KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(20) Sultan / Khalifah Suleiman II ( 1687 - 1691 ) [ rujuk episod 19 ]

Suleiman II bin Ibrahim Deli dilahirkan pada 15 April 1642 di Topkapi Palace, Istanbul. Beliau adalah anak kedua dalam keluarga Sultan Ibrahim I. Bapanya ialah Ibrahim I dan ibunya ialah Saliha Dilasub Sultan.Sepanjang 3/4 dari hayatnya, beliau dikurung di dalam Kafes oleh Abangnya, Sultan Mehmed IV untuk mengelakkan perebutan kuasa. Selepas Mehmed IV dilucutkan jawatan SUltan pada tahun 1687, beliau dipilih sebagai Sultan ke-20.

Tidak banyak sejarah tentang beliau, tetapi mengikut para sejarah, beliau memerintah dalam keadaan gering, tetapi masih tidak diketahui apakah penyakit beliau. Beliau memberikan seluruh kuasanya kepada Perdana Menteri.

Zaman pemerintahan beliau, bermula zaman pertengahan uthmaniyyah iaitu zaman mempertahankan empayar dari serangan musuh, tiada perkembangan kawasan uthmaniyyah pada zaman ini.

Pada zaman beliau perperangan Hasburg-Uthmaniyyah berlaku di kawasan Hungary, Austria dan Cremia. perpeganan ini berterusan sehingga tahun 1699 kerana serangan dari tiga penjuru iaitu Austria dari barat, Cremia dari Timur dan Bulgaria dari selatan. Suleiman II mengarahkan Mustafa Lorpulu untuk mengetuai perperangan tersebut, dan Askar Uthmaniyyah kalah teruk dalam perperangan itu dan 1/4 utara Empayar Uthmaniyyah ditawan oleh Musuh.

Suleiman II meminta bantuan dengan Maharaja Empayar Mughal, Aurangzeb untuk memabantu Empayar uthmaniyyah yang diserang besar-sesaran oleh musuh, tetapi ditolak kerana Empayar Mughal ketika itu diserang dengan Golongan Deccan. Sultan Suleiman II meninggal Dunia pada tahun 1691 ketika memerintah selama 4 tahun sebagai Sultan Uthmaniyyah. Beliau berusia 49 tahun sahaja. Beliau digantikan dengan adik bongsunya, Ahmed II pada tahun 1691. Al-Fatihah.

[ ke episod 21 ]