KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(33) Sultan / Khalifah Murad V ( 1876 - 30 May hingga 31 Ogos ) [ rujuk episod 32 ]

Murad V bin Padshah Abdul Mecid I dilahirkan di Ciragan Palace pada 22 September 1840. Bapanya ialah Sultan Abdul Mecid I(1839-1861) dan ibunya ialah Shevkefza. Sejak kecil beliau di kenali sebagai seorang yang amat mencintai budaya Barat.

Tiada banyak kisah tentang beliau, beliau dilantik menjadi Sultan Uthmaniyyah yang ke-33 pada 30 Mei 1876 selepas pak ciknya, Abdul Aziz I dilucutkan jawatannya sebagai Sultan. Mengikut sejarah, beliau kurang waras, paranoid dan serkap jarang. Ahli sejarah telah mengesyaki bahawa Murad V adalah dalang yang membunuh Sultan Abdul Aziz I pada 4 Jun 1876. Kerana mengikut sejarah, pada 1 Jun, Murad V melarikan diri dari istana dan menyorok di dalam semak di laman Istana itu, apabila menterinya jumpa beliau di situ, beliau mengatakan beliau ternampak kelibat Abdul Aziz I yang ingin membunuhnya dan cuba merampas kuasa. Padahal ketika itu, Abdul Aziz I ada di Dolmabache Palace, sedangkan Murad V di Ciragan Palace, lebih kurang 10 km jarak antara dua Istana itu.

Ahli sejarah juga mengesyaki bahawa Murad V sendiri yang datang ke bilik Abdul Aziz I dan membunuhnya, tetapi disebabkan tiada bukti yang kukuh serta para penyiasat kes pembunuhan Abdul Aziz I itu mengesahkan bahawa Abdul Aziz membunuh diri, kes tersebut terhenti di situ sahaja.

Sultan Murad V adalah Sultan yang amat suka dan mengamalkan budaya-budaya Barat terutama sekali Perancis, mengikut sejarah, beliau seorang kaki botol, kaki judi, ada cerita tetapi buktinya tidak kukuh yang Sultan Murad V selalu datang ke Montenegro untuk bermain Kasino da poker. Disebabkan perangai beliau yang suka berfoya-foya dan penyakitnya yang kurang waras, Empayar Uthmaniyyah dalam kucar-kacir, berlaku perperangan besar antara Uthmaniyyah dan Russia yang di ketuai Raja Alexander II. Empayar Uthmaniyyah kehilangan 9 buah negara, seperti Albania, Romania, Bulgaria, Cyprus, Sebahagian kecil Greece, Qatar, Bahrain, UAE, dan Kuwait.

Disebabkan itu, Menteri-menteri beliau melucutkan jawatan Murad V sebagai Sultan setelah memerintah Empayar Uthmaniyyah selama 91 hari sahaja. Beliau dilucutkan jawatan pada 31 Ogos 1876 dan beliau tinggal di dalam Ciragan Palace sehingga beliau meninggal dunia pada 29 Ogos tahun 1904 ketika usianya 64 tahun. Beliau di makamkan di Istanbul dan beliau digantikan oleh Adiknya Abdul Hamid II menjadi Sultan seterusnya. Al-Fatihah.

[ ke episod 34 ]