KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(30) Sultan / Khalifah Mahmud II ( 1808 - 1839 ) [ rujuk episod 29 ]

Mahmud II Khan bin Abdul Hamid I dilahirkan di Istanbul pada 20 julai 1789, Beliau adalah adik kepada Mustafa IV. Bapanya ialah Abdul Hamid I (1774-1789) dan ibunya ialah Naksh-i-Dil Haseki iaitu mengikut sejarah, ibunya(Mahmud II) nama sebenarnya ialah Aimee iaitu anak saudara Pemaisuri Josephine, Isteri Napoleon, yang menentang Islam ketika itu. Mengikut ahli sejarah, Aimee datang ke Istanbul menyamar sebagai hamba, dan Abdul Hamid I(1774-1789) ketika itu edang bersiar-siar di kawasan Istanbul dan ternampak Aimee di tempat penjualan hamba. Disebabkan kecantikan dia, Abdul Hamid I membelinya dan menjadikannya isteri.

Aimee di ajar dan dididik dengan cara Sunni Islam dan namanya diubah kepada Naksh-i-Dil Haseki. Selepas kemangkatan Abdul Hamid I pada tahun 1789, Sultan Selim III(1789-1807) menjadi Sultan, Aimee menjadi penasihat kepada Sultan Selim III, salah satu nasihat dia ialah, membenarkan menteri-menteri dijawat oleh bangsa bukan Turki. Ini mengakibatkan pemerintahan Selim III dalam keadaan kucar-kacir dan akhirnya Selim III dilucutkan jawatan pada tahun 1807 dan dibunuh pada tahun 1808.

Mahmud II sejak kecil diberikan pendidikan yang cukup. Yang membezakan antara Sultan-Sultan sebelum beliau, beliau adalah Sultan yang pertama yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, Khususnya di Perancis(Nampak tak permainan Aimee disitu?) Aimee meninggal dunia pada tahun 1817 dan sebelum meninggal dunia, Aimee mengisytiharkan Murtad, kerana selama ini dia hanya berpura-pura masuk Islam(munafik). Dia dimakamkan dengan cara Kristian dan dimakamkan di Rom.

Mahmud II menjadi Sultan ke-30 secara rasmi pada tahun 1808 selepas menghukum bunuh abangnya, Mustafa IV. Bermula pemerintahan Mahmud II, bermulalah Era kemunduran Empayar Uthmaniyyah. Pemerintahan awal beliau, beliau memberikan kuasanya kepada perdana menteri kerana ingin melanjutkan pelajaran dalam perundangan dan pemerintahan di Perancis. Beliau menghabiskan pelajarannya pada tahun 1820. Mengikut Ahli sejarah, Mahmud II seorang yang bijak dan pandai berpidato.

Zaman pemerintahan Beliau, Perubahan paling terbesar sepanjang pemerintahan Mahmud II ialah beliau memperkenalkan "Tanzimat" yang bermaksud Reformasi ataupun Pengubahan sistem corak pemerintahan yang sedia ada pada tahun 1826. Perubahan beliau ialah:

1. Mengubah Sistem perundangan Islam yang selama ini diikuti sejak Pemerintahan Sultan Suleiman I (1520-1566) kepada Sistem perundangan Perancis.

2. Perpisahan Sekolah Agama dan Sekoah Sivil diperkenalkan.

3. Taktik perperangan diubah kepada cara taktik perperangan Perancis.

4. Pemansuhan Jannisaries.

5. Perubahan Pakaian rasmi Sultan Uthmaniyyah iaitu Pemakaian Jubah panjang serta Serban yang selama ini diwarisi sejak Pemerintahan Osman I (1299-1326) kepada Baju seakan Askar Jeneral dan Topi.

Selain itu juga, Mahmud II memperkenalkan Askar Maritim yang dikenali sebagai "Timar" pada tahun 1832, selain itu juga, beliau memperkenalkan budaya-budaya Perancis kepada Rakyatnya, tetapi tidak secara besar-besaran. Sistem "Tanzimat" ini masih belum mendapat sambutan kepada semua rakyatnya, kerana mereka menganggap, perubahan ini terlalu cepat dan mereka sudah biasa dengan cara lama. Sepanjang pemerintahan Mahmud II, tiada perperangan dan pemberontakan, tetapi keluasan empayar semakin mengecil kerana Mahmud II memberi kemerdekaan kepada utara Afrika iaitu Libya, Tunisia dan Algeria.

Mahmud II meninggal dunia di Esma Palace pada tahun 1839 setelah memerintah selama 31 tahun. Beliau meninggal dunia kerana penyakit TB(Tuberculosis) dan ada juga ahli sejarah mengatakan bahawa dia dibunuh. Beliau di makamkan di Istanbul di Divan Yolu Street. Zaman pemerintahan beliau adalah bermulanya zaman kemodenan Empayar Uthmaniyyah dan Sekularisme di Empayar Uthmaniyyah. Beliau digantikan oleh anaknya, Abdul Mecid I pada tahun 1839. Al-Fatihah.

[ ke episod 31 ]