KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(26) Sultan / Khalifah Mustafa III ( 1757 - 1774 ) [ rujuk episod 25 ]

Mustafa III bin Ahmed III di lahirkan di Edirne pada 28 Januari tahun 1717. Beliau adalah anak sulung kepada Sultan Ahmed III(1703-1730) dan ibunya ialah Amina Mihr-i Shah. Beliau menggantikan saudaranya Osman III setelah Osman III meninggal dunia pada tahun 1757. Beliau adalah Sultan yang-26 dalam Empayar Uthmaniyyah.

Beliau adalah seorang peramah dan merendah diri. Beliau tidak seperti Saudaranya iaitu Osman III yang seorang anti-sosial. beliau adalah salah seorang Sultan yang suka berjumpa dengan rakyat dan becakap dengan mereka seperti orang biasa. Selalunya beliau akan keluar dari Istana untuk berjumpa dengan orang tanpa dijaga oleh pengawal. Beliau juga dikenali sebagai "Sultan yang bukan Sultan" kerana perangai beliau yang peramah dan suka berada diluar istana untuk berjumpa dengan rakyatnya. Mengikut pakar sejarah, beliau lebih meminati berborak kosong dengan rakyatnya daripada berborak tentang politik dan bidang pentadbiran serta hal negara.

Beliau menubuhkan kementerian baru iaitu dikenali dengan kementerian sains dan teknologi serta membina sekolah Sains di istanbul pada awal pemerintahannya. Beliau juga meminati Matematik, sehinggakan beliau mewajibkan seluruh rakyatnya memperlajari ilmu Hisab(Matematik) dan wajib lulus mata pelajaran itu. Beliau juga membubarkan undang-undang Osman III yang mendiskriminasikan orang bukan islam seperti orang bukan islam memakai lencana, Menghadkan penempatan orang bukan islam dan lain-lain.

Tetapi zaman beliau, Empayar uthmaniyyah dalam keadaan yang meruncingkan. Berlaku peperangan di bahagian Eropah. Disebakan itu beliau mengetuai askarnya untuk mempertahankan Emapayr Beliau. beliau adalah Sultan yang terakhir yang turun bersama Askarnya dan menjadi ketua dalam perperangan. Beliau memakai Baju besi yang disaluti emas, mempunyai beberapa permata di lengan dan badannya. Berat baju besi itu dianggarkan seberat 180 kg. mengikut ahli sejarawan, Berat Sultan Mustafa III ialah 83 kg dan tinggi beliau ialah 183 cm. Cuba anda bayangkan, berat dan tinggi sebegitu, Mustafa III mampu memakai dan berjalan dengan baju besi yang hampir lebih dua kali ganda dari berat badan beliau? Pedangnya juga bewarna emas yang beratnya hampir 50 kg. Baju besi beliau ada dipamerkan di Muzium Topkapi Palace di Istanbul.

Dalam perperangan di Cremia, Beliau mengetuai perperangan itu pada tahun 1762 dan Askar Uthmaniyyah kalah dalam perperangan itu. Sultan Mustafa III kembali ke Istanbul untuk mengatur strategi baru dan tahun 1765, Beberapa tempat di kawasan Eropah Uthmaniyyah diserang musuh dan Mustafa III serta askarnya pergi ke kawasan Bulgaria dan kalah dengan Russia. Pada zaman akhir pemerintahannya, beliau memberikan kuasa mengetuai askar kepada perdana menteri, kerana beliau berpendapat bahawa beliau tidak mampu untuk melawan askar musuh di bawah bimbingan beliau.

Pada zaman akhir pemerintahannya juga, beliau menulis sajak yang menggunakan nama samaran Cihangir. Sajak paling terkenal pada zaman beliau ialah: Keruntuhan Empayar yang panjang:

"Jangan harap manusia biasa boleh mengembalikan semula empayar yang mula runtuh,

Kalau Manusia tidak bersatu dan teguh

Sekarang semua manusia adalah penipu dan palsu,

Hanya Allah sahaja, aku beserah kepadaMu." -Cihangir(Mustafa III)-1771


Sultan Mustafa III meninggal dunia 21 januari 1774 di Topkapi Palace setelah memerintah Empayar Selama 17 tahun. Beliau meninggal dunia pada usia 57 tahun. Beliau digantikan oleh Adiknya iaitu Abdul Hamid menjadi Sultan Seterusnya. Al-Fatihah.

[ ke episod 27 ]

Nota: baju besi 180kg