KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(2) Sultan Orhan I ( 1326 - 1362 ) [ rujuk episod 1 ]

Sultan Orhan I bin Osman I Khan di lahirkan Di Sogut pada tahun 1281, 2 bulan selepas kemangkatan Ertugrul, datuk beliau. Semasa beliau kecil lagi, beliau di beri didikan agama islam dan pendidikan yang secukupnya oleh Ayahnya, Osman I. ibu beliau adalah Malhun Hatun, Isteri pertama Osman I. Orhan I adalah seorang Sultan yang sifat kepimpinan yang tinggi, seorang yang warak dan hebat dalam medan perperangan.

Apabila Osman I meninggal dunia pada tahun 1326, Beliau di angkat menjadi Sultan yang kedua dalam Empayar Uthmaniyyah yang baru berusia 27 tahun ketika itu. Beliau melakukan banyak perubahan dalam sistem Pentadbiran beliau iaitu:

1. Memperkenalkan Tugra(Cap Mohor Rasmi Sultan Uthmaniyyah) untuk kegunaan majilis-majlis rasmi serta cop persetujuan.

2. Memperkenalkan Sistem Perdana Menteri iaitu digelar Grand Vizier, untuk membantu Sultan mentadbir serta penasihat Sultan. Grand Vizier Pertama dalam Uthmaniyyah ialah Alaeddin, Abang kepada Orhan I.

3. Menukarkan Ibu negara dari Sogut Ke Bursa kerana tempat yang strategik untuk perdagangan.

4. memperkenalkan Jannisaries, iaitu Askar Upahan yang mahir dalam teknik berperang dan askar-askar terlatih.

5. Zaman beliau adalah bermulanya zaman kejatuhan Empayar Byzantin.

6. Bermulanya tradisi membunuh sesama adik-beradik, iaitu, apabila adik atau abang nak menjadi Sultan, mereka perlu berlawan 1 lawan satu, jika salah seorangnya mengaku kalah ataupun mati dibunuh, si pemenang akan jadi Sultan.

Pada tahun 1329 beliau berperang dengan Maharaja Andronicus III berdekatan Uskudar, barat Constantinople, Askar uthmaniyyah menang besar dan tentera Byzantin melarikan Diri. Uskudar jatuh ke tangan Uthmaniyyah, Orhan I dapat menawan Bandar Izmir, Bolu, Ankara, Konya, Manisa pada tahun 1333-1338. Pada tahun 1345 beliau bersama anaknya Suleyman Pasha berjaya menawan bahagian selatan Turki Eropah, dan ini membuatkan Sultan Orhan adalah Sultan pertama dalam Sultan di Uthmaniyyah yang dapat menawan bahagian Eropah.

Kerana bertapa kuatnya Askar yang diketuai Orhan I, ramai askar Byazantin melarikan diri dan meninggalkan tanah jajahan mereka. Kebnyakan mereka bersembunyi di kawasan kampung dan terpencil kerana takut di bunuh oleh angkatan Orhan I. Masa itu juga, ada beberapa tawanan perang ditangkap oleh angkatan Orhan, di bawa ke Bursa dan di beri layanan baik kepada mereka. Ketika itu, ramai tawanan perang masuk Islam semasa pemerintahan beliau.

Salah satu Strategi beliau ialah mengambil anak-anak hamba yang kecil, sama ada Islam atau bukan Islam, mengajar mereka tentang ilmu agama, Ilmu pendidikan seperti sains,matematik, sastera serta mengajar mereka tentang kepimpinan. Pada zaman itu juga, Orhan I berjaya menguasai 1/3 dari kawasan Turki hari ini. Maharaja Byzantin John VI Cantacuzene memberikan anaknya untuk berkahwin dengan Orhan I sebagai perjanjian kedamaian antara Uthmaniyyah dan empayar Byzantin yang semakin mundur itu.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1362 pada usia 81 tahun di dalam biliknya setelah memerintah menjadi Sultan selama 36 tahun. Beliau di makamkan bersama Isteri Di Bursa. beliau adalah satu-satunya Sultan yang meninggal dunia pada usia lebih dari 80 tahun. Beliau di gantikan dengan Murad I setelah mengalahkan adiknya pada tahun 1362. Orhan I mempunyai 4 isteri, dua dari Seljuk Turki, Dua dari anak maharaja Byzantin, satu ialah anak maharaja Andronicus III dan seorang lagi anak Maharaja John VI Cantacuzene. Al-Fatihah.

[ ke episod 3 ]