KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(15) Sultan / Khalifah Mustafa I ( 1617 - 1618, 1622 - 1623 ) [ rujuk episod 14 ]

Mustafa Deli bin Mehmed III Adli Khan dilahirkan Di Manisa pada tahun 1591. Bapa beliau adalah Sultan Mehmed III (1595-1603) dan adik kepada Ahmed I (1603-1617). Ibunya ialah Handan Sultan. Beliau tidak berkahwin sepanjang hayatnya.

Beliau dikenali sebagai Sultan yang kurang kewarasannya, ada yang mengatakan bahawa beliau di lahirkan dalam "Down Sindrom", ada juga yang kata, beliau didera fizikal sehingga beliau kelihatan cacat dan kurang waras. Wallahualam, tetapi apa yang ahli sejarawan setuju, beliau adalah seorang Sultan yang kurang kewarasannya.

Setelah kematian abang beliau Ahmed I pada tahun 1617, beliau dikurung di dalam Kafes (penjara kelas pertama) selama 14 tahun oleh Sultan Ahmed I kerana takut ada perebutan kuasa sepanjang pemerintahan beliau, Beliau tidak melakukan sebarang kerja sebagai Sultan, beliau hanyalah Sultan "Simbol" sahaja kerana beliau tidak mampu untuk mentadbir dengan baik akibat penyakitnya. Disebabkan itu, kuasa di tangan Perdana Menteri sahaja.

Oleh kerana beliau tidak mampu untuk mentadbir empayar, beliau diturunkan takhta pada tahun 1618 dan dipenjarakan di Kafes semula dan beliau digantikan dengan anak saudara beliau Osman II bin Ahmed I Khan pada tahun 1618. Setelah Sultan Osman II mati dibunuh pada tahun 1622, Disebabkan anak Ahmed I yang lain masih kecil, jemaah menteri terpaksa memilih semula Mustafa I pada tahun 1622. Sepanjang pemerintahan beliau untuk kali kedua, beliau mengarahkan bahawa pembunuh Osman II dibunuh dan menyuruh para menteri mencari Osman II, kerana beliau percaya Osman II masih hidup.

Sepanjang 1 tahun pemerintahan beliau, beliau memanggil Osman II berkali-kali kerana ingin mencari anak saudara beliau. Beliau tidak percaya bahawa Osman II sudah mati. Dari situ menteri beliau memutuskan untuk penjarakan beliau semula kerana penyakitnya semakin teruk. Beliau di penjarakan semula di dalam kafes untuk kali ketiga dan beliau digantikan dengan Sultan Murad IV iaitu anak kedua Sultan Ahmed I(1603-1617). Mustafa I dipenjarakan di dalam kafes sehingga beliau meninggal dunia di dalam kafes pada tahun 1639 ketika berusia 48 tahun. Beliau memerintah selama 2 tahun sahaja. tahun pertama pemerintahan beliau digantikan dengan Osman II dan pemerintahan kedua, beliau digantikan dengan Murad IV. Al-Fatihah

[ ke episod 16 ]