KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(27) Sultan / Khalifah Abdul Hamid I ( 1774 - 1789 ) [ rujuk episod 26 ]

Abdul Hamid I bin Ahmed III dilahirkan di Istanbul pada 20 March 1725.Beliau adalah adik kepada Mustafa III (1757-1774). Bapanya ialah Ahmed III dan ibunya ialah Rabia Sharmi Sultana. Beliau diberi didikan yang secukupnya. beliau menghabiskan masa selama 42 tahun dalam hidupnya, dikurung di dalam Kafes kerana itu adalah tradisi, Beliau dikurung dalam Kafes sejak pemerintahan Mahmud I(1730-1754),Osman III(1754-1757) dan Mustafa III (1757-1774). Selepas kematian abangnya iaitu Mustafa III pada tahun 1774, beliau dilantik menjadi Sultan menggantikan Abangnya. Beliau adalah Sultan yang ke-27 dalam Empayar Uthmaniyyah.

Beliau adalah seorang yang warak dan berlemah lembut, tetapi beliau juga adalah seorang yang sombong dan tidak suka bersosial kerana tidak pandai untuk bersosial dengan orang lain kerana beliau dikurung selama 42 tahun dalam hidupnya. Zaman pemerintahan beliau,beliau mendermakan sedekah yang banyak kepada rakyat beliau sebagai pertolongan Sultan yang baru itu. Tetapi peperangan juga berlaku beberpaa bulan kemudian di Russia, Askar Uthmaniyyah kalah teruk dengan Russia dan akibatnya negara Romania, Moldovia dan Ukraine dimerdekakan dari jajahan Uthmaniyyah dari perjanjian Kucuk Kaynarca pada tahun 1774,beberapa bulan selepas Abdul Hamid menjadi Sultan.

Beliau adalah Sultan yang pertama memperkenalkan Akademi Bomba dan institut latihan Bomba dan penyelamat. Beliau juga memberikan anak-anak Askar Jannisaries dengan harga yang percuma. Abdul Hamid I adalah orang yang warak. Beliau selalu berzikir di dalam biliknya, dan menunaikan Solat sunat dan wajib. Beliau juga menghafal seluruh Al-Quran sejak Kecil. Beliau digelar "Veli" yang bermaksud "Alim".

Zaman pemerintahan beliau juga, berlaku pemberontakan di Morea dan kawasan Syria pada tahun 1780. ketika itu,berlaku pemberontakan tentang kenaikan harga barang serta taraf pendidikan yang rendah. Abdul Hamid I berjaya membetulkan keadaan itu, atas nasihat Ibunya. Perperangan Russia(Cremia pada tahun 1787 adalah kekalahan Uthmaniyyah secara besar-besaran, hampir seluruh negara Eropah di bawah jajahan Uthmaniyyah di merdekakan, termasuk juga Armenia dan Azerbaijan di merdekakan oleh Kerajaan Uthmaniyyah. tahun 1788, Askar Uthmaniyyah mengalami kekalahan teruk oleh askar Ochakov(kaum di Russia)dan tahun 1789,Sultan Mysore datang ke Istanbul memohon bantuan dari Askar Uthmaniyyah untuk membantu mereka mengalahkan tentera musuh di sana. tetapi rayuan itu di tolak kerana askar uthmaniyyah kebanyakannya tengah sibuk berperang dengan Askar Russia ketika itu.

Sultan Abdul Hamid I mempunyai 2 orang isteri iaitu Ayse Seniyeperver dan Naksh-i-Dil Haseki. mengikut sejarah, Naksh-i-Dil-Haseki atau nama sebenarnya, Aimee du buc du Rivery adalah anak saudara pemaisur Napoleon, iaitu Josaphine. Beliau menyamar sebagai seorang hamba dari luar, Sulta Abdul Hamid ketika itu berjalan di pasar dan beliau terjumpa Aimee ini. Disebabkan kecantikan beliua, Abdul Hamid pun membeli beliau dan kahwin dengan beliau. Beliau dikurniakan anak yang menjadi Sultan iaitu Mahmud II(1808-1839). Zaman Mahmud II lah bermula zaman sekularisme Turki atas nasihat ibunya Naksh-i-Dil-Haseki.


Sultan Abdul Hamid meninggal dunia pada 7 April tahun 1789 di IStana Topkapi. Beliau berusia 64 tahun. beliau di makamkan di bachekapi, Turki. Beliau dikenali sebagai Abdul Hamid I "Si Soleh" kerana kewarakan beliau sepanjang pemerintahan beliau. Beliau digantikan oleh anak saudaranya,Sultan Selim III sebagai Sultan yang seterusnya, Al-Fatihah.

[ ke episod 28 ]