KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(19) Sultan / Khalifah Mehmet IV ( 1648 - 1687 ) [ rujuk episod 18 ]

Mehmed IV bin Ibrahim Deli dilahirkan di Istanbul pada 2 Januari tahun 1642. beliau adalah anak sulung dalam anak-anak Sultan Ibrahim I. bapanya ialah Sultan Ibrahim dan Ibunya ialah Turhan Hatice.

Selepas pembunuhan Sultan Ibrahim iaitu ayahnya pada tahun 1648, menteri-menteri uthmaniyyah mengangkat Mehmed IV yang baru berusia 6 tahun untuk menjadi Sultan yang ke-19 dalam Empayar Uthmaniyyah. Beliau diberi pendidikan dan ilmu agama yang cukup serta pada awal pemerintahan beliau, Empayar Uthmaniyyah pada awal pemerintahan Mehmed IV ditadbir oleh Perdana menterinya Mehmed Koprulu.

Masa pemerintahan beliau jugalah bermulanya sistem baru dalam pentadbiran Khalifah Uthmaniyyah, iaitu memberikan kesemua kuasa Sultan kepada Perdana Menterinya. Sultan hanyalah sebagai simbol kedaulatan Emapayar Uthmaniyyah. Sistem baru ini diikuti oleh semua Sultan selepas beliau sehingga kejatuhan Empayar uthmaniyyah pada tahun 1924.

Beliau di gelar Mehmed Si pemburu, kerana beliau amat minat memburu serta beliau menghabiskan dalam pemerintahannya membuat sajak, puisi dan buku-buku untuk tatapan pembaca di seluruh empayar. Zaman beliau dikenali zaman penguasaan besar-besaran empayar, cuma bezanya, Yang mengetuai perperangan ialah Perdana Menteri, bukan Sultan seperti Sultan-Sultan sebelumnya.

Pada tahun 1649-1674 beberapa perperangan terjadi untuk menawan semula jajahan Uthmaniyyah seperit Aegan, Crete, Ukariane, Poland dan Beberapa tempat di timur Turki. Perperangan terbesar dalam sejarah Uthmaniyyah iaitu Perang Vienna pada tahun 1683. Tentera Uthmaniyyah menang dalam perang pertama menawan semula Austria dan beberapa kawasan berdekatan dengannya. Tetapi Raja Austria bersatu dengan askar Holy Empire dan beberapa negara lain mengakibatkan Uthmaniyyah kalah teruk pada tahun 1686 dan mereka meninggalkan Vienna, mereka gagal menawan Vienna dan beerapa tempat ditawan semula oleh Musuh.

Disebabkan keamanan Empayar Uthmaniyyah terganggu dengan beberapa rusuhan dan kawasan jajahan banyak ditawan oleh musuh. Sultan Mehmed IV dilucutkan jawatannya dan dipenjarakan Di Istanbul, beliau ditukar tempat ke Istana Edirne dan meninggal dunia pada tahun 1693 ketika usianya 51 tahun. Beliau memerintah kedua lama dalam sejarah Uthmaniyyah. iaitu selama 39 tahun. Beliau di makamkan Di Edirne dan di gantikan dengan adiknya iaitu Suleiman II pada tahun 1687. Al-Fatihah.
[ ke episod 20 ]