KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(29) Sultan / Khalifah Mustafa IV ( 1807 - 1808 ) [ rujuk episod 28 ]

Mustafa IV bin Abdul Hamid I di lahirkan di Istanbul pada 8 September tahun 1779, Mengikut ahli sejarawan, Sultan Mustafa IV adalah Sultan yang terakhir yang hidup pada zaman pertengahan Empayar Uthmaniyyah. Ayahnya ialah Sultan Abdul Hamid I(1774-1789) dan ibunya ialah Ayse Seniyeperver. Sejak kecil lagi beliau dididk dengan pendidikan yang cukup dan di ajar tentang ilmu pentadbiran.

Selepas Sepupunya, Selim III di lucutkan jawatan pada tahun 1807, Mustafa IV menaiki Takhta pada 29 Mei 1807 dan secara rasmi menjadi Sultan yang ke-29 dalam Empayar Uthmaniyyah. Zaman pemerintahan beliau adalah zaman pemberontakan Jannisaries yang menentang Selim III dan mereka membunuh sesiapa sahaja yang masih menyokong Sultan Selim III(1789-1807). Untuk menyelesaikan kemelut itu, Mustafa IV mengetahui bahawa Mereka(Jannisaries) itu mahu membunuh Selim III, jadi Mustafa IV mengarahkan menterinya untuk membunuh Selim III yang dipenjara selepas beliau dilucutkan jawatannya. Pada malam itu juga, Selim III dibunuh di dalam penjaranya. Selepas itu, mayat Sultan Selim III diarak keluar ke seluruh bandar Istanbul sebelum di makamkan. Hasilnya, dengan perlahan-lahan, pemberontakan itu berkurangan. tetapi, di bahagian Danube(Romania),Gabenor Romania menentang keras tindakan Sultan Mustafa IV itu dan mengisytihar perang menentang Sultan Mustafa IV, mereka membawa askarnya untuk menyerang Istanbul, tetapi Mustafa IV menghantar askarnya dengan banyak dan Gabenor bersama tenteranya kalah dan dibunuh.

Sultan Mustafa IV Juga adalah seorang yang pentingkan dirinya sendiri, beliau mahu membunuhnya adiknya, Mahmud II kerana berpendapat bahawa apabila Mahmud II membesar, Mahmud II akan cuba merampas kuasa beliau, jadi beliau mengarahkan menterinya untuk membunuh Mahmud II, tetapi Mahmud II berjaya melarikan diri dengan terjun keluar dari tingkap biliknya terus kedalam laut. Pembunuh upahan beliau sempat melihat Mahmud II terjun keluar dari tingkap dan terus ke dalam laut yang tinggi ombaknya. Pembunuh upahan itu menganggap bahawa Mahmud II sudah mati. Setahun selepas insiden itu terjadi, Mahmud II kembali ke Istana bersama para pemberontak yang menyokong Sultan Selim III. akibatnya, Mustafa IV dilucutkan jawatannya pada 10 November 1808 dan dihukum bunuh atas arahan Mahmud II selepas Mahmud II menjadi Sultan pada 15 November 1808. Seperti saya kata, Sultan Mustafa IV adalah Sultan yang terakhir yang hidup pada zaman pertengahan Empayar Uthmaniyyah.

Beliau digantikan oleh adiknya, Mahmud II pada 1808. Siri seterusnya adalah bermulanya zaman kemunduran Empayar Uthmaniyyah. Mustafa IV dimakamkan di Kawasan Istana Topkapi dan beliau dihukum bunuh ketika usianya 29 tahun. Al-Fatihah

[ ke episod 30 ]