KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(32) Sultan / Khalifah Abdul Aziz I ( 1861 - 1876 ) [ rujuk episod 31 ]

Abdul Aziz Bin Mahmud II dilahirkan di Istana Eyup pada 18 Febuari 1830. Ayahnya ialah Mahmud II(1808-1839) dan ibunya ialah Pertevniyal. Beliau mempunyai abang, iaitu Sultan Abdul Mecid I(1839-1861). Beliau diberi pendidikan yang secukupnya, dan beliau seorang yang fasih berbahasa English, Arab, French dan Russia. Selepas kemangkatan abangnya, beliau di lantik menjadi Sultan yang ke-32 dalam Empayar Uthmaniyyah. Beliau di gelar, bapa pembangunan Uthmaniyyah.

Sepanjang pemerintahan beliau, beliau meneruskan sistem "Tanzimat" dengan memperkenalkan nombor-nombor kod undang-undang dalam Civil, sebagai contoh: Akta ketenteraan kod 19203 tahun 1862. Tujuannya untuk memudahkan para Juri dan hakim untuk mengenali undang-undang lebih terperinci. Selain itu, beliau merancang dan membina Terusan Suez pada tahun 1862 dan siap sepenuhnya dan dibuka pada 1869 di Mesir untuk kemudahan dan menjimatkan masa pedagang Barat untuk "berdagang" ke kawasan Benua Asia. Beliau juga membina landasan kereta api pertama dalam Sejarah Empayar Uthmaniyyah yang dikenali sebagai Orient Express pada tahun 1871. Landasan ini dari bandar Constantinople ke Bucharest,Romania. Rancangan pembinaan kereta api untuk ke Mekah juga dirancang, tetapi dihentikan sementara kerana kekurangan dana. Ia kembali beroperasi sehingga siap sepenuhnya ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.

Selain itu juga, beliau membuat hubungan diplomatik dengan Raja Perancis, Raja Britain dan Austria. Beliau akan menziarahi kawasan mereka 1 tahun sekali untuk melihat kemajuan dan kecanggihan teknologi di sana.Beliau tertarik dengan Muzium di London,Paris dan Vienna, beliau pulang semula ke Istanbul dan membina sebuah muzium arkeologi yang digelar Istanbul Archaeology Museum pada tahun 1865. Beliau juga memperkenalkan setem untuk pos surat, beliau juga merasmikan Pos Uthmaniyyah yang pertama di Istanbul pada tahun 1867.Jasa paling terbesar beliau ialah memantapkan askar-askar Uthmaniyyah dengan senjata-senjata yang canggih dan berkualiti.
 Pada tahun 1875, Askar Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Abdul Aziz I mempunyai 1.2 juta askar(Muslim and non-Muslim) 21 kapal perang yang besar serta 173 kapal perang kecil serta 30 pelbagai jenis senjata yang canggih dan terbaru. Pada zaman itu, Empayar Uthmaniyyah adalah nombor 3 terkuat dalam seluruh angkatan askar di dunia, yang pertama ialah Britain dan kedua ialah Perancis. Disebabkan jasa beliau ini, beliau digelar Bapa Pembangunan Empayar Uthmaniyyah.

Pada zaman akhir pemerintahan beliau, beliau terlampau menggunakan dana kerajaan dengan membeli senjata dan kapal perang terlampau banyak, serta pembinaan Istana baru iaitu Berbebyili Palace yang menelan kos yang banyak, serta hutang dengan bank of Rothschild masih belum dapat di bayar, serta pada awal tahun 1876, berlaku pemberontakan di kawasan Bulgari dan perperangan dengan Russia yang beliau sendiri gagal nak selesaikan masalah itu.

Akibatnya pada 30 Mei 1876, beliau dipecat menjadi Sultan dan beliau tinggal di dalam biliknya di Dolmabache Palace. Pada 4 Jun 1876, beberapa hari selepas Sultan Abdul Aziz I dipecat, pekerja beliau ingin datang masuk ke dalam bilik beliau untuk memberikan makanan kepada beliau. Apabila masuk kedalam, pekerjanya terkejut kerana melihat Abdul Aziz I terbaring di atas lantai, dengan kedua belah pergelangan tangannya berdarah teruk serta pisau yang belumuran darah disebelah beliau. Apabila pihak penyiasat datang, mereka mengesahkan bahawa Abdul Aziz I meninggal dunia kerana bunuh diri. Ini mencetuskan tanda tanya dan pendebatan orang ramai dan juga ahli sejarah kini.

Salah satu persoalan mereka, "Bagaimanakah mereka (Para penyiasat) mengatakan beliau membunuh diri sedangkan kedua-dua pergelangan tangan beliau luka?" Salah satu lagi persolan " Mengapa mereka tidak membuat autopsi kepada Abdul Aziz I?" Kerana kebanyakan ahli sejarah bersetuju, bahawa Abdul Aziz I meninggal dunia bukan membunuh diri, tetapi dibunuh oleh penjenayah yang tidak diketahui. Sehingga kini, pembunuh Abdul Aziz I tidak dapat ditangkap. Wallahualam.

Abdul Aziz I meninggal dunia di dalam biliknya pada 4 Jun 1876 ketika usianya 46 tahun dan memerintah Empayar Uthmaniyyah selama 15 tahun. Beliau di makamkan di sebelah ayahnya, Mahmud II di Istanbul. Beliau digantikan dengan anak saudara beliau, Murad V pada tahun 1876. Al-Fatihah.

[ ke episod 33 ]