KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(31) Sultan / Khalifah Abdul Mecid I ( 1839 - 1861 ) [ rujuk episod 30 ]

Padshah Abdul Mecid (Abdul Majid) I Khan bin Mahmud II, di lahirkan di Topkapi Palace, Istanbul pada 23 April 1823. Beliau di gelar "Bapa Permodenan Empayar Uthmaniyyah". Beliau juga digelar "Sultan yang tampan" mengikut ahli-ahli sejarah. Beliau adalah anak sulung dalam anak-anak Sultan Mahmud II(1808-1839). Bapanya ialah Mahmud II dan ibunya ialah Bezmialem. Beliau diberi pengajaran yang cukup, ketika usianya 12 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya ke Perancis. beliau adalah Sultan yang ke-dua yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Beliau amat meminati Lagu-lagu Okestra perancis. ketika menjadi Sultan, beliau pergi ke Paris setahun sekali untuk menonton okestra di Paris.

Selepas kematian ayahnya, Mahmud II pada tahun 1839 ketika usianya 50 tahun. Abdul Mecid I yang usianya baru 16 tahun ketika ayahnya meninggal dunia, menjadi Sultan yang ke-31 dalam Empayar Uthmaniyyah. Sepanjang pemerintahan beliau, dikenali sebagai Permodenan Empayar Uthmaniyyah secara menyeluruh. Beliau meneruskan sistem "Tanzimat" yang diperkenalkan oleh ayahnya, Mahmud II sejak 1826 lagi.

Antara perubahan terbesar beliau lakukan dalam permodenan Uthmaniyyah ialah:

1. Pemansuhan Kafes, iaitu penjara kelas pertama untuk keluarga Sultan, Sultan Abdul Mecid I adalah Sultan yang terakhir yang dipenjarakan di dalam Kafes, sebelum dilantik menjadi Sultan. Tradisi Kafes ini diperkenalkan sejak zaman pemerintahan Sultan Ahmed I(1603-1617).(1839)

2. Pengenalan mata wang kertas dalam Empayar Uthmaniyyah(1840)

3. Penyusunan semula organisasi Askar(1843-1846)

4. Lagu Kebangsaan Uthmaniyyah serta bendera rasmi Uthmaniyyah(1845)

5. Perubahan pengurusan mata wang dan perniagaan mengikut cara Perancis.(1846)

6. Pengenalan Mahkhamah Sivil dan perpisahan antara Mahkhamah Syariah dan Mahkhamah Sivil dan undang-undang sivil di cedok sepenuhnya dari Perancis.(1847)

7. memeperkenalkan Sistem Parlimen yang dikenali sebagai Meclis-i Maarif-i Umumiye(1845)

8. Memperkenalkan Institusi latihan pekerja (1848)

9. Universiti dan Institusi moden diperkenalkan(1848)

10. Memansuhkan Cukai Jizyah yang selama ini teah di amalkan sejak zaman Sultan Mehmed II(1451-1481) (1856)

11. Orang bukan islam boleh menyertai askar. Sebelum ini, hanya umat islam sahaja boleh menyertai Askar. (1856)

12. Memantapkan sistem pentadbiran dengan membina beberapa kompleks kerajaan di kawasan Istanbul( macam Putrajaya sekarang).

13. Mengharamkan Pemakaian Serban, mewajibkan Topi Turki yang dikenali sebagai Fez. Penukaran pemakaian Jubah panjang kepada pemakaian cara Eropah diperkenalkan dalam semua pentadbiran dan kaki tangan kerajaan.

14. Memperkenalkan Telegraf di seluruh Empayar untuk kemudahan berhubung.(1847)

15. Perpindahan tempat tinggal Sultan yang selama ini di Topkapi Palace sejak pemerintahan Sultan Mehmed II(1451-1481) kepada Dolmabache Palace pada tahun 1856

16. memperkenalkan dan merancang pembinaan kereta api untuk kemudahan rakyat. Rancangan pembinaan kereta api bermula pada tahun 1862 setahun selepas kematian Abdul Mecid I.

17. memperkenalkan budaya-budaya Eropah kepada rakyat, terutama sekali budaya Perancis.

Zaman pemerintahan beliau juga, Beliau memberi peluang kepada rakyatnya untuk bercakap dengan beliau tanpa halangan. Selalunya selepas Solat Jumaat. Beliau akan duduk di luar masjid selepas solat Jumaat tanpa pengawal di sisi serta tempat lindung. Beliau akan ada di perkarangan masjid dengan kerusi dan meja sahaja. Semua rakyat boleh datang berjumpa dengan beliau untuk berborak kosong, ataupun segala cadangan atau luahan tidak puas hati kepada Sultan. Sultan Abdul Mecid I mengikut ahli sejarah, beliau adalah seorang yang baik hati, lemah lembut dan pandai menghormati pendapat-pendapat rakyatnya.

Salah satu kesilapan terbesar beliau, ialah meminjam duit di Bank Of Rothschild di Munich, German pada tahun 1858 kerana Empayar Uthmaniyyah Terlibat dalam perperangan dengan Crimea dan Hungary. mengikut ahli sejarah, Abdul Mecid I meminjam wang di bank Of Rothschild dengan jumlah 10 billion Pound Sterling. Tujuannya ialah untuk memajukan Empayar dengan rancangan pembinaan kereta api, memantapkan dan menguatkan askar-askar Uthmaniyyah dengan membekalkan senjata api dan gaji dengan secukupnya. Selain itu juga, untuk membina kemudahan-kemudahan infrastruktur dan jalan yang luas dan mudah untuk rakyatnya. masa pemerintahan beliau, ekonomi Empayar uthmaniyyah merundum sehinggakan beliau terpaksa membuat pnjaman kepada Rothschild. Akibatnya, Empayar uthmaniyyah dilanda hutang yang banyak dan tidak mampu dibayar sehingga zaman kejatuhan Empayar Uthmaniyyah.

Abdul Mecid I meninggal dunia di dalam Dolmabache Palace pada 25 Jun 1861 ketika usianya yang agak muda, iatu 38 tahun. Beliau memerintah selama 22 tahun dan meninggal kerana penyakit Tuberculosis(Sama seperti ayahnya, Mahmud II). Seperti pada awal artikel ini, Beliau digelar sebagai Bapa permodenan Turki Uthmaniyyah. Beliau digantikan oleh adiknya, Abdul Aziz I pada tahun 1861. Al-Fatihah.

[ ke episod 32 ]