KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(34) Sultan / Khalifah Abdul Hamid II ( 1876 - 1909 ) [ rujuk episod 33 ]

Abdul Hamid Sani II bin Padshah Abdul Mecid I di lahirkan di Topkapi Palace pada 22 September 1842. bapanya ialah Sultan Abdul Mecid I (1839-1861) dan ibunya ialah Tirimujgan. Beliau adalah Sultan yang terakhir yang berkuasa penuh mentadbir, membuat segala keputusan dan ketua negara berkuasa penuh dalam Empayar Uthmaniyyah.

Semenjak kecil lagi, beliau tidak mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara belah Barat, iaitu perancis dan Britiain. Ketika usianya 7 hingga 16 tahun, beliau belajar di Istana bersama Syeikh yang datang dari Mesir, beliau juga melanjutkan pelajaran ke Mesir untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam. Beliau adalah Sultan yang pertama melakukan sedemikian setelah hampir 68 tahun Sultan-Sultan terdahulu melanjutkan pelajaran ke Negara Barat. Beliau adalah seorang yang warak dan suka berjumpa dengan rakyatnya untuk bertanya khabar dan berborak dengan mereka.

Beliau menaiki Takhta selepas Perlucutan kuasa Abangnya, Murad V pada 31 Ogos 1876 ketika usianya 34 tahun. Beliau menukarkan tempat pentadbiran di Beylerbeyi Palace di Istanbul. Perkara pertama beliau lakukan ialah, memansuhkan Sistem "Tanzimat" dan membangunkan semula Sistem Perundangan Islam. Beliau juga memutuskan hubungan diplomatik dengan Perancis dan Britain kerana berpendapat, dua buah negara ini sebenarnya mahu memusnahkan Empayar Uthmaniyyah secara senyap. Beliau juga memperkenalkan kempen "Sahabat Islam di Timur". Beliau adalah Sultan yang pertama menjalinkan hubungan Diplomatik dengan negari Asia Tenggara iaitu di Johor. Mengikut sejarah, Sultan Abu Bakar(1862-1895) Sultan Johor ketika itu adalah sahabat baik Sultan Abdul Hamid II, mengikut ahli sejarah juga, Abdul Hamid II mengajar Sultan Abu Bakar tentang ilmu-ilmu Islam. Beliau juga menghadiahkan beberapa rehal Al-Quran serta beberapa kitab agama kepada Sultan Abu Bakar untuk kegunaan negara mahupun diri sendiri. Hubungan Diplomatik ini diteruskan sehingga kemangkatan Sultan Abu Bakar pada tahun 1895. Abdul Hamid juga adalah seorang yang tegas, berfikiran jauh dan tetap pada pendiriannya.

Beliau juga meneruskan projek landasan kereta Api Hijjaz, iaitu landasan yang ditunda kerana kekurangan dana semasa pemerintahan Abdul Aziz I (1861-1876). Kereta api ini bermula dari Istanbul ke Damsyik ke Palestien ke Madinah dan terus ke Mekah. Untuk memudahkan jemaah haji dan Umrah kepada rakyatnya. Beliau juga memeperkenalkan sistem file untuk menyusun sistem pentadbiran dengan baik. Beliau juga menaikkan gaji setiap kaki tangan kerajaan dan bukan kerajaan untuk memberi kesenangan kepada rakyatnya. Beliau juga membuat kempen "Budaya Islam, amalan Rasulullah S.A.W." beliau mahu rakyatnya untuk kembali semula kepada budaya Islam yang selama ini sudah diracun ideologi dan pemikiran Barat oleh Sultan-Sultan yang lepas.

Tetapi pada zaman beliau juga, berlaku banyak Revolusi dan pemberontakan dari Golongan Muda Turki dan Parti Liberal. Mereka menentang habis-habisan tindakan Abdul Hamid II yang memutuskan hubungan Diplomatik dengan British dan Perancis. Akibatnya berlaku perperangan di kawasan Greece pada tahun 1881 dan serangan dari tentera British di Mesir pada tahun 1882. Askar Uthmaniyyah kalah dan dua negara utama dalam Empayar Uthmaniyyah iatu Mesir dan Greece di merdekakan. Uthmaniyyah kehilangan kuasa untuk mengawal Terusan Suez kerana telah ditawan sepenuhnya oleh British. Zaman beliau juga, Hampir 13 buah negara telah dimerdekakan oleh Uthmaniyyah akibat berlaku beberapa revolusi yang banyak pengaruhnya. pada zaman beliau, negara-negara yang masih dalam tawanan Uthmaniyyah ialah:

1. Turki

2. Syria

3. Lubnan

4. Palestien

5. Jordan

6. Iraq

7. kawasan Hijjaz (Mekah, Madinah, Taif dan Tabuk)

yang lain semua dimerdekakan dan ada yang dijajah oleh orang luar iaitu Amerika, British dan Perancis.

Pada tahun 1884 beliau membuka Parlimen untuk mengubah seluruh sistem Barat yang ada Di Uthmaniyyah kepada Sistem perundangan islam secara Rasmi. Ini menimbulkan penentangan oleh beberapa menteri yang bukan Islam kebanyakannya. Mereka berpendapat undang-undang Barat lebih konsisten dari undang-undang Islam. Abdul Hamid II melucutkan jawatan kepada menteri-menteri itu. Akibatnya menteri-menteri yang dibuang itu menubuhkan Parti-parti yang menentang Abdul Hamid II. (Fakta: Mustafa Kemal Attartuk lahir pada tahun 1881 zaman Sultan Abdul Hamid II.Mengikut sejarah, beliau adalah salah seorang dalang utama yang ingin memusnahkan sistem beraja Uthmaniyyah.)

Kisah menarik tentang Sultan Abdul Hamid II ialah kemunculan Theodor Herzl, iaitu salah seorang pemimpin tertinggi Yahudi yang mengasas Zionism datang ke Istana Abdul Hamid II untuk meminta kebenaran beliau untuk memberikan Tanah Palestien kepada orang Yahudi. Theodor Herzl meyakinkan Sultan Abdul Hamid II untuk memberikan tanah kepada Yahudi di Palestien dan golongan Yahudi memberikan wang yang banyak kepada Abdul Hamid II iaitu 100 juta Pound Sterling sebagai tanda terima kasih, kerana dia faham Empayar Uthmaniyyah terpaksa menanggung hutang yang banyak dengan Bank Of Rothschild. Sultan Abdul Hamid II berkata:

"Aku tidak akan memberi walau seinci pun tanah Palestien kepada bangsa engkau, kerana tanah Palestien ini adalah kepunyaan umat Islam. Bukan kepunyaan aku. Mereka membeli tanah Palestien itu dengan darah. Kalau engkau nak buat penempatan di tempat lain dalam tanah jajahan aku, aku benarkan, tetapi bukan di Palestien!"

Disebabkan itu, berlaku cubaan membunuh Sultan Abdul Hamid II. Salah satunya, beliau ada urusan di bahagian kewangan berdekatan dengan ortakoy, Istanbul, beliau hampir terbunuh apabila kereta kuda yang dinaiki beliau meletup beberapa langkah sebelum Abdul Hamid II tiba ke kereta kudanya. Selain itu, ada juga mahu meracuni beliau menggunakan makanan. Tetapi Sultan Abdul Hamid sedang berehat di dalam biliknya dan tertidur, akibatnya makanan beliau basi dan dibuang. Pada tahun 1898, beliau membuat parlimen lagi untuk meneruskan sistem Islam dan akan dilaksanankan sepenuhnya pada tahun 1908.

Sultan Abdul Hamid II adalah Sultan yang pertama yang meminati bidang Fotografi. di mana sahaja beliau pergi, beliau akan tangkap menggunakan kameranya. Beliau suka berdokumentasi setiap kali beliau pergi ke mana-mana sahaja. foto-foto beliau semua di pamerkan di Muzium Topkapi Palace pada hari ini. Beliau juga amat meminati buku Novel Sherlock Holmes. Beliau juga mencipta Okestra dalam bahasa Turki yang pertama dalam sejarah Dunia.

Pada zaman akhir pemerintahan beliau, iaitu selepas kematian theodor Herzl pada tahun 1904, berlaku pemberontakan demi pemberontakan oleh Golongan Liberal Muda Turki, mereka mempersoalkan kekuatan Sultan kerana pada Zaman Sultan Abdul Hamid II, Empayar Uthmaniyyah sudah kehilangan 26 buah negara. Mereka mahu membuang Sistem Raja yang berkuasa penuh dan menggantikan Sisitem lain.Pada ketika itu, Ramai pemimpin golongan Pemuda Liberal Turki ditangkap dan di hukum bunuh.

Selain itu juga, dalam menteri-menterinya juga ada yang membelot Sultan Abdul Hamid II secara diam-diam, memberi informasi kepada Golongan penentang Sultan Abdul Hamid II. Mengikut sejarah, salah seorangnya ialah Mustafa Kemal Attartuk. Ketika itu beliau menjadi Kolonel dalam Askar Uthmaniyyah.

Pemberontakan demi pemberontakan, berlaku upacara pembakaran Al-Quran secara besar-besaran di Romania pada tahun 1908. Ini menimbulkan kemarahan Sultan Abdul Hamid II dan berlaku peperangan besar antara Romania (Bekas jajahan Uthmaniyyah) dengan Uthmaniyyah. Tetapi sebenarnya, ia adalah perangkap, rupanya tiada upacara pembakaran Al-Quran di sana, semasa askar Uthmaniyyah datang ke Romania, Tentera British, Austria dan menakjubkan tentera Liberal Arab Saudi menyerang mereka, akibatnya ramai askar dan golongan muda Uthmaniyyah yang mati dibunuh dengan kejam oleh mereka. Mengikut sejarah juga, Mustafa Kemal adalah salah seorang dalang dalam Pembunuhan beramai-ramai itu.

Akibatnya, berita tersebut tersebar di seluruh Uthmaniyyah dan Abdul Hamid II dituduh dengan pelbagai tuduhan melampau sebagai contoh beliau dituduh sebagai pembunuh askar dan dalang dalam Pembakaran Al-Quran. Banyak berita palsu disebarkan ke seluruh Empayar Uthmaniyyah. rancangan Melaksanakan Sistem islam pada tahun 1908 gagal dilaksanakan kerana ramai menteri berhenti menjadi orang bawah Sultan akibat berita palsu yang disebarkan selama ini dan akibatnya pada 10 Febuari tahun 1909, Sultan Abdul Hamid II dilucutkan jawatan sebagai Sultan secara paksa, Dipenjara di Beylerbeyi Palace dan beliau menulis sebuah Puisi yang terakhir dalam hayatnya pada 3 Febuari tahun 1918:

"Wahai Rakyatku, Aku memohon ampun,

Keturunanku telah mengubah pemikiran kamu ke arah budaya Barat,

Engkau mementingkan Budaya Sekular dan Liberal daripada Islam,

Aku cuba mengubah pemikiran barat kamu ke arah islam semula, tetapi ku gagal,

Wahai rakyatku, Ampunkanlah aku, Ampunkanlah aku! Ampunkanlah Aku!"


-Abdul Hamid II, 3 Febuari 1918-

Seleps beliau dilucutkan jawatan, beliau di penjara di dalam Beylerbeyi Palace dan tinggal di sana selama 9 tahun sebelum kematian beliau pada 10 Febuari tahun 1918. Sepanjang 9 tahun di kurung, beliau meneruskan hobi beliau, iaitu mengukir kayu,perabot dan barang-barang hiasan serta membuat banyak Puisi dan cerita tentang kekesalan beliau terhadap rakyat dan menteri-menterinya terkini, sehingga beliau terkena jangkitan Paru-Paru pada tahun 1917. Abdul Hamid II meninggal dunia pada 10 Febuari 1918 ketika usianya 76 tahun, beliau memerintah sebagai Sultan Uthmaniyyah selama 33 tahun. Beliau adalah Sultan yang terakhir yang berkuasa penuh sebagai Sultan di Uthmaniyyah, beliau di makamkan di Istanbul. Beliau digantikan oleh adiknya pada tahun 1909 iaitu Mehmed V sebagai Sultan yang seterusnya. Al-Fatihah.


kata-kata saya: Sultan Abdul Hamid II adalah Sultan yang terakhir yang berkuasa penuh, selepas beliau, bermula sistem perlembagaan Raja dalam Uthmaniyyah. Selepas Sultan Abdul Hamid II, berlaku zaman kejatuhan Empayar Uthmaniyyah.

[ ke episod 35 ]