KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(18) Sultan / Khalifah Ibrahim I ( 1640 - 1648 ) [ rujuk episod 17 ]

Ibrahim Deli bin Ahmed I dilahirkan pada 5 November 1615 di Istanbul. beliau anak kepada Ahmed I (1603-1617) dan ibunya ialah Kosem Sultan. beliau adalah anak bongsu dan satu-satunya orang terakhir dalam keturunan Khalifah Uthmaniyyah.

Beliau dari kecil lagi telah dipenjarakan di dalam Kafes sehingga kematian Abangnya, Murad IV pada tahun 1640. Beliau seorang yang skeptical. Ada juga ahli sejarawan kata yang beliau adalah seorang yang gila dan masalah mental. Sebelum beliau diangkat menjadi Sultan yang ke-18, beliau mengarahkan Makam Murad IV di gali semula untuk melihat di dalamnya dan memastikan Murad IV sudah meninggal dunia, kerana beliau terfikir Murad IV masih hidup dan mahu menyerang hendap beliau. setelah bukti sudah cukup bahawa Murad IV sudah meninggal dunia. beliau menaiki takhta sebagai Sultan ke-18 pada tahun 1640.

Beliau berkahwin dengan tiga isteri dan mendapat tiga orang anak yang menjadi Sultan selepas beliau, iaitu Mehmed IV, Suleyman II dan Ahmed II. semasa pemerintahan beliau, beliau menanda tangani perjanjian Szon pada tahun 1642 dan beliau mengarahkan Perdana Menterinya untuk mengarahkan askarnya meronda sekeliling empayar itu dengan mencari penjenayah dan pelanggar undang-undang. Beliau juga menstabilkan ekonomi dan berjaya mengamankan Empayar. Beliau juga menyamar menjadi orang biasa untuk melihat pendapat rakyatnya. Jika ada kesilapan atau rasa tidak puas hati dari luahan rakyat. beliau akan memberitahu perdana menteri untuk membetulkannya.

Pada tahun 1645, Kumpulan Venice iaitu, golongan kristian Katolik menahan kapal golongan umat Islam untuk menunaikan Haji pada tahun itu. ini menyebabkan kemarahan Sultan Ibrahim I dan melancarkan perperangan dengan Katolik Kristian di perang Venice yang berlangsung dengan lamanya selama 24 tahun. Beliau tewas dalam perperangan Aegan dan Crete dan kawasan itu di tawan semula oleh Venice. Ini menyebabkan kemarahan Beliau dan menghukum bunuh perdana menteri beliau.

sepanjang pemerintahan beliau, beliau dikenali sebagai "Ibrahim si Gila" kerana beliau membunuh 280 pekerja, hamba dan beberapa orang atasan jannisari kerana mendengar konspirasi untuk menjatuhkan beliau dan tidak melakukan tugasnya dengan baik. ada juga ahli sejarawan kata, beliau membunuh berberapa perdana menteri yang tidak melakukan tanggungjawab dengan baik. Di sebabkan itu, berlaku pemberontakan antara menteri dan Sultan, dan Sultan Ibrahim dilucutkan jawatan pada 8 Ogos 1648 dan dipenjarakan di Kafes. Anggaran berapa beliau sudah bunuh masih tidak ketahui tetapi mengikut salah seorang mangsa iaitu hamba beliau, seluruh keluarganya dibunuh kerana tidak mendengan arahan Ibrahim I.

10 hari kemudian pada 18 Ogos tahun 1648 di dalam penjara kafes, Beliau diserang hendap oleh seorang menteri yang keluarganya mati dibunuh oleh beliau ketika beliau menjadi Sultan. Ibrahim I dicekik dengan sehelai kain sehingga meninggal dunia. Pembunuh itu ditangkap dan dibunuh pada hari yang sama. Ibrahim I meninggal dunia pada tahun 1648 pada usia 33 tahun. beliau memerintah Empayar Selama 8 tahun dan digantikan dengan anak Sulungnya, iaitu Mehmed IV pada tahun 1648. Dari zaman selepas Mehmed IV ini bermulalah zaman pertengahan Empayar Uthmaniyyah dan perubahan besar oleh Mehmed IV dalam sistem pentadbiran uthmaniyyah. Nak tahu apa dia? Siri seterusnya. Al-Fatihah.

[ ke episod 19 ]