KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(25) Sultan / Khalifah Osman III ( 1754 - 1757 ) [ rujuk episod 24 ]

Osman III bin Mustafa II di lahirkan di Edirne pada 3 januari 1699. Beliau adalah adik kepada Mahmud I dan bapanya ialah Mustafa II(1695-1703). Ibunya ialah Sehsuvar. Sepanjang hayat beliau, termasuk zaman pemerintahan beliau, di kurung di dalam kafes sahaja dan tidak pernah keluar dari istana Topkapi.

Beliau menaiki Takhta pada tahun 1754 selepas abangnya,Mahmud I mangkat pada tahun 1754. Beliau adalah Sultan yang ke-25 dalam Empayar uthmaniyyah. Zaman peemrintahan beliau adalah zaman "diskriminasi orang bukan Islam."

Beliau memperkenalkan lencana, iaitu setiap rakyat di sana yang orang bukan islam mewajibkan memakai lencana untuk membezakan antara orang islam dan orang bukan Islam. Beliau juga membuat hukum kanun yang baru iaitu menghadkan penempatan orang bukan islam di kawasan yang dikongsi oleh 3 agama yang berbeza iaitu di Palestin dan Di Pergunungan Sinai, Mesir.

Ini menyebabkan ketidak puasan hati kepada semua orang bukan Islam dan memulakan pemberontakan. Ketika itu, Empayar Uthmaniyyah sudah kehilangan 10 buah negara (kini) yang selama ini di jajah dalam Empayar Uthmaniyyah. Beliau memberikan seluruh kuasanya kepada Perdana Menteri.

Beliau juga adalah satu-satunya Sultan yang membenci, Seni dan Musik. Beliau membuang kerja dan menghalau para seni dan Musik keluar dari istana. beliau juga seorang yang anti-sosial, kerana beliau dipenjara di kafes sejak kecil dan ini mengurangkan sifat Sosial kepada orang ramai, mahupun menteri. beliau berkahwin dengan Layla dan tidak mempunyai anak.

Zaman pemerintahan beliau tidak banyak menceritakan tentang pentadbiran atau perang, tetapi apa ahli sejarawan kata, Empayar uthmaniyyah dalam pemberontakan akibat undang-undang baru itu. Osman III meninggal dunia di istana Topkapi pada tahun 30 oktober 1757 setelah memerintah selama 3 tahun sahaja. beliau berusia 58 tahun ketika itu. beliau digantikan dengan saudaranya, Mustafa III pada tahun 1757. Al-Fatihah.

 


[ ke episod 26 ]