KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(24) Sultan / Khalifah Mahmud I ( 1730 - 1754 ) [ rujuk episod 23 ]

Mahmud I bin Mustafa II dilahirkan di Edirne pada 2 Ogos 1696. beliau adalah anak sulung dalam keluarga Mustafa II. Bapanya ialah Sultan Mustafa II (1695-1703) dan ibunya ialah Saliha Sabkati. Beliau dberi pendidikan dan ilu agama yang cukup dan beliau amat meminati bidang penulisan dan Sastera. beliau telah mengarang hampir 1,000 syair dan cerita-cerita untuk tatapan orang ramai untuk pengajaran dan semangat patrotisme.

Beliau menaiki takhta pada 20 September tahun 1730 selepas Pak ciknya, Ahmed III meletakkan jawatan sebagai Sultan. Beliau adalah Sultan yang ke-24 dalam Empayar Uthmaniyyah. Beliau memberikan seluruh kuasanya kepada Perdana Menterinya. Beliau banyak menghabiskan masanya di dalam Istana Topkapi dan mengarang puisi dan Sastera.

Zaman pemerintahan beliau, Empayar Uthmaniyyah mula mengecil dengan beberapa perperangan besar dengan Parsi(Safavid),Austria, Russia. Zaman itu juga berlaku pemberontakan besar-besaran antara penyokong Ahmed III dan Mahmud I. perkara ini jadi lebih buruk apabila kematian Sultan Ahmed III pada tahun 1736 yang tidak pasti sama ada beliau mati kerana sakit atau dibunuh. Penyokong Ahmed III memberontak dengan membuat kekacauan di seluruh empayar yang diketuai oleh Halil.

Berlaku perang saudara di uthmaniyyah pada tahun 1738 antara penyokong Mahmud I dan Ahmed III, beribu orang terbunuh dalam perang saudara itu. Bukan itu sahaja, di bahagian utara uthmaniyyah dan Timur Uthmaniyyah diserang oleh musuh-musuh mengakibatkan empayar uthmaniyyah kehilangan 1/4 dari kawasan jajahan mereka.

Mahmud I tiada pilihan lain melaikan mengarahkan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan Darurat dan membunuh seseiapa sahaja yang membuat kekacauan dalam Empayar itu. Polis di Uthmaniyyah berjaya mengalahkan pemberontak Ahmed III dan ketua mereka, Halil ditangkap dan dihukum bunuh. Beliau juga mengarahkan Ketua tentera untuk pergi mempertahankan Empayar dari serangan musuh. Pada masa yang sama golongan Jannisaries yang berpihak kepada Ahmed III mula membuat kekacauan dalam empayar itu untuk menuntut bela kematian Halil. akibatnya, 7000 Askar Jannisaries di tangkap dan dihukum bunuh dari tahun 1740-1746.

Masa perang Uthmaniyyah-Safavid pada tahun 1743-1746, Mahmud I meminta bantuan Empayar Mughal iaitu Maharaja Muhammad Syah untuk membantu askar Uthmaniyyah mengalahkan Safavid. ini adalah perperangan terakhir antara Uthmaniyyah dan Safavid Syiah yang selama ini berterusan sejak pemerintahan Sultan Murad II (1421-1444)(1446-1451). Askar Uthmaniyyah menang dan berjaya menawan semula Iraq, Mahmud I dan Maharaja Muhammad Syah menjadi kawan baik. penyatuan dua empayar ini berterusan sehingga kematian Maharaja Muhammad Syah pada tahun 1748.

Sultan Mahmud I meninggal dunia di Istana Topkapi pada 13 Disember 1754 setelah memerintah selama 24 tahun. Beliau berusia 58 tahun masa itu. Beliau digantikan dengan adiknya, Osman III sebagai Sultan seterusnya. Al-Fatihah.

[ ke episod 25 ]