KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(17) Sultan / Khalifah Murad IV ( 1623 - 1640 ) [ rujuk episod 16 ]

Murad IV Ghazi bin Ahmed I di lahirkan di Topkapi Palace, Istanbul pada 27 Julai 1612. Beliau adalah anak kedua dalam keluarga Sultan Ahmed I(1603-1617) ibunya ialah Kosem Sultan. Beliau di kenali sebagai "Sultan Selim I versi kedua" kerana beliau adalah Sultan yang serius dan garang. Rujuk pada link ini mengapa Murad IV digelar sedemikian:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=540176956054119&set=pb.152404861497999.-2207520000.1376582573.&type=3&theater

Beliau menaiki takhta sebagai Sultan ke-17 selepas kematian Sultan Osman II pada 1622 dan pelucutan kuasa Sultan Mustafa I, pak ciknya pada tahun 1623 Beliau dipilih menjadi Sultan ketika berusia 11 tahun. Beliau memberikan kuasa beliau kepad ibunya, Kosem Sultan sebagai pemangku Sultan kerana Murad IV masih muda untuk mentadbir dengan sendirinya. Beliau diberi pendidikan yang sebaik mungkin serta ilmu agama yang tinggi.

Keamanan Empayar Uthmaniyyah mula terganggu apabila Safavid Syiah berjaya menawan semula Iraq dan di utara Anatolia bermula pemberontakan menentang Sultan dan Jannisaries yang masih "bengang" dengan tindakan Almarhum Sultan Osman II, membuat pemberontakan menentang Sultan Uthmaniyyah sehingga ada beberapa menteri beliau dibunuh. Disebabkan beliau terfikir beliau akan menerima nasib yang sama seperti Abangnya, Osman II - beliau mengambil keputusan untuk berkuasa penuh pada tahun 1632.

Beliau memperkenalkan undang-undang yang keras dan wajib diikuti oleh semua rakyat beliau, iaitu memperkenalkan kempen kurangkan perbelanjaan secara besar-besaran, mengharamkan penjualan arak dan tembakau kepada rakyat. beliau mengarahkan askar beliau untuk membuat rondaan setiap hari, jika nampak mereka menjual barangan yang diharamkan itu, bunuh mereka di situ juga. Beliau juga menghukum para pencuri dan penjenayah dengan hukuman yang amat menakutkan seperti menyiat kulit, disebat dengan rotan di letakkan duri dan lain-lain.

Beliau juga membuat perhubungan diplomatik dengan Empayar Mughal di India menentang golongan Safavid. Beliau juga adalah salah seorang daripada tiga Sultan yang terakhir yang mengetuai askarnya bila dalam mana-mana perperangan. Sepanjang pemerintahan beliau, beliau berperang dengan Safavid Syiah dan beliau berjaya menawan semula Iraq pada tahun 1638 dan beliau juga adalah Sultan yang pertama dapat menawan kawasan Iran iaitu Tabriz, Shiraz, Isfahan dan Tehran. Beliau berjaya menawan Azerbaijan dan Armenia, Beliau juga menghukum bunuh para-pemberontak di Utara Anatolia untuk mengamankan semula Empayar Uthmaniyyah kepada zaman kegemilangannya.

Mengikut sejarah iaitu buku Evliya Celebi, Murad IV adalah seorang yang tinggi sasa badannya. Beliau boleh berlawan lebih dari seorang kerana kekuatan beliau. Senjata kegemaran beliau ialah tombak besar yang beratnya melebihi 60 kg dan pedang yang beratnya 50 kg. Beliau adalah Sultan yang garang dan "strict" dalam urusan pentadbiran Empayar. Beliau juga berjaya mengembalikan Empayar beliau dengan sebaik mungkin dengan perlaksanaan meningkatkan ekonomi dan sistem pentadbiran dengan baik.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Istanbul pada tahun 1640 ketika usia beliau 28 tahun akibat penyakit barah hati. ada juga sejarawan mengatakan beliau terkena penyakit Gout. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau menyuruh para menteri menangkap adik bongsu beliau iaitu Ibrahim I ditangkap dan dibunuh. tetapi para menterinya tidak melakukan sedemikian, jika mereka membunuh Ibrahim I, bermakna berakhirlah keturunan Uthmaniyyah. Jadi mereka tidak membunuh Ibrahim I selepas kematian Murad IV. Murad IV memerintah selama 17 tahun dan meninggal Dunia ketika berusia 28 tahun pada tahun 1640. beliau digantikan dengan Ibrahim I iaitu adik bongsunya. Al-Fatihah.

[ ke episod 18 ]