KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(3) Sultan Murad I ( 1362 - 1389 ) [ rujuk episod 2 ]

Beliau Di lahirkan pada 29 Jun tahun 1326 di Bursa, iaitu Selepas kematian Datuknya Osman I. Beliau adalah anak kepada Orhan I dan Ibunya ialah Nilufer Hatun, salah seorang dari 4 isteri Orhan I. Sejak Beliau kecil, beliau di beri didikan agama secukupnya dan beliau mempelajari Ilmu bahasa, semasa hayat beliau, beliau dapat bertutur lebih dari 5 bahasa, iaitu Parsi, Arab, Turki, Greek dan Rom.

Selepas kamangkatan Ayahnya pada tahun 1362, Beliau di angkat menjadi Sultan yang ketiga Dalam Empayar Uthmaniyyah setelah memenangi perlawanan pemilihaan Sultan apabila mengalahkan Adiknya. Pada zaman Pemerintahan beliau, beliau berjaya meluaskan Empayar dengan Menawan beberapa bandar terpenting Byzantin. iaitu Edirne, Sofiya, Antalya, Nis dan kawasan Macedonia.

Pada tahun 1371, beliau mengetuai peperangan untuk menawan Serbia, dan mereka memenangi peperangan tersebut dengan membunuh Raja Vukasin dan Despot Ugljesa, Raja Serbia ketika itu. Beliau berjaya menawan Bandar Sofiya pada tahun 1385. Tetapi beliau gagal menawan Constantinople.

Pada tahun 1389, Tenetera Murad berjaya mengalahkan tentera Serbia yang di ketuai oleh Lazar dalam Perang Kosovo. Tetapi, Murad I Syahid dalam peperangan tersebut. ada sumber mengatakan bawah beliau di bunuh oleh pembunuh upahan selepas perang, beliau berehat di dalam khemah, beliau di bunuh dengan pisau. Ada juga yang mengatakan beliau di bunuh oleh Orang Serbia semasa peperangan berlaku. Kematian Murad I tidak dapat di pastikan tetapi ahli sejarawan bersetuju bahawa Murad I Syahid dalam perang Kosovo semasa berlawan dengan ketua tentera Serbia iaitu Lazar. Lazar juga mati dalam perang tersebut.

Jasa beliau ialah Memantapkan sistem pentadbiran, Memberi Gaji yang tinggi kepada Jannisari serta membahagikan pentadbiran untuk mengukuhkan Sistem pentadbiran Uthmaniyyah, Beliau membahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Anadolu(Anatolia) dan Rumeli(Eropah), Beliau juga membuat perjanjian dengan Maharaja Byzantin iaitu perjanjian membayar wang perlindungan kepada Uthmaniyyah untuk sebarang perlindungan dari musuh luar yang ingin menyerang Byzantin.

Jenazah beliau di makamkan Di Bursa. sebahagian organ beliau yang lain yang terburai semasa beliau di atau ter bunuh di perang Kosovo itu di makamkan Di Kosovo. Beliau di gantikan oleh anaknya Bayezid I pada tahun 1389. Beliau mempunyai 4 orang Isteri Gulcicek Hatun, Maria Thamara Hatun,Pasha Malek Hatun dan Fulane Hatun. Al-Fatihah. Beliau Syahid ketika Berusia 63 Tahun.

[ ke episod 4 ]