KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(22) Sultan / Khalifah Mustafa II ( 1695 - 1703 ) [ rujuk episod 21 ]

Mustafa II Ghazi bin Mehmed IV dilahirkan di Edirne pada 6 Febuari tahun 1664. beliau adalah anak sulung kepada keluarga Mehmed IV (1648-1687) dan anak saudara kepada Suleiman II(1687-1691) dan Ahmed II (1691-1695). bapanya ialah Mehmed IV dan ibunya ialah Mahpara Ummatullah Rabia Gul-Nush.

Beliau menaiki takhta pada tahun 1695 selepas kematian pak ciknya , Ahmed II meninggal dunia kerana penyakit. Beliau adalah Sultan yang kedua terakhir yang turun bersama askarnya untuk berperang, Kerana mengikut sejarah. Beliau menentang Sistem baru Sultan yang diperkenalkan oleh ayahnya, iaitu Sultan sebagai Simbol kedaulatan Uthmaniyyah dan seluruh kuasa pentadbiran dan perperangan diberikan sepenuhnya kepada perdana menteri. Pendapat beliau, Sistem baru ini telah mengurangkan rasa hormat kepada Sultan. Jadi beliau mengubah semula sistem baru itu dan mengetuai askar dalam perperangan Hasburg-Uthmanyyah yang masih berlangsung sehingga tahun 1699.

Beliau berjaya mengalahkan musuh dan berjaya menawan semula beberapa kawasan di utara Eropah dari tangan musuh. Zaman beliau juga, beliau memantapkan sistem pentadbiran serta menguatkan para tentera untuk mempertahankan Uthmaniyyah daripada serangan musuh. Dalam perang pertama, askar uthmaniyyah dibawah pimpinan Sultan Mustafa II menang besar mengalahkan askar Austria dan Hungary pada tahun 1696.

Di bahagian timur pada tahun 1697, Mustafa II memimpin askarnya untuk mengalahkan Safavid Syiah yang selama ini menyerang Uthmaniyyah tanpa henti, Askar uthmaniyyah menang besar dalam perperangan itu, dan dari situ bermulalah zaman kemunduran Empayar Safavid Syiah.

Tahun 1698, berlakunya perperangan antara Askar Austria dan Hungary sekali lagi, dan Mustafa II memimpin askarnya untuk mempertahankan Empayar di kenali sebagai Perang Zenta, dengan bantuan tentera Holy Rome, Askar uthmaniyyah kalah teruk dan perdana menteri beliau Elmas Mehmed Pasha terbunuh. peran itu berakhir pada tahun 1699 dan untuk menjaga keamanan Emapayar Mustafa II terpaksa menandatangani perjanjian dengan Holy Rome, iaitu perjanjian Karlowitz pada tahun 1699. Dari perjanjian itulah mengakibatkan mulanya zaman kejatuhan Empayar Uthmaniyyah yang makan beratus tahun kemudian.

Beliau cuba sedaya upaya untuk mengembalikan kedaulatan Sultan Uthmaniyyah yang selama ini sudah diubah oleh Ayahnya, Mehmed IV sejak tahun 1648. Pendapat Beliau, Sultan adalah ketua segalanya, iaitu ketua dalam angkatan perang, ketua hakim, ketua dalam bidang pentadbiran dan ketua dalam meluluskan undang-undang. Tetapi ramai menterinya tidak setuju kerana tradisi itu sudah ketinggalan zaman, akibatnya, pada akhir pemerintahan beliau, beliau gagal untuk mengembalikan Semula kedaulatan uthmaniyyah yan selama ini di jaga sejak awal pembukaan Kota Uthmaniyyah sejak tahun 1299 dan diubah oleh ayahnya pada tahun 1648 mengatakan bahawa Sultan hanyalah simbol sahaja, tetapi segala pentadbiran dibawah tangan perdana menteri, Beliau dilucutkan jawatan pada tahun 1703 dan meninggal Dunia beberapa bulan kemudian di Istana Topkapi ketika usianya 39 tahun. Beliau memerintah selama 8 tahun. Beliau digantikan dengan adiknya iaitu Ahmed III pada tahun 1703. Al-Fatihah

[ ke episod 23 ]