthmaniyyah.

Selepas kematian ayahnya, Sultan Mehmed III pada tahun 1603, Sultan Ahmed diangkat menjadi Sultan yang ke 14 dalam Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1603 ketika usianya 14 tahun. Beliau adalah Sultan yang pertama yang mengubah tradisi pemilihan Sultan. Dahulunya cara pemilihan Sultan, setiap anak Sultan (lelaki) mereka akan berbunuh sesama sendiri untuk mendapat gelaran Sultan tersebut. Jadi prinsip dahulu, nak jadi Sultan, anda kena jadi kuat dan buktikan kekuatan dengan mengalahkan adik atau abang kamu sendiri. Tradisi ini sudah lama di lakukan sejak zaman Sultan Orhan I (1326-1362) lagi.

Tetapi apabila pada Zaman Sultan Ahmed I, beliau mengubah cara tradisi berdarah ini kepada pemilihan Sultan berdasarkan abang sulung. sebagai contoh, anda menjadi Sultan, anda mempunyai 4 orang anak, jika anak kedua adalah lelaki, anak kedua itu akan menjadi Sultan seterusnya selepas anda. Lebih kurang macam tu lah cara pemilihan Sultan yang di asas oleh Ahmed I. Jadi bermula pada zaman pemerintahan Sultan Ahmed I, tiada lagi pembunuhan sesama adik beradik yang pernah dilakukan oleh datuk moyang mereka dahulu.

Zaman pemerintahan beliau adalah zaman "baik hati" dalam Empayar Uthmaniyyah, iaitu disebaabkan beliau tidak mahu apa-apa pertumpahan darah, beliau menandatangani perjanjian Hungary pada tahun 1606 untuk memberikan seluruh Hungary kepada Raja Hungary dan perjanjian Parsi iaitu memberikan wilayah Azerbaijan dan Georgia kepada Parsi pada tahun 1612. zaman pemerintahan beliau, tidak ada perperangan terjadi, tetapi empayar dalam keadaan stabil dan aman.

Beliau amat meminati sastera dan beliau mencipta agak banyak puisi yang menggunakan nama samaran Bahti. Beliau juga seorang yang pemurah, beliau setiap hari Jumaat, selalunya selepas Solat Jumaat beliau sedekahkan sebahagian hartanya kepada orang miskin beliau juga seorang yang patriotik, beliau menggalakkan kepada rakyatnya untuk mencintakan negara, bangsa dan agama.

Jasa beliau ialah beliau merancang dan membina Masjid Biru iaitu masjid yang tercantik dalam seluruh Istanbul, nama sebenar Masjid Biru itu ialah, Masjid Sultan Ahmed I, dibina pada tahun 1609 dan siap sepenuhnya pada tahun 1616. untuk fakta menarik pembinaan Masjid ini rujuk pada link ini :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=505509122854236&set=pb.152404861497999.-2207520000.1376696951.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-frc3%2F970246_505509122854236_1820658594_n.jpg&size=960%2C638

Selain itu, Sultan Ahmed I membiarkan adiknya, Mustafa hidup, tetapi adiknya di kurung di dalam penjara kelas pertama dipanggil Kafes (penjara khas untuk Sultan sahaja. Adiknya Mustafa I adalah yang pertama dikurung di dalam Kafes dan tradisi baru ini diteruskan sehingga zaman kejatuhan Uthmaniyyah.

Sultan Ahmed I meninggal dunia pada tahun 1617 setelah terkena jangkitan kuman iaitu penyakit kulit yang teruk. Beliau memerintah selama 14 tahun dan usianya ketika meninggal amatlah muda, iaitu berusia 28 tahun pada 22 November 1617. Beliau di makamkan di luar perkarangan Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmed I). Beliau digantikan oleh adiknya, Sultan Mustafa I pada tahun 1617. Al-Fatihah.

Fakta menarik - kalau kita lihat Masjidil Haram, ada 9 menara kan? (sekarang dah bertambah menara dia) semua menara ini ada pasangan masing2 kecuali satu menara (yang dibulatkan merah tu). tahu kah apa nama menara itu?? menara itu dipanggil Sultan Ahmed I, Sultan ke 14 empayar Uthmaniyyah (1603-1617).

Kita pergi pada zaman 1609,Ia bermula pada pemerintahan beliau, beliau merancang membina masjid biru,(gambar kanan) di istanbul, dan beliau mengupah seorang pembina masjid yang masyur(maaf tak ingat siapa nama), beliau merancang membina masjid biru pada tahun 1605, apabila masjid itu siap, menara masjid tersebut ada 6 menara,.

Menteri2 beliau semua menegur beliau mengatakan, "Tuanku tidak boleh membina menara masjid yang sama dengan menara di masjidil haram( masa zaman beliau, ada 6 menara di masjidil haram), kita tak boleh samakan masjidil haram dengan masjid biru ini (or masjid biru ini nama sebenar dia Masjid Sultan Ahmed I)" jadi Sultan Ahmed I ni buntu macam mana nak buat sekarang, wang perbelanjaan pembinaan masjid dah habis, jadi beliau mencari jawapan dengan menunaikan Haji.

Setelah menunaikan Haji, beliau mendapat ilham untuk membina sebuah lagi menara di Masjidil Haram iaitu menara ke tujuh sebagai simbol kepada umat Islam ada 7 pintu Syurga menanti umat Islam di akhirat kelak. jadi sampai sekarang jika anda pergi ke Mekah, anda akan dapat lihat di sebelah pintu Babul Malik, anda dapat melihat satu menara yang tiada pasangan, itulah menara Sultan Ahmed I.

apa yang dtulis ini pada zaman Sultan Ahmed I, bukan zaman sekarang.

[ ke episod 15 ]