KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(21) Sultan / Khalifah Ahmed II ( 1691 - 1695 ) [ rujuk episod 20 ]

Ahmed II Ghazi bin Ibrahim Deli dilahirkan di Topkapi Palace Istanbul pada 25 Febuari 1643. Beliau adalah anak bongsu dalam anak-anak Sultan Ibrahim I(1640-1648). Bapanya ialah Sultan Ibrahim dan ibunya Hatice Muazzez. Hampir sepanjang hayat beliau, beliau dikurung didalam kafes sepanjang pemerintahan keuda-dua abangnya, Mehmed IV (1648-1687) dan Suleiman II (1687-1691). beliau menaiki tahkta pada 1691 selepas kematian abangnya Suleiman II.

Tiada banyak sejarah tentang beliau, kerana sepanjang 4 tahun pemerintahan beliau, berlaku banyak perperangan dan Sultan Ahmed II memberikan seluruh kuasanya kepada Perdana Menteri. Perperangan Hasburg-Uthmaniyyah diteruskan pada zaman pemerintahan beliau. Keamanan Uthmaniyyah terganggu dengan serangan musuh di barat dan ditimur Uthmaniyyah.

Zaman beliau juga adalah zaman kesedihan dan wabak penyakit merebak akibat perperangan itu, salah satunya penyakit malaria yang mengakibatkan ramai orang serta askar-askar sama ada uthmaniyyah dan musuh meninggal dunia. Perdana Menterinya ketika itu Mustafa Korpulu terbunuh dalam perperangan Hasburg-Uthmaniyyah pada tahun 1694. Ahmed II meninggal dunia pada tahun 1695 ketika usianya 52 tahun dan memerintah Empayar sepanjang 4 tahun sahaja. Ada ahli sejarawan menyatakan bahawa beliau meninggal dunia kerana penyakit malaria. Wallahualam. Beliau digantikan dengan anak saudara beliau, iaitu Mustafa II bin Mehmed IV pada tahun 1695. Zaman beliau dikatakan sebagai zaman kesedihan dan kematian akibat perperangan dan wabak penyakit. Al-Fatihah.

[ ke episod 22 ]