KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(16) Sultan / Khalifah Osman II ( 1618 - 1622 ) [ rujuk episod 15 ]

Osman II bin Ahmed I dilahirkan di Topkapi Palace, Istanbul pada 3 November 1604 beliau adalah anak sulung dalam Adik Beradik. Ayah beliau ialah Sultan Ahmed I dan ibunya ialah Khadija Sultan.

Beliau sejak kecil dididik untuk mempelajari seni, bahasa, sastera dan ilmu-ilmu ketenteraan, Beliau juga boleh bertutur beberapa bahasa dengan fasih iaitu Arab, Parsi, Itali dan Latin. Beliau di gelar Osman Si Muda kerana beliau dipilih menjadi Sultan ketika usianya 14 tahun setelah menteri-menteri Uthmaniyyah melucutkan jawatan Mustafa I kerana penyakit tidak warasnya. Osman II diangkat menjadi Sultan ke-16 pada tahun 1618.

Sepanjang pemerintahan beliau, beliau mengetuai perperangan untuk mempertahankan Ukraine dari serangan raja Moldavia di kenali sebagai "Moldovian Wars", Uthmaniyyah menang dalam perperangan tersebut, tetapi disebabkan untuk memperkukuhkan bahagian Timur uthmaniyyah, beliau perlu menandatangani perjanjian dengan Safavid Iran dikenali sebagai Perjanjian Timur.

Askar beliau juga kalah dalam perang dengan Poland dan beliau terpaksa menandatangani perjanjian Chotim. Perjanjian itu ialah untuk memberi Poland sebagai hak milik mutlak Raja Chotim.

Balik ke Istanbul, Osman II yang berumur 17 tahun menempelak semua askarnya iaitu Jannisaries (askar upahan) kerana kelemahan mereka mempertahankan empayar serta masa perperangan tersebut ramai yang melarikan diri. Osman II memanggil mereka "Pengecut dan Lembik".

Sultan Osman II membuat kumpulan Askar baru yang dikenali "kumpulan Osman". Beliau menggunakan kumpulan itu untuk pergi mempertahankan Kawasan Uthmaniyyah dan beliau juga sisihkan Jannisaries serta tidak memberi gaji kepada mereka, menutup perniagaan mereka kerana peristiwa Poland dan Savafid itu. Ini mengakibatkan kemarahan jannisaries dan mereka menyerang tempat tinggal Osman II dan menangkap beliau.

Beliau cuba melawan dan dapat menjatuhkan seorang penghukum (executioner) yang sasa badannya dan memegang kapak besar dengan sekali tumbukan. Tetapi beliau diserang hendap dari belakang dan jatuh di atas lantai, beliau dicekik dengan sejenis wayar besi, tetapi beliau dapat melawan. Disebabkan Osman II amat kuat, salah seorang Jannisaries memukul kemaluannya sehingga pecah dan Osman II pengsan dan meninggal dunia dalam keadaan yang menyeksakan. Beliau ketika itu baru berusia 18 tahun dan beliau memerintah empayar Uthmaniyyah selama 4 tahun sahaja. Beliau digantikan dengan pakciknya, Sultan Mustafa I dan Setelah Mustafa I dilucutkan jawatan beliau untuk kali kedua kerana penyakitnya, beliau digantikan dengan anak saudara, Adik Osman II iaitu Murad IV. Al-Fatihah

[ ke episod 17 ]