KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(28) Sultan / Khalifah Selim III ( 1789 - 1807 ) [ rujuk episod 27 ]

Selim III bin Mustafa III di lahirkan di Edirne pada 24 Disember 1761. Bapanya ialah Sultan Mustafa III(1757-1774) dan ibunya ialahMihrishah Sultana. Semasa kecil lagi beiau diberi pendidikan duniawi dan agam secukupnya, beliau juga seorang yang meminati bidang music dan sastera, sepanjang hayatnya, beliau banyak mencipta puisi, cerita dan musik yang mengandungi unsur patriotik dan keagamaan. beliau adalah seorang yang patriotik dan semangat cintakan Empayar. beliau juga amat meminati taktik tentara dan beliau banyak mempelajari dari buku-buku taktik perperangan di luar negara. Selepas kematiah Ayahnya, Mustafa III pada tahun 1774 ketika itu umur Beliau baru 13 tahun, beliau di jaga dan dididik dengan penuh kasih sayang oleh Pakciknya, Abdul Hamid I(1774-1789).

Selepas kemangkata Abdul Hamid I pada tahun 1789, Selim III di angkat menjadi Sultan yang ke-28 dalam Empayar Uthmaniyyah. Pada permulaan pemerintahan beliau, beliau adalah Sultan yang pertama yang memberi peluang kepada bangsa bukan Turki untuk menjawat kabinet-kabinet menteri beliau yang selama ini Sultan-Sultan sebelum beliau tidak membenarkan bangsa lain untuk mengambil jawatan menteri, hanya wajib kepada bangsa Turki sahaja. Tetapi Pada zaman Sultan Selim III, beliau mengubah sistem itu dan membenarkan bangsa bukan Turki untuk menjawat jawatan tertinggi mentri dalam Empayar Uthmaniyyah.

Zaman beliau boleh di katakan zaman perperangan yang banyak serta banyak kekalahan besar-besaran dalam Empayar itu. pada tahun 1789-1792 ialah perperangan Russia dan Uthmaniyyah dan Uthmaniyyah kalah dan empayar kehilangan Azerbaijan, Armenia, Georgia dan beberapa negara lain. Di sebabkan itu, Sultan Selim III menaikkan gaji Askar, membuka Universiti akademi ketenteraan untuk memantapkan kekuatan Askar. Perperangan Oskova pada tahun 1799 adalah perperangan yang mengakibatkan Empayar Uthmaniyyah kehilangan 1/2 dari jajahannya.

Pada tahun 1801 pula, Askar perancis mendarat di persisiran pantai Mesir secara haram. Sultan Selim III murka denga tindakan itu, dan mengisytihar perang dengan Perancis. Pada tahun 1804, Empayar Uthmaniyyah menang besar dan lebih kurang 14 negara di tawan semula oleh Empayar Uthmaniyyah. Russia, Perancis dan Austria membuat perjanjian damai pada tahun 1805, Tetapi Sultan Selim III menolak perjanjian itu dan mengatakan:

"Aku lebih rela berperang dengan penjenayah daripada berperang dengan "pendamai"

Pada zaman Akhir pemerintahannya, Ekonomi Empayar merundum akibat perang dan beberapa faktor kewangan yang merundum. Akibatnya, ramai askar terutama sekali Jannisaries diberhentikan tanpa gaji. Ini mengakibatkan berlaku pemberontakan besar-besaran menentang Sultan Selim III, hampir 1 tahun setengah pemberontakan berlaku dan akhirnya Sultan Selim III dilucutkan jawatan oleh menteri-menterinya pada tahun 1807 dan dipenjarakan di dalam kafes.

Pada tahun 1808, setahun dikurung di dalam Kafes, beliau di hukum bunuh atas arahan sepupunya, Mustafa IV ketika itu Mustafa IV diangkat menjadi Sultan. beliau dibunuh dengan pembunuh upahan dengan pedang. ayat terakhir beliau semasa di tikam dengan pedang ialah, "Allahu Akbar!". Beliau adalah satu-satunya Sultan yang dibunuh dengan pedang, selepas dibunuh, beliau ditutup dengan kain selimut dan dicampak keluar ke dalam semak dan dibiarkan di situ sehingga pekerja istana menemui mayat beliau dua hari kemudian. Beliau meninggal dunia di dalam Topkapi Palace. beliau digantikan oleh Sepupunya Sultan Mustafa IV pada tahun 1807. Al-Fatihah

[ ke episod 29 ]